Satu Hari di Sunway Lagoon

Labels: , , , ,

Assalamualaikum semua~~

Seminggu dua jugak aku tak menulis kan? huhuhu Busy sikit la minggu nie. Minggu terakhir kuliah ni la lecturer sume desak nak antar projek la, test la, assignment la. Sampai tido pon termimpi-mimpi pasal assignments. huhu


Tanggal 16 Jun 2012 bersamaan dengan Ahad minggu lepas, aku dengan kawan-kawan sekelas aku berseronok di Sunway Lagoon. *tadi kata busy, sempat pulak pegi main air ye..huhu Benda ni dah lama dirancang masa awal-awal sem lagi. Tapi asyik tertunda sebab ada antara kami yang tak free hujung minggu. Tiket dah beli sama-sama, tak syoklah kalo tak pergi sama-sama kan? 

Sebelum tu, terima kasih la dengan classmate aku, Hanim sebab bagi kitorang tiket half price. Sapa tak nak kan kalo dioffer tiket Sunway Lagoon half price. Full price dia pon RM100. Kopak poket teman. Seminggu teman kene puasa kalo RM100 tu dilaburkan untuk main air nie. huhu


Kalo dah separuh harga, opkos la tinggal RM50 kan? *setengah minggu je la puasanya..huhu Haa....harga tu untuk semua park tau. Amusement Park, Scream Park, Water Park dan macam-macam park lagilah. Pakej tu tak termasuk dengan Bungee Jumping dengan Go-Kart. Kalo nak main jugak dua benda tu kena bayar la. *semangat datang Sunway Lagoon nak main bungee jumping tapi tak kesampaian..huhu

(Thanks incik Google)

Kami sampai kat Sunway Lagoon pukul 9 lebih. Pintu pon tak bukak lagi. Seharian suntuk kat sana. Balik dalam pukul 6.30. Penat memang penat. Usah ceritalah. Ni ada sedikit gambar untuk tatapan semua ye. Tak banyak yg ade. Jangan jeles yer...hik3

Ni masa mula-mula sampai dan selepas masuk.

Waktu ni baru basah sikit lepas main 'watercoster'.
(nama tu aku yang letak sebab tak tahu nama sebenar nye apa..huhu..huhu)

Masa ni tgh tunggu kawan habis main benda alah tu..huhu

Masa ni kitorang dah terpecah kepada 2 kumpulan. Ni kumpulan yang pertama.

Ni kumpulan yang kedua. Sorry gambar tak cantik sebab ambil guna instagram. huhu

Tu je la gambar yang ada. Kredit to Farahin untuk gambar-gambar dan kredit to Fida untuk last picture tu. Aku tak sempat nak ambik yang original kat kau. huhu

Lepas penat main, kitorang singgah makan dekat Hartz pulak. Ada diskaun 33%. Apa lagi rembat la. Bayar sekali makan sampai puas!! haha 

Tgh makan nampak budak-budak comel nie. Snap pic kejap..hihihi

Balik je, sampai je ke bilik, tido tak sedar diri sampai tengah hari baru bangun. Subuh pon terbabas. Haishh!!! 






p/s: Jom pegi Water Park Melaka pulak sem depan. heheh

CTF Competition: Semalaman Bersengkang Mata (Part 2)

Labels: , , , ,

Assalamualaikum semua~~

Seperti yang dijanjikan, aku nak sambung cerita dari entry yang lepas. Siapa yang belum baca lagi entry lepas sila klik sini.

Tepat jam 12.00 tgh malam 9hb June 2012, bermulalah perjuangan kami dalam merebut tempat nombor satu sekaligus meraih ganjaran RM300.00 plus markah projek. Mula-mula steady je. Group aku just buat challenges mode je sebab tak reti nak reset password vulnerable box. Banyak jugak hacking tools kitorang download and install dalam PC lab. *PC lab je la, laptop aku tak. Aku malas nak kemaskini laptop aku dan membersihkan dari segala software yang tak perlu dan tak digunakan lagi, so PC lab la jadi mangsa installer aku. hahaha

Apa tools nak guna ni?? (Klik untuk tumbesaran.)

