Kasih Seorang Datuk Cina

Assalamualaikum semua~~

Hari nie aku leh relax cket sbb keje sume dh setel awal2 lg. Almaklum le. Awal giler aku bgn ari nie. Nak tido balik tak buleh. So, aku bgn trus mandi and setel kn sume keje2 rumah aku.

Oh ye....dulu aku ade janji nk citer pasal tugas aku kat rumah kn?? Aku rasa entry dpn la. Entry kali nie aku nk citer pasal benda lain lak.

Okeh!!
Tadi kan aku gtau keje aku sume dh siap awal2 lg kn? So, dah tak tau nak buat apa, aku pon lepak2 la kt luar bawah pohon rambutan kt tepi rumah aku nie. Tgh aku lepak2 mengenang kisah2 lama (amboi), ade terdengar le pulak bunyik anak2 kucing.


"Miaw~ miaw~ miaw~"

Aku carik le. Mana le anak kucing tersebut menetap. Rupa2nya kat dpn rumah jiran aku, tepi tong sampah. Mungkin anak2 kucing tu ditinggalkan oleh ibunya. Jiran aku tu seorang tua cina yang layak aku panggil atuk dah.

Tgh aku khusyuk tgk anak kucing tu, jiran aku nie td keluar rumah. Aku igt dia nk buat apa, rupanya dia pon cari gak mana diamnye anak2 kucing tu. Lepas je dia jumpa anak2 kucing tu, dia masuk balik dalam rumah dia.

Beberapa minit kemudian, dia kuar balik dengan segelas susu kat tangan. Lepas tu, dia amk polysterene yg ade kat tepi tong sampah tu, letak cket susu dalamnya, bagi kat anak kucing tu. Anak kucing tu aku agak baru dalam 2,3 hari beranak nye. So, kakinye tak kuat nk jln lg, dan mata nye pon tak celik lg.

So, anak kucing tu wat dono je la dgn susu tu sambil terus mengiaw. Apek tu tak puas hati, diambilnya anak kucing tu pastu dibenamkan mulut anak kucing tu kat susu dalam polysterene tu. Aku terus memerhatikan gelagat apek tu.


Anak kucing tu tetap tak nak minum susu tu. Yelah, kecik lg. Mana la dia pandai jilat susu tu cm kucing dewasa. Oleh itu, apek tersebut telah mengambil tindakan drastik iaitu dengan mengangkat anak kucing tersebut lalu disudukan susu ke mulut anak kucing tadi.

Kesian aku tgk anak kucing tu. Cam nak lemas pon ade. Tapi dalam hati aku kagum la. Betapa kasih nye seorang datuk cina tu kat anak2 kucing tu sampai diberikan susu.  Lepas dia dah bagi susu kat tiap2 anak kucing tu, dia letakkan anak2 kucing tu kat satu sudut rumah dia. Bagus jugak anak kucing tu diberikan perlindungan.


Lepas tu, apek tu masuk ke rumah nye. Aku tgk, anak kucing tu pon dh senyap. Mungkin tertido kekenyangan susu kot. Aku pon terus le masuk rumah aku sambil tersenyum. Terus aku update citer tu kat entry kali nie....hehehe



p/s: Perlakuan dan sikap apek tu mengingatkan aku kat arwah atuk aku. Rindu sangat2 kat beliau.

0 comments:

Awak 'Like' blog saya?