Second Attempt! Menjadi!!! hehe

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~

Penat nye la tapi bahagia beb. Nak tau sebab apa? Second attempt buat cupcakes menjadi!! First attempt tak menjadi sebab kurang tepung, lebih soda bikarbonat dan lebih muatan. Akibatnya, cupcakes macam span, ade lubang-lubang plus melimpah ruah tak muat cupnya...huhu Kali ni cukup-cukup je. Complete! Sedap pon sedap. Semua puji. Yang dulu asyik kene kutuk je. 

Cumel tak? Walaupon rupa tak seberapa, tapi sedap dimakan.
*rupa tak penting...kui3

Gebu je beb. Overall sedap lar. Puas hati!

Ada jugak buat cheese cake. Tapi, belum sempat aku snap pic, separuh dah abih. Aiyoo~~ *sedap kot..hehe

Lain kali nak try buat second attempt kek nenas aku yang keras macam batu hari tu...huhu




p/s: Start malam esok buat kuih raya pulak...hihi


Ada Nampak 'Something' Tak??

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~

Nampak apa-apa tak?

Nampak tak?

Ada perasan???


Kauorang nampak tak apa yang aku nampk?? Momok?? Bukanlah... Hantu?? Lagilah bukan!

Baik perhati betul-betul......hee~~



Spesial thanks to Muhammad Taqief Aiman kerana berjaya membuat daku bekerja lebih keras untuk raya tahun ini! Huh!


Motif: Tak tau nak tulis entry pasal apa........

p/s: Nampaknya aku akan menambahkan tahap kepenatan serta ketekunan daku ke tahap maksima sehingga nyawa-nyawa ikan buntal untuk mengecat dinding. Haishh!!! 


#2 Wordless Wednesday

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~

Thanks Incik Google........



p/s: Moral of the story, jgn suka-suka hati je nak baring @ rehat kat mana-mana.

#1 Wordless Wednesday

Labels: ,

Assalamualaikum semua~~~






One of the videos......









p/s: Ada pengajaran disebaliknya.... ^_^

Budak Dulu vs Budak Sekarang :: Versi Puasa dan Raya

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~

Ada baca tak entry daku dulu pasal Budak Dulu vs Budak Sekarang? Kalau belum baca klik sebelah. Tak pon klik sini pon boleyy.

Kali ni nak tulis pasal tajuk yang sama cuma lain versi. Versi PUASA dan RAYA. Budak-budak sekarang ni susah betul nak diajak dan disuruh berpuasa. Pelbagai alasan dan permintaan yang diberi.


  • Budak dulu-dulu bila buka puasa dijanjikan makanan sedap-sedap yang mak masak. Budak-budak sekarang Pizza Hut la, KFC la, McD la.
    Dulu aku cukup seronok nak puasa sebab opkos la mak aku akan masak sedap punyer. Bila time mak aku masak, sibuk menyibukkan diri tengok mak aku masak makanan yang sedap itu. Kini, anak sedara aku mintak Pizza Hut kalau dia puasa sehari penuh. Baru sehari. Kalau sebulan? Kopak poket wehh!!
  • Budak dulu-dulu tak puasa takde baju raya. Budak sekarang, bila shopping baju raya, diorang pulak yang lebih-lebih.
    Aku ingat lagi, ada sekali, aku tak puasa full sebulan *masa kecik-kecik dulu, gigit jari weyh tgk family lain pakai baju raya baru. Budak sekarang kalau tak dibelikan baju raya walaupon puasa tak penuh, mau dia buat drama guling-guling kat shopping mall tu. Malu seyh!
  • Dulu sehari puasa dapat seringgit duit raya. Sekarang sebulan tak puasa pon dapat duit raya, siap advance lagi tau!
    Dulu jenuh berlumba-lumba puasa penuh dgn adik sebab nanti dapat banyak duit raya. Lepas tu berlagak dengan kawan-kawan satu sekolah sebab puasa penuh plus dapat banyak duit raya.
  • Dulu masa rayalah ditunggu-tunggu sebab nanti dapat konvoi ramai-ramai dengan kawan-kawan pusing satu kampung kutip duit raya. Budak sekarang baik duduk depan tv tgk kartun tak pon main Playstation.
    Nilah kecelakaan teknologi yang menyebabkan terhapusnya keseronokkan raya dikalangan kanak-kanak masa kini. Lebih selesa menghabiskan waktu menyeronokkan diri seorang diri daripada menyeronokkan diri bersama kawan-kawan. *credited to Incik Fickry sebab aku curik ayat beliau yang 'mantop' itu. haha