Sampai subuh tak tido tau kitorang sekelas. Tapi aku ada gak tertido dalam sejam camtu. Ntah bila aku tertido aku pon tak ingat. Seingat aku aku letak kepala atas meja je nak fikir flag untuk next challenges. =.='


Lepas Subuh la baru kitorang dapat activate kitorang punya vulnerable box. Itupon dengan bantuan Abang Ajib. Group aku tak tau apa-apa pon. huhuhu

Sampai petang still xtau nak attack orang cmne. So, kitorang buat challenges je la. Dalam pukul 4 gitu, group aku kene hack! Damn!! Sapa yang buat tu??!! *Sumpah masa tu aku nak potong orang yang attack kitorang tu. Dah la kitorang tak tau sangat benda2 macam ni. Last-last, ade yang bagi suggestion, tarik cable. *easiest way and it worked! Kitorang pon ikot la cabot cable. Biarkan dalam 30 minit. Dah reda, sambung balik. 


Bayangkan, sepanjang hari duk dalam lab yang sejuk bagaikan berada di kutub utara, bibir ngn kulit aku dah kering dah. Badan pon dah tak selesa sebab tak mandi seharian. Lepas group aku kene hack, group sebelah a.k.a classmate aku pulak kene attack. Group yang attack diorang ni jugak group yang sama attack kitorang, UNICORN

Then, dah dekat nak tamat competition, UNICORN ni kene attack ngn member kitorang. Padan muka. *aku tak pandai je, kalo tak dh kene attack dh dgn aku. Tepat jam 12.00 tengah malam, tamatlah competition ni. Kitorang pon berkemaslah untuk pulak mengqada' tido. huhuhu

The top 5. (Klik untuk tumbesaran.)

We're top 10. access_granted (Klik untuk tumbesaran.)
Ni adalah penyumbang markah kitorang. Yang bertanda 'X' tu kitorang dah buat la.

Challenge mode. (Klik untuk tumbesaran.)
Ni adalah antara group aku dan classmate aku yang terpaksa join. hihihih

That's my group. access_granted.
NetsNerd

The 2nd place winner, nextHorizon.
Tu je la yang dapat aku curi ambil dari FB kawan-kawan aku ni. *Sorry korang. hihihihi

Balik je dari competition ni, aku tido tak sedar diri sampai pukul 12.00 tgh hari baru bangun. huhuhu








p/s: Baru aku terasa aku ni student komputer. huhuhu

CTF Competition: Semalaman Bersengkang Mata (Part 1)

Labels: , , , , ,

Assalamualaikum semua~~

Korang mesti nak tahu kan apa benda CTF Competition ni kan? Kenapa sampai kene bersengkang mata sampai tak tido semalaman kan? Ok. CTF Competition ni nama full nya Capture The Flag (CTF) Compettion. 

(Klik untuk tumbesaran.)

Competition ni bukannya berlari sana sini, bom orang lain pakai belon air bagai semata-mata nak ambil bendera pihak lawan. Kitorang main competition ni secara maya, lebih tepat lagi guna komputer la. Camne nak main? Orang yang tak tau apa-apa pasal network memang tak boleh main. Sebabnya benda ni berkaitan dengan network, hacking and defense. Competition ni disertai secara berkumpulan.

Pasal competition ni jugak aku mengorbankan laptop aku untuk tambah OS Ubuntu untuk digunakan dalam competition ni. Risiko yang terpaksa aku terima hardisk laptop aku mungkin rosak dan Windows Vista aku yang original akan crash. *uwaaaa!!! (nangis guling-guling). Duit jangan cerita. Banyak jugak group aku melabur untuk beli switch, cable dan USB LAN sebab semua benda ni tak disediakan dan kene sediakan sendiri.

Kami dah sampai di Fakulti sejak jam 9.00 malam hari Jumaat lagi. Kitorang kena setup VPN connection dulu. Terima kasih sangat-sangat kat Abang Ajib sebab tolong setupkan VPN connections kitorang. Kami satu group sume beginner dan banyak benda tak tau. Tapi Ubuntu aku yang baru install buat hal. Tak betul install. Haishh!! Sedih tau. Terpaksa install semula. huhu

Tepat jam 12.00 tengah malam, maka bermulalah CTF Competition nie. Kami segroup agak cuak jugak sebab first time masuk competition yang merangkumi markah projek kitorang ni. Oh! Lupa nak mention. Group aku dan classmate aku masuk competition ni terpaksa sebab akan dimasukkan sebagai markah projek bagi subjek Network Security. Itulah sebabnya UiTM Shah Alam ni mendominasi competiton ni sebagai paling ramai participants. huhu

(Klik untuk tumbesaran)

Ok. Nak tau apa yang berlaku sepanjang competition ni? Sambung dalam entry akan datang ek sebab aku dah penat nak menulis. Penat semalam pon masih terasa lagi. Ok. Nantikan sambungannya dalam entry seterusnya ya? Ok. Bubye!! 






p/s: Lapar pulak perut nie. huhu

Aku busy sekarang. Ok?!

