CTF Competition: Semalaman Bersengkang Mata (Part 2)

Labels: , , , ,

Assalamualaikum semua~~

Seperti yang dijanjikan, aku nak sambung cerita dari entry yang lepas. Siapa yang belum baca lagi entry lepas sila klik sini.


Tepat jam 12.00 tgh malam 9hb June 2012, bermulalah perjuangan kami dalam merebut tempat nombor satu sekaligus meraih ganjaran RM300.00 plus markah projek. Mula-mula steady je. Group aku just buat challenges mode je sebab tak reti nak reset password vulnerable box. Banyak jugak hacking tools kitorang download and install dalam PC lab. *PC lab je la, laptop aku tak. Aku malas nak kemaskini laptop aku dan membersihkan dari segala software yang tak perlu dan tak digunakan lagi, so PC lab la jadi mangsa installer aku. hahaha

Apa tools nak guna ni?? (Klik untuk tumbesaran.)

Sampai subuh tak tido tau kitorang sekelas. Tapi aku ada gak tertido dalam sejam camtu. Ntah bila aku tertido aku pon tak ingat. Seingat aku aku letak kepala atas meja je nak fikir flag untuk next challenges. =.='


Lepas Subuh la baru kitorang dapat activate kitorang punya vulnerable box. Itupon dengan bantuan Abang Ajib. Group aku tak tau apa-apa pon. huhuhu

Sampai petang still xtau nak attack orang cmne. So, kitorang buat challenges je la. Dalam pukul 4 gitu, group aku kene hack! Damn!! Sapa yang buat tu??!! *Sumpah masa tu aku nak potong orang yang attack kitorang tu. Dah la kitorang tak tau sangat benda2 macam ni. Last-last, ade yang bagi suggestion, tarik cable. *easiest way and it worked! Kitorang pon ikot la cabot cable. Biarkan dalam 30 minit. Dah reda, sambung balik. 


Bayangkan, sepanjang hari duk dalam lab yang sejuk bagaikan berada di kutub utara, bibir ngn kulit aku dah kering dah. Badan pon dah tak selesa sebab tak mandi seharian. Lepas group aku kene hack, group sebelah a.k.a classmate aku pulak kene attack. Group yang attack diorang ni jugak group yang sama attack kitorang, UNICORN

Then, dah dekat nak tamat competition, UNICORN ni kene attack ngn member kitorang. Padan muka. *aku tak pandai je, kalo tak dh kene attack dh dgn aku. Tepat jam 12.00 tengah malam, tamatlah competition ni. Kitorang pon berkemaslah untuk pulak mengqada' tido. huhuhu

The top 5. (Klik untuk tumbesaran.)

We're top 10. access_granted (Klik untuk tumbesaran.)
Ni adalah penyumbang markah kitorang. Yang bertanda 'X' tu kitorang dah buat la.

Challenge mode. (Klik untuk tumbesaran.)
Ni adalah antara group aku dan classmate aku yang terpaksa join. hihihih

That's my group. access_granted.
NetsNerd

The 2nd place winner, nextHorizon.
Tu je la yang dapat aku curi ambil dari FB kawan-kawan aku ni. *Sorry korang. hihihihi

Balik je dari competition ni, aku tido tak sedar diri sampai pukul 12.00 tgh hari baru bangun. huhuhu








p/s: Baru aku terasa aku ni student komputer. huhuhu

0 comments:


Awak 'Like' blog saya?