Spagetti Aglio Olio

Assalamualaikum semua~

Ok. Tak tau nak update ape dalam blog. Rasa macam nak kongsi resepi pulak. hehehe

Aku ni bukanlah peminat pasta sangat tapi tetiba tekak teringin nak makan spagetti. Kebetulan spagetti memang sentiasa ade je kat rumah. Check bahan-bahan lain pon sume lengkap. So mari mula memasak spagetti aglio olio.

Meh nak share resepi sikit. Dapat dari sini.

Bahan-bahan:
Spagetti
Kiub atau pes ayam
3-4 ulas bawang putih (dipotong atau dicincang ikot suka)
Olive oil (secukupnya)
Cili padi (potong kecik2)
Daun sup (dipotong kecil)
Oregano
Carrot
Sosej
Udang
Garam secukup rasa
Serbuk Pamesan cheese (yang halal)

Cara-cara:
  • Mula-mula mestilah rebus spagetti dulu dengan kiub/pes ayam. Rebus sampai lembut. Lepas tu toskan dan simpan sedikit air rebusan spagetti.
  • Panaskan sedikit olive oil dalam kuali dan goreng bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau. Lepas tu masukkan cili padi (kalau nak pedas letak banyak), carrot, udang dan sosej. Kalau nak letak sayur atau bahan lain macam ayam pon boleh.
  • Masukkan sesenduk air rebusan spagetti tadi. Aku letak lebih sebab nanti dapat basah-basah sket spagetti tu. Letakkan garam secukup rasa.
  • Kemudian masukkan spagetti yang telah ditoskan tadi dan gaul sampai rata. Lepas tu boleh la letakkan daun sup dan oregano ikut suka. Aku sukakan bau oregano tu, so letak lebih. Tak nak letak pon boleh.
  • Hidangkan bersama sedikit taburan serbuk Parmesan cheese ataupun kepingan cheesedale yang telah dikoyakkan. Siap untuk dinikmati.
Kalau korang takde olive oil, boleh guna minyak masak biasa je. Takde masalah. Ikot suka masing-masing. Nak letak daging, udang, sotong pon boleh. Takde pulak spagetti tu menangis. huhu

Oh ya. Selain spagetti bole jugak kalo nak guna macaroni, penne dan sepupu sepapatnya. Sedap!




p/s: Kredit to Luna for the recipe.


Will Be Back Soon

Assalamualaikum semua~~
Lamanya tak menulis disini. Maaf sebab dah lama meninggalkan dunia blogging. Kekangan masa membuatkan aku terlupa akan kehadiran blog ini. I think I always said will be back to write but janji dicapati.

Maafkan saya. Akan kembali menulis jika terdapat ruang dan peluang. Will be sharing lots of stories. Minggu lepas pergi bercuti bersama kawan-kawan ke Melaka. InsyaAllah akan share cerita di sini.

Got to go guys. Bye!



p/s: Throwback bercuti minggu lepas rasa cam kelakar je. Nantikan cerita saya. Thanks.


Awak 'Like' blog saya?