Budak Dulu vs Budak Sekarang

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~

Kali nie entry aku pasal perangai budak-budak zaman sekarang nie. Aiyoo~~ Susah giler la nak kawal diorang. Zaman aku kecik-kecik dulu, bile mak aku naik hangin sampai dh pegang rotan, mau tercirit-cirit dek takutnya. Budak zaman sekarang? Huh! Bawak parang pon still tak lari lagi. 





Aku cakap nie bukan apa, based on pengalaman dan pemerhatian aku jugak. Aku ni membesar dengan budak-budak nie. Mula-mula adik aku, lepas tu sepupu aku. Sekarang ni anak sedara aku pulak. Meh tengok perbezaan perangai budak-budak nie.....



  • Budak dulu-dulu main batu seremban, mak-mak, kawen-kawen. Budak-budak sekarang main playstation, online games.
Aku dulu kecik2 nak main congkak pon kene korek lubang dulu. Lepas tu cari buah getah kat hutan belakang rumah jadi buahnya. Anak sedara aku baru umur 7 tahun dah pandai bukak internet main game online.
  • Sejahat-jahat budak dulu, pegi panjat pokok buah orang, jadi monyet makan atas pokok. Sejahat-jahat budak sekarang, dah pandai mencuri, pukul orang, buli.
Aku kecik-kecik dulu, panjat pokok jambu loceng dgn kawan-kawan, jadi monyet sampai licin buahnya siap pakej kena kejar lg dengan tuan punya pokok. Anak sedara aku dah pandai mencuri duit mak aku, nak pegi main games online kat cyber cafe. Nak mintak sure tak dapat padahal katt rumah pon ade internet jugak.
  • Budak dulu tau makan aiskrim pop sekupang je. Budak sekarang tak pandang aiskrim pop sekupang lg, nak Walls Cornetto, Trophy.
Dulu kalo mak aku bawak balik sedozen aiskrim pop, berebut-rebut dengan adik aku sapa dapat makan paling banyak. Budak sekarang pandang pon tak, apatah lagi nak manjamahnya.
  • Budak-budak dulu main tarik-tarik daun nipah. Budak sekarang bawa basikal siap willy lg. Ade yang dah pandai bawak motor.
Seronok giler dulu main tarik-tarik daun nipah. Siap buat pertandingan lumba lagi dengan kawan-kawan. Budak sekarang, daun nipah pon tak kenal agaknya.

Itulah serba sedikit yang aku dapat perhatikan perbezaannya. Ade banyak lagi tapi aku malas la nak tulis semuanya. Kalau tulis semuanya korang pon mesti dah bosan baca kan? 



p/s: Rindu zaman kanak-kanak aku dulu....huhu

2 comments:

  1. Cahaya Fajar said...:

    a'ah kan..beza sgt2 ngn zaman kita dulu2.budk2 skrg,dh pndai dh..ntah2 lagi pndai dari kita yg besor ni.haha

  1. haha
    betol2..zaman kecik2 dulu bodo jew...xtau apa2 pon... ^_^

Awak 'Like' blog saya?