Hiperhidrosis. I'm one of them!

Labels: , , ,

Assalamualaikum semua~~

Wah.... Ilmiah sungguh tajuk entry kali ini ye. Well, tak salah untuk sharing sesuatu yang interesting kan. Tambahan pula, benda tu berkaitan dengan si penulis macam aku ni. 


Untuk pengetahuan readers semua, aku adalah salah seorang yang mengalami hiperhidrosis. Mungkin ramai yang tak tahu dan mungkin jugak ada antara korang semua mengalami masalah yang sama atau mempunyai kawan seperti aku. Apa itu hiperhidrosis?

"Hyperhidrosis is a medical condition in which a person sweats excessively and unpredictably. People with hyperhidrosis may sweat even when the temperature is cool or when they are at rest."

"Masalah perpeluhan yang berlebihan terutama di bahagian tapak tangan dan bawah lengan di dalam istilah perubatannya lebih dikenali sebagai hiperhidrosis."

Sumber: Google Image

Untuk pembacaan lebih lanjut korang boleh baca di link yang telah aku letakkan diatas ye. 

Aku dah lama mengalami masalah ni sebelum aku sekolah lagi iaitu di zaman kanak-kanak aku. Dulu aku jahil lagi pasal benda-benda ni. So, aku buat derk je la. Mak aku pernah bawak aku berjumpa doktor pada usia 8 tahun tapi doktor cakap aku normal. Walaupun aku mengalami peluh yang berlebihan, aku takde bau badan yang kuat. 


Semakin aku membesar dan masuk sekolah menengah, aku dah mula rasa rendah diri. Ada kawan aku yang mengejek aku menyebabkan aku malu. Aku juga malu nak bersalaman dengan kawan-kawan sebab ia berpeluh tanpa mengira masa malah boleh dikatakan hampir sepanjang masa. Bila aku bersalam juga dengan diorang, cepat-cepat mereka mengelap kembali tangan mereka bagaikan jijik sangat-sangat. Terasa juga jauh disudut hati aku. Tapi bukan aku nak pun benda nie. 

Sebab tu bila aku dah masuk matrikulasi dan juga universiti, aku terus cerita tentang keadaan aku kat semua kawan-kawan aku. Alhamdulillah diorang faham dengan keadaan aku. *thanks korang! ^^,*


Ada jugak aku search internet pasal rawatannya. Penyakit ni jugak pernah masuk dalam rancangan Wanita Hari Ini kat TV3 tu. The best way rawatan untuk hiperhidrosis ni adalah dengan kaedah pembedahan. *mana aku nak korek duit wehh!!*


Aku tak mampu la sampai nak buat pembedahan. So, aku hanya guna krim anti-peluh untuk mengurangkan peluh aku. Bila exam agak susah jugaklah sebab kadang-kadang tu paper tu boleh basah sebabkan peluh aku tu. Even dalam bilik airconditioning pon boleh berpeluh jugak. Aku selalu la bawak tisu dan handkerchief dengan aku. 

Aku menyampah guna tisu sebab tisu asyik koyak dan melekat-lekat kat tangan aku. Tak percaya cuba korang pergi basahkan tangan korang, lepas tu pengan tisu. Camne? Satu kerja pulak lagi nak buang semua tisu yang melekat tu.


Bukan tangan aku je. Kaki aku pon sama. Aku susah nak beli kasut disebabkan kriteria yang aku kena pilih. Aku kenalah beli kasut yang tak licin atau pon kesat sikit sebab nanti takde la aku buat shuffle tengah-tengah orang ramai bila aku jalan. *malu seyhh!!* Tak jugak aku membazir duit dengan membeli kasut selalu disebabkan kasut tu selalu putus sebab kaki aku licin. *serius terseksa!*

Itu sajalah aku nak share sebab kalau aku tak berjabat tangan dengan korang, korang janganlah kata aku sombong pulak kan. 





p/s: Rajin pulak aku nak taip panjang-panjang nie. =.='


Awak 'Like' blog saya?