Labels: , , , ,

Assalamualaikum semua~~~~~

Dah minggu-minggu akhir kuliah ni tersangat busy la pulak. *tapi sempat pulak kau update blog kan?? hihihihihihi (hanya mampu tersengih)
 
Ok. Minggu ni agak disaster bagi aku. Sebabnya? 

Pertama:
Semalam aku tak tido sampai pukul 3pagi semata-mata nak siapkan Lab Cisco aku yang konon nya untuk praktis exercise untuk test hari ni. Malangnya, 6 trial and all failed! On the 7th trial, aku buat separuh je. *dah give up! Last-last aku sedut kawan aku punya je. hahahaha

Kedua:
Hari ni kelas NetSec sangat menambahkan beban kepala otak aku untuk fikirkan pasal Catch The Flag (CTF) Competition hari Sabtu nie. Rupanya banyak preparation yang group aku tak buat lagi. Banyak device yang tak beli lagi dan devices needed are 'hidden on the center of the Earth.' Mana aku nak cari wei???

Ketiga:
VPN setup untuk CTF ni tak buat lagi. Ubuntu aku pulak buat hal. Tetiba hang. Dah pulak tu, kene setup guna wired connection, means kene buat kat lab. Ohmen!! Penat merayau cari lab yang kosong!

Keempat:
Aku terpaksa balik rumah abang aku sebab nak ambil kete untuk kegunaan esok nak cari device untuk CTF tu. Overlapped pulak dengan meeting pukul 9.00 malam nie. Penat giler kalo aku nak ulang-alik dalam sehari nie. Tapi report portfolio aku tak siap lagi. So, kalo aku beralasan untuk tidak menghadirkan diri meeting malam ni, aku dah escapekan diri aku dari perlu menyediakan report yang aku tak tau nak tulis apa.

Kelima:
Esok kene merayau satu Shah Alam (even maybe Selangor) untuk cari device CTF nie. At the same day, pagi kelas abih pukul 10.30 pagi and meeting i-Hack pukul 3.00 petang. We only have time about 4hour and 30 minutes untuk merayau, membeli, makan, and solat. Damn! Sumpah penat esok!


Ok. Tu je la kali ni. Sebenarnya ada 2,3 lagi. Dah malas nak mengetuk keyboard ni dah. Lagi pon, aku nak g setup VPN aku ni. Ok......see you in da next entry yaa.....Bubye~~







p/s: Aku lupa command daaa......

Printer oh! Printer.

Labels: , , ,

Assalamualaikum semua~

hehe
Rajin pulak update blog ni sampai 2 kali dalam masa 3 jam ni..huhu

Dah xde mood nak sambung study sebab printer tetiba buat hal! Grrrrr~~~ Rasa nak mengamuk jer.

"Wahai incik printer, kenapa dikau merajuk dengan ku? Apa salahku? huhuhuhu"
*crying~!*


Tengah sedap printing past years quest preparation utk study week,tetiba paper sangkut. Dah banyak kali aku retry, still sama. On, off la, tekan paper la, sumbat kertas la. Sama je. 

Ni rasa nak curang dgn printer baru ni. hahaha *ade duit ker?? Adess!!








p/s: Surveying the cheapest and the best quality printer~! 

Berwajah Baru

Labels: , , ,

Assalamualaikum semua~

Ohaiyyo gozaimasu. Anata wa o-genki desu ka. Watashi wa genki desu. *apsal tetiba berbahasa Jepun pulak nie??


Hahaha
Maksud ayat kat atas tu :
Selamat pagi. Awak apa khabar? Saya sihat.

Ni semua pasal aku tgh brainstorming untuk skrip second oral test Jepun minggu depan. Takde idea wehh!! *Takde idea pon stil sempat update dan renovate blog ni kn......... hihihihi

Ok. Can you gimme a piece of ur mind about my new template? Saja ubah mood letak template Angry Bird pulak. Sekali sekala jadi budak-budak tak salahkan? hihihi


Ciss!! Ciss!!

Blog dh renovate. Entry on da way. InsyaAllah akan selalu update. I'll try my best ea. Kbai~ Nak sambung study.....hihihihihi




p/s: Brainstorming~!

Selamat kembali....

Assalamualaikum semua~~ 

Huishh!! Lama betul aku tak update story baru kn. Dekat setahun ada kan? Sorry la kawan2. Sangat busy dan takde mood nak menulis. Ni pon curi masa sekejap menjenguk dan menulis blog ni. I think I wanna make some renovation and also I wanna comeback active in writing. I'll try. Tapi bukan dalam masa terdekat ni la. I'm busy u noe~! huhuh

Ok. Itu saja lah kali ini. Tak tau bila aku akan update cerita terbaru tapi insyaAllah akan cuba merajinkan diri menulis disini ye kawan2. Hope we'll meet again here. Sayonara`


Sincerely yours,

TheGirlNamedNoor

 

Hiperhidrosis. I'm one of them!