Tu sajalah yang dapat aku simpulkan disini. Kalau korang semua ade lagi nak tambah silakanlah taip di ruangan komen tu ye. Hurmm~~ *harap dapat kembali ke masa lalu enjoy plus kutip duit raya banyak-banyak.





p/s: Semalam baru lepas menunaikan janji Pizza Hut anak sedara. Terdetik pulak nak tulis entry pasal nie...hihihi


STEP 2 SEGMEN SIMPLE : TEMA WARNA SAMA DENGAN SAYA

Labels: ,

Assalamualaikum semua~~

Baru je online sebab hari nie busy sikit. Sambungan untuk segmen En.Nasz kita. Tamat pukul 11.59 malam nie..so, kelam kabut la aku nak tengok semua link-link blogger yang join segmen nie. Dengan line broadband aku yang agak lembat seperti labi-labi malam nie, ku gagahkan jua berblogwalking semua link-link tersebut.....



Segmen ni suruh kita cari kembar blogger yang sama warna tema dengan blog kita. So, ni lah senarai blogger yang sama tema warna dengan aku ::

Tu je la. Empat je yang ada. Ok la tu dari takde langsungkan? Best jugak sekali sekala dapat join segmen yang macam nie. Dapat tambah kenalan baru. 




p/s: Happy sebab jumpa kembar yang memang serupa......nice to meet you... ^_^

*sempat jugak siapkan ontime!

SEGMEN SIMPLE : NASZ CARI BLOG

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~

Penat giloss ari nie...baru settle kuih untuk dijual kat bazaar ramadhan. Terlambat pulak settle hari nie sebab pagi-pagi lagi dah keluar pegi pasar tani beli keperluan dapur. Fuhh!! *tarik nafas dalam-dalam....

Masa blogwalking la pulak. Ada lagi segmen la kawan-kawan. Jom join.



Simple je segmen ni. Nak join klik la link kat atas tu ye. Pandai-pandai la ikot arahan yang diberi. hihihi




p/s: Taking a nap after this!!

JOM JOIN FIRST GIVEAWAY gulagulapelangi

Labels: ,

Assalamualaikum semua~~

Banyak sungguh segmen dan GA yang dibuat oleh rakan-rakan blogger. Daku sekadar mampu join je. Nak buat segmen dan GA sendiri memang harapan la. *kemalasan dan kebuntuan melanda....haha

Ni ada lagi GA dari seorang rakan blogger kita, Cik Gula-gula. Jomlah join ramai-ramai memeriahkannya. Ada hadiah menarik menanti tau.



Hadiah yang saya teramat-amat dan tersangat-sangat inginkan ::

  1. Anak patung Angry Bird yang merah tu.
  2. Baju Angry Bird.
  3. Keychain Angry Bird.
Tu saja hadiah yang saya mahu, Cik Gula-gula.

Kepada kawan-kawan blogger sekalian, nak join klik link kat atas ye......terima kasih... ^_^

Untuk ini saya tag ::




p/s: Angry bird....angry bird....

SEGMEN CX'S : GENG UiTM BY CAMPUS

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~

Fuhh!! Penat dan LAPAR!! Baru lepas goreng karipap BUATAN SENDIRI. Letih la jugak sebab kene uli tepung untuk kulit karipap tu. Okeh! Entry aku ni bukan pasal kuih karipap yang aku buat tadi. Lepas je siap karipap aku, terus online untuk blogwalking. *I love blogwalking! 


