Kembali Belajar~~!!

Labels: ,

Assalamualaikum semua~~~

Penat sungguh hari ini mengangkut segala macam barang ke Kolej Teratai nie. Lepas tu pegi teman member shopping pulak dekat PAS Seksyen 2. Haishh!! Hampir tertanggal segala urat sendi kakiku ini. Memang sungguh menyeksakan!

Esok bermulalah segala macam kuliah bersempena dengan permulaan semester baru ni. Lepas ni mungkin sudah jarang meng-update entry baru di sini. Harap maaflah kepada semua readers daku ye. Bila kelapangan akan ku update entry disini. 

Wish me luck for this new semester!




p/s: Tak nak pergi kelas esok boleh?? hahaha

"Mak cik tu nak lalu."

Labels: ,

Assalamualaikum semua~~~

Aku ada satu cerita disini.......Selamat membaca!! 




Suatu tengahari ketika ibubapa sedang sibuk mengambil anak masing-masing di depan pagar sekolah.

Naim: Yea! Yea! Achik dah sampai. Bye Lokman. Kita balik dulu...
Aku: Naik slow-slow. (Aiseyh! Kena block. Camne nak lalu nie?)
Anak 1: Mak. Nak seringgit mak. Nak beli aiskrim.
Anak 2: Nak jugak.
Mak: Nanti sekejap.
Aku: (Masih menunggu.)
Mak: Nah! Cepat sikit. Makcik tu nak lalu.....
Aku: ?????????????





p/s: Tua sangatkah daku??? huhuhu


MLM....apa yang korang tahu??

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~

Sebelum tu daku nak tanya dululah kan? Korang tau tak apa itu MLM? Multi Level Marketing. Senang citer dalam Bahasa Melayunya Jualan Langsung.

Actually, aku bukanlah nak kutuk-kutuk kauorang yang buat dan masuk bende-bende camnie. Bukan apa. Annoying sungguh bila bende-bende nie menyemak kat homepage FB aku. Rasa macam nak block je manusia-manusia yang publish bende-bende nie, menyemakkan homepage aku. Tak cukup dengan tu, siap post kat wall aku. Memang aku delete terus. 


Masa aku matrik dulu diorang introduce kt aku LUXOR. Kunun bkn MLM la konon. Cett!! Takpe...aku dengar je la briefing diorang tapi nak join? Mintak maap la. Terima kasih wa cakap sama lu. Ingat aku tak tau ke apa itu MLM dan macam mana rupanya, fungsinya. Sume tu dalam poket aku je beb. Bukan nak berlagak sangatlah kan. 


Taktik nye semua sama beb. Just cara korang menyampaikan briefing korang tu je yang konon lain dari MLM yang lain. Struktur nya tetap sama. First korang join. Then, nak join mesti ada bayaran kan. Ada murah, ada mahal beribu-riban kan. Lepas tu, korang kene cari dan invites kawan-kawan korang join dan masuk di bawah rangkaian korang macam nak bina Family Tree tu. 


Aku bab-bab nak pujuk-memujuk orang join itu ini yang lemah tu. Seriously cakap, aku memang tak pandai nak kelentong sana kelentong sini for just to ask them to join in! Asal tak cakap terus terang je nak ajak masuk join MLM tu? Kan senang. Tak perlulah pusing sana, belok sini, terang sana, suluh sini. Buat orang pening jer. Atau, itu memang taktik kauorang nak ajak diorang join. Ciss!! Kotor sungguh!

Ni aku kat U ni pon ade jugak konon nak introduce itu Skor A. Ciss!! Awal-awal lagi aku cakap, "Beb! Trimas je lah. Aku muak dengan MLM. Briefing macam gempak giler nak mati tapi taktik sama je!" 

Kadang-kadang benda-benda ni semua tipu je. Aku harap kauorang yang ade hati nak join ni fikirlah dulu. Jangan bila dengar orang sana berjaya dapat ribu-riban, belajar lagi dah pakai kete sport, terus kauorang nak join. Mungkin tuah orang tu berjaya dengan benda nie. Korang tak semestinya bertuah kan? Bak kata pepatah la kan, 'Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu?'

Bagi yang dah join tu, kalo benda tu betul dan korang dapat lebih pulangan dari modal, alhamdulillah. Rezeki kauorang. Maknanya tak rugilah kauorang join kan? Dapat ribu-riban. Bolehlah belanja daku kn?? kihkihkih

Entry ni bukanlah niat aku nak kutuk sesiapa. Harap korang janganlah kutuk aku pulak dekat blog korang. Tapi kalo nak kutuk jugak suka hatilah. Tapi jangan sampai mendatangkan fitnah dan perang blogger pulak. Tak pasal-pasal pulak dengan kauorang-kauorang, dengan aku-aku sekali masuk 'dalam'. Hanya pasal blog. Naya beb! 






p/s: Baik buat family tree pasal keluarga kauorang. Lagi bagus. Sekurang-kurang kauorang sedar asal-usul kauorang...opss!!!!

CANADA pon ada??

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~


Entry lagi. hehe

Oleh kerana aku tak tau nak buat apa, so, aku pon membukalah akaun Nuffnang aku. Saja gatal klik kat visitors today. Klik-klik keluar mende sebegini rupanya.............


Biar betul. Canada pon ade lawat blog aku ker? Biar betul. Yang aku tertanya-tanya sangat ni, faham ke diorang nak baca segala entry aku yang ditulis dalam BAHASA MELAYU. Ade la sikit-sikit English words atau lebih tepat dan mampat, BAHASA ROJAK. 

Musykil....musykil......





p/s: Banyak tu.............10%....hurmm~~!!

Seronoknya Beraya~~!!

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~

Hari Ahad ni aku dah mau balik kampus suda~~ Aiyoo~~ Cepatnya cuti habis! Tak mau balik boleh? hahaha
Oleh kerana tinggal beberapa hari je aku boleh aktif berblogging, oleh itu daku nak update macam-macam entry lah ye. Itu pon kalo sempat dan Puan Emak tak marah membebel kat daku la ye. huhu


Okeh! Raya ke-4 lepas, daku pergi berkonvoi raya dengan member-member sekolah dulu. Tak rancang awal pon. On the go je. Selalunya rancang awal-awal nie tak jadi macam rancangan reunion kelas lepas. Oppss!! heheh


Memang happening giler daku dengan kawan-kawan. Seronok beb! Tapi yang tak berapa nak best nye, ade yang berpecah. Tak sama haluan. Tapi tetap enjoy. Dalam sibuk-sibuk beraya tu, snap pic opkos sempat. Almaklum le semuanya gila sepere kalo nampak kamera. hahaha


Enjoy the show~~!! 

Persinggahan pertama. Sambil tunggu member yang lain sampai.

Menggedik sikijap! hahaha

'Makan besar' kat rumah Wanie.........

Ahli kariah lelaki yang join. 'Seketol' lg disebalik tiang...huhu

Ni la passenger yang naik kete aku tak reti bayo tambang....wakakakaka :p

Nak jugak?? Bagikan!!

Persinggahan terakhir. Rumah Incik Fickry a.k.a Incik Beijing kita...muahahahaha

Dipersinggahan terakhir