Labels: , , ,

Assalamualaikum semua~~

Wah.... Ilmiah sungguh tajuk entry kali ini ye. Well, tak salah untuk sharing sesuatu yang interesting kan. Tambahan pula, benda tu berkaitan dengan si penulis macam aku ni. 


Untuk pengetahuan readers semua, aku adalah salah seorang yang mengalami hiperhidrosis. Mungkin ramai yang tak tahu dan mungkin jugak ada antara korang semua mengalami masalah yang sama atau mempunyai kawan seperti aku. Apa itu hiperhidrosis?

"Hyperhidrosis is a medical condition in which a person sweats excessively and unpredictably. People with hyperhidrosis may sweat even when the temperature is cool or when they are at rest."

"Masalah perpeluhan yang berlebihan terutama di bahagian tapak tangan dan bawah lengan di dalam istilah perubatannya lebih dikenali sebagai hiperhidrosis."

Sumber: Google Image

Untuk pembacaan lebih lanjut korang boleh baca di link yang telah aku letakkan diatas ye. 

Aku dah lama mengalami masalah ni sebelum aku sekolah lagi iaitu di zaman kanak-kanak aku. Dulu aku jahil lagi pasal benda-benda ni. So, aku buat derk je la. Mak aku pernah bawak aku berjumpa doktor pada usia 8 tahun tapi doktor cakap aku normal. Walaupun aku mengalami peluh yang berlebihan, aku takde bau badan yang kuat. 


Semakin aku membesar dan masuk sekolah menengah, aku dah mula rasa rendah diri. Ada kawan aku yang mengejek aku menyebabkan aku malu. Aku juga malu nak bersalaman dengan kawan-kawan sebab ia berpeluh tanpa mengira masa malah boleh dikatakan hampir sepanjang masa. Bila aku bersalam juga dengan diorang, cepat-cepat mereka mengelap kembali tangan mereka bagaikan jijik sangat-sangat. Terasa juga jauh disudut hati aku. Tapi bukan aku nak pun benda nie. 

Sebab tu bila aku dah masuk matrikulasi dan juga universiti, aku terus cerita tentang keadaan aku kat semua kawan-kawan aku. Alhamdulillah diorang faham dengan keadaan aku. *thanks korang! ^^,*


Ada jugak aku search internet pasal rawatannya. Penyakit ni jugak pernah masuk dalam rancangan Wanita Hari Ini kat TV3 tu. The best way rawatan untuk hiperhidrosis ni adalah dengan kaedah pembedahan. *mana aku nak korek duit wehh!!*


Aku tak mampu la sampai nak buat pembedahan. So, aku hanya guna krim anti-peluh untuk mengurangkan peluh aku. Bila exam agak susah jugaklah sebab kadang-kadang tu paper tu boleh basah sebabkan peluh aku tu. Even dalam bilik airconditioning pon boleh berpeluh jugak. Aku selalu la bawak tisu dan handkerchief dengan aku. 

Aku menyampah guna tisu sebab tisu asyik koyak dan melekat-lekat kat tangan aku. Tak percaya cuba korang pergi basahkan tangan korang, lepas tu pengan tisu. Camne? Satu kerja pulak lagi nak buang semua tisu yang melekat tu.


Bukan tangan aku je. Kaki aku pon sama. Aku susah nak beli kasut disebabkan kriteria yang aku kena pilih. Aku kenalah beli kasut yang tak licin atau pon kesat sikit sebab nanti takde la aku buat shuffle tengah-tengah orang ramai bila aku jalan. *malu seyhh!!* Tak jugak aku membazir duit dengan membeli kasut selalu disebabkan kasut tu selalu putus sebab kaki aku licin. *serius terseksa!*

Itu sajalah aku nak share sebab kalau aku tak berjabat tangan dengan korang, korang janganlah kata aku sombong pulak kan. 





p/s: Rajin pulak aku nak taip panjang-panjang nie. =.='

1,2,3 Cobaan...1,2,3

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~

Akhirnya dapat jugak aku meng-update blog aku ni setelah jumpa port paling selesa dan laju untuk online di sudut rumah aku nie. Memang aku hangin seminggu dua nie sebab internet asyik buat hal lembap cam sipot sedot!