Tiba-tiba terjumpa satu segmen nie. --> Segmen cx's : Geng UiTM by campus. Oleh kerana aku adalah salah seorang student UiTM dihatiku, tergerak pulak jari jemari aku nak menulis untuk join segmen nie. :p

Jom join ramai-ramai. Terbuka kepada semua student dan EX-student UiTM.



Sesapa nak join boleh la klik link kat atas tu. Dah klik tu pandai-pandailah ikot arahan yang disediakan ye. Itu pun kalo nak join la.

Ada beberapa soalan kene jawab. Tugas daku untuk menjawab soalan yang diberi.

  • UiTM campus mana?  -->  UiTM Kampus Shah Alam, Selangor
  • Course apa?  -->  Data Communication and Networking (CS225)
  • Part berapa?  -->  Part 3
Tu je soalan nya. Tak banyakkan? Senang je kan? Jom lah join ramai-ramai ye.......hihihi




p/s: UiTM Dihatiku!! Peace~ (^_^)v


Astaghfirullah....

Labels: ,

Assalamualaikum semua~~

Burpp~~!!! Alhamdulillah...haha


Kenyang beb lepas berbuka tadi. Mak aku masak sedap giler sampai menjilat jari kaki....haaha Tett!! Okeh! Tipu..huhu

Tadi aku online FB aku, aku bukak la group Alumni KMPK. *awak dulu student KMPK. Rindu KMPK. KMPK stands for Kolej Matrikulasi Perak. *Information for those who don't know. :p

Tetiba aku terjumpa la sumthin. Benda ni nak tau result nya korang ikot lah step-step ni ye.......

  1. Open Microsoft Office Word.
  2. Taip Q3 NY dengan saiz font 48.
  3. Highlight words tu dengan cursor.
  4. Tukar font ke Wingdings.
Okeh! Sudah? Lihat hasil nya. Untuk pengetahuan Q3 NY tu adalah nombor pesawat yang langgar PWTC. So, korang faham-faham lah sendiri. Sama ada semua ini dirancang atau sekadar kebetulan. Berhati-hatilah dengan ISRAEL.





p/s: Nak cari lagi la info camni...hehehe

Ni la padahnya......

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~~

Puasa tak hari ni? Tak puasa ek? Tu ade nampak bekas air ribena kat tepi bibir tu. haha Tak mao ngaku ek?? Okey, fine! Anda puasa! (merepek suda~)


Tengah aku sedap berblogwalking, tiba-tiba incik handphone aku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Aku pon dengan rasa malas pon pergi la mengambil henpon aku yang terletak kat rak tv.

Lepas je aku tekan butang 'Read', terus kuar mesej berbunyi::

"Nombor prabayar anda akan ditamatkan dalam masa 10 hari. Sila tambah nilai sebelum nombor anda ditamatkan & baki kredit dilupuskan."


Aisyh!! Tu la akibatnya kalo udah lama tak top-up. Aku rasa ade dekat 2 bulan kot aku tak tambah nilai. Maklum le, cuti, duk umah, mana la nak ada duit. Poket pon tengah nazak giler dalam ICU tu. huhu




p/s: Nanti le aku kutip sekeping dua daun pokok duit-duit wat duit beli top-up. huhu Aku sayang nombor tu kot!


Kad Raya Giveaway

Labels: ,

Assalamualaikum semua~~

Sedang aku blogwalking terjumpa segmen nie...jom join ramai-ramai.... ^_^



Kalau ada sapa-sapa nak kad raya klik la link di atas ye.




p/s: Nak kad raya!!! :)

Aku Tak Suka Bila.......

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~

Lama jugak aku tak update entry selepas join segala bagai segmen. haha

Kali ni aku nak citer pasal benda-benda atau perkara-perkara yang membuat aku annoying sungguh. Baru-baru ni aku agak malas la nak bukak FB aku. Sebabnya? Ada beberapa perkara yang membuatkan aku annoying giloss. Rase cm nak sepak-sepak je hamba Allah tersebut. Aku cukup tak suka bila.................


  • Buat event yang merepek-repek lepas tu invite aku.
Serioushit aku cakap, hentikanlah wei!! Ntah apa-apa event la yang kau buat. Baru-baru ni aku ada terima bukan satu tapi dua event berbunyi: 
Download Movie Flat 3A
Download Movie Sekali Lagi
What the f***. Perlu ke buat event sebegitu??


  • Setiap jam, minit, saat korang update status.
Buat semak Homepage aku wei!! Asyik-asyik kau je yang update status. Dah tu ntah apa-apa punye status. Contoh bunyinya:
Sedang berfikir sama ada nak mandi atau tidak.
Baru lepas mandi. Fuhh...lega~~
Perlu ke status camtu? Kalo korang pergi berak pon nak tempek kat status tu jugak ek? 


  • Korang buat game request kat aku.
Hello guys and girls!! Aku tak main walau satu game pon dalam FB ni. Dulu-dulu ade la masa addict dgn FB nie. Kalo korang main tu, main je la. Tak payah la nak hantar segala bagai request kat aku. Wat semak Homepage aku je.


  • Tiba-tiba ada mesej kutuk-kutuk, maki-maki aku.
Ni paling aku tak boleh blah. Kalo korang la musti korang rasa nak cekik-cekik je Hamba Allah tu kan? Ni la yang pernah terjadi kat aku. Aku tak kenal pon sapa dan bukan dalam senarai friends aku. Dia maki aku, aku lagi hebat maki dia. Last-last aku block beliau!! hahaha


  • Invite aku ke group yang ntah apa-apa motifnya.
Aku tengok dulu post-post yang ade dalam group tu. Then aku leave group tersebut. hahaha



Itulah antara perkara-perkara yang menyebabkan aku annoying giler nak bukak FB. Aku bukak pon kadang-kadang kejap je sekadar update status, tengok notifications, ping kn blog...lepas tu aku chiau!! haha



p/s:: Lepas ni please la, jangan buat perkara-perkara diatas sebelum aku unfriend anda dan seterusnya block anda dari FB aku. hahaha

Segment Nak Kumpul Link

Labels: ,

Assalamualaikum semua~~

Segmen kali ni dibuat oleh Zeck. Semua blogger dialu-alukan untuk join. Tergerak hati pulak nak join. Jom join sekali. hehe



Marilah kita sama-sama join segmen ni bera-ramai. Ajak la kawan-kawan sekali ye......

Tarikh tutup : 11 Ogos 2011 (0900)




p/s: Join sekaki, dua kaki...hehe

Blog List Lepak Bersama Muz

Labels: ,

Assalamualaikum semua~~

Segmen lagi!! Jom join....daku tengah merajinkan diri menjoin segala segmen yang daku jumpa. Saja je. Dah tak tau nak buat apa kan? Nak buat segmen sendiri tak berapa pandai lorh. huhu

Tengok sini>>>



Mari join beramai-ramai. Klik la link kat atas tu ye. Dah klik tu, pandai-pandai la ikot arahan yang diberi.



p/s: Segmen lagi....heheh

Segmen : Blog ku memang lawa dimata Lulu Caldina

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~

Ada segmen lagi!!! haha *tgh giler nak join segmen2 nie

Almaklum le. Aku ni tak berapa reti nak buat segmen. Just suka join segmen orang je. Jom kita tengok dan join segmen ni....



Jom la join sekali. Tak rugi pon kalo join kan. 



p/s: Segmen....segmen.......

MARI MENAMBAH FOLLOWER BERSAMA HANNAH TOTS

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~

Hari blogwalking lagi. Tak tau nak update entry pasal apa. Nanti-nantilah daku cari cerita untuk entry ye. Masa tengah blogwalking, terjumpa la pulak satu segmen nie. Saja menggatal nak join. huhu

Jom!



Jom la join ramai-ramai. Nak join klik la link diatas. 

TARIKH TUTUP : 10 OGOS 2011 (23:59)




p/s: Ade sesiapa buat segmen lagi?? hehe

Segmen - Jom Blogwalking Bersama ZouL

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~

Segmen nie ade yang ping kat aku kat fanpage FB Komuniti Gila Blog. So, tetiba rasa nak join la pulak. Thanks to Noor Shafiqah Malik yang bagi link untuk aku join segmen nie...hehe



Jom join jom! hehe

Tarikh tutup ialah pada 31 August 2011 tepat jam 11.59PM dan Had limit ialah 50 orang sahaja.Setakat nie baru ade 26 orang yang join..jom! hehe



p/s : Saja menggatal nak join..hehe

PROMOSI BLOG SECARA PERCUMA ! C`AYOB

Labels: ,

Assalamualaikum semua~~

Sedang aku tengah blogwalking tadi, terjumpa pulak la segmen ni ::




Tetiba rasa nak join. jom ler........


Tarikh Tutup : Pada 07 Ogos 2011, Jam 12.00 pm.




p/s :: tetiba rajin pulak..haha

Bazaar Ramadhan

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~

Fuh.....penat! Baru balik dari bazaar ramadan. Ni la first time dlm bulan puasa tahun ni pegi bazaar ramadhan. Orang punye lah ramai, jangan citer la. Nak tunggu beli sesuatu juadah pon hampir 10-15 minit kene tunggu baru dapat. Hadoi~~~

Aku just suka jalan-jalan je. Beli apa yang rasa aku nak makan untuk buka puasa je. Tak beli banyak. Sapa nak makan? Nanti jadi camni..........(klik sini) Sapa nak jawab? haha

Ni aku nak list kan serba sedikit makanan yang jual kat bazaar tu. Gambar-gambar nie aku curi dari Incik Google je. Segan aku nak mempopularkan diri sambil buat muka tak malu snap pics kat bazaar tu. Tolonglah!


  • Makanan
Macam-macam makanan dijual kat bazaar ni. Pilih je la mana kau nak. Sediakan duit je. Bagi yang bujang dan jugak yang pemalas giler nak masak silalah datang ke bazaar untuk membeli makanan untuk berbuka puasa nanti ye.


  • Air
Macam kaler air ade mewakili pelbagai perisa. Kalau boleh semua kaler tu korang nak beli kan? Lepas tu makanan-makanan yang korang beli tadi langsung tak sentuh sebab korang dah kembung minum air. Semuanya korang minum beralasan nak rasa mana yang sedap. Last-last..........................


  • Kuih-muih
Yang ni kompom ade. Tak sah kalo takde. Sebelum berbuka bagi aku musti mendapatkan seketul kuih sebelum menjamah nasi. tak lengkap rasa kalo takde kuih beb! huhu


  • Fast food
Yang ni budak-budak sunquick macam aku memang suka la. haha Musti beli wat kekudap masa tengok tv pkul 10-12 malam nanti. haha



p/s: Tulis entry right on tyme sebelum berbuka. Terbaek~~!!

Jangan Jadi Camni Tau!!

Labels: ,

Assalamualaikum semua~~

Boring-boring malam nie aku layan Youtube weyh!! Macam2 aku bukak. Masa bukak tu terjumpa sumthin' yang menarik. Meh tgk nie......


Haha
So, jgn jadik camnie ye. Makan time bukak puasa tu biarlah bersederhana. Dan kalau boleh, rajin-rajinkanlah diri tu ke surau atau masjid menunaikan solat sunat Terawih. Tambah kredit akaun ke syurga. hehe




p/s: Buat masa nie aku belum lagi sempat nak g Terawih. Banyak hal la. huhu

Selamat Berpuasa ^_^

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~


(Thanks incik Google)


Selamat berpuasa bagi semua umat Islam. Hari ni adalah hari pertama puasa. Baru hari pertama puasa banyak sungguh dugaan yang aku hadapi. Melihat kuih yang dimasak oleh mak aku untuk dijual di Bazaar Ramadan membuatkan air liur aku meleleh. Tak sabar nak buka puasa weyh!! *excited giler.








p/s: Blogger lain dah lama ucap selamat berpuasa. Aku baru nak ucap...huhu

Awak 'Like' blog saya?