Aku bukan apa. Banyak nak dikongsi masa sambutan Tahun Baru Cina yang lepas. Tapi niat tu terpaksa dikuburkan disebabkan internet yang berkelajuan kura-kura selepas maraton 100km! *sigh! =.=' 
Tunggu la Tahun Baru Cina tahun depan lak ye.... *kihkihkihkih


Kali ni aku takde idea nak tulis pasal apa. Saja try test line ni. InsyaAllah nanti aku akan update cerita terbaru. *kekeringan idea!





p/s: Mana nak tebus idea nie???

Sekian Lama Ku Tunggu, Akhirnya..............

Labels: , , ,

Assalamualaikum semua~~~

Ade jugak idea aku nak menaip entry kali nie. *setelah sekian lama memerah santan otak* Tajuk kat atas tu, korang musti tgh dok pikir pasal apa kan? Bukan cintan-cintun tau. Bukan jugak megi cintan yang korang beli kat kedai runcit dengan harga RM1.20 sebungkus tu. 


Malam-malam camnie masak megi sedap jugak nie~~ *telan liur*

Tajuk tu aku nak cerita pasal permohonan kolej aku daa~~ Setelah sekian lama ku tunggu, dapat jugak tengok result permohonan aku. Selama seminggu aku try bukak laman web ehep UiTM nie dengan menggunakan pelbagai browser (Google Chrome, Mozilla, IE), akhirnya.......................................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
(Klik untuk tumbesaran)


Permohonan kolej aku berjaya!! *save duit sewa rumah dan minyak transport aku!*  






p/s: Sangat bosan di rumah sebab hardisk aku tertinggal kat rumah abang aku. *Sigh! =.='

Hadiah Untuk Ibu~~

Labels: , ,

Surat pendek untuk ibu...........

Assalamualaikum~~

Ke hadapan ibuku yang tercinta. Apa khabar ibu di sana? Anakmu ini sihat sejahtera, alhamdulillah. 

Ibu, masih ingatkah ibu pada hari lahir ibu yang lepas, anakmu ini mengucapkan "Selamat Hari Lahir" untuk ibu? Saya orang pertama yang wish pada ibu. Saya sayang ibu. Tapi sayangnya, saya tidak sempat membelikan ibu hadiah kerana waktu itu anakmu ini tidak berkesempatan untuk keluar membelinya.

Niat itu juga terpaksa ditangguhkan kerana ketiadaan wang dan waktu disebabkan sibuk dengan pelajaran. Harap ibu maafkan anakmu ini kerana tidak memberikan ibu hadiah seperti tahun-tahun sebelumnya. InsyaAllah hadiah itu akan diberikan juga kepada ibu walaupun bukan pada hari lahir ibu.

Hari ini seperti dijanjikan saya telah membelikan hadiah untuk ibu. Walaupun tidak seberapa jika dibandingkan jasa dan kasih sayang ibu berikan pada saya, saya harap ibu terima. Terima kasih ibu kerana menjaga dan membesarkan saya dengan kasih sayang ibu. 

Saya sayang ibu saya. Sayang bangga ibu jadi ibu saya. I love you, mom. I'll always love you.

Your daughter,











Semester 3 Berakhir~~

Labels: , , ,

Assalamualaikum semua~~~

Wah....lama sungguh aku tak update entry baru kat blog takberapanakcomel nie. Takde masa free nak bukak blog nie... *eleh....bukak FB dgn Twitter kau ade pulak masa? Heh~*


Semalam dengan rasminya, tamatlah semester ketiga aku di UiTM di hatiku. Banyak suka, duka, penat, lelah, makan, minum, tido *sume nak bgtau ker?* aku kat sini. Lepas je habis paper Operational Research yangtakberapanakrational tu, cepat-cepat aku balik bilik kemas segala mak gatok nenek barang aku. *Tak sabar nak balik!* 


Excited giler. Tambah excited bila mak aku sendiri datang jemput aku. *Hepi gilerrr~~* Yang tak berapa nak best tu, aku kena drive dari Shah Alam ke Teluk Intan. *giler sengal segala otot dan tulang-temulang aku!* Tapi nak balik punya pasal aku sanggup!


Hari ni kat rumah, aku relaks jer. Rehat dulu katakan. Esok-esok lusa baru le pegi merendek *merayau* dgn member-member. heheh

Ok la. Tak tau nak tulis apa nie. Lain kali aku tulis lagi ye. Sorry la kalau entry kali nie tak menarik. *memang tak pon*






p/s: Nak tulis pasal apa ek entry akan datang??? *garu-garu kepala*

Awak 'Like' blog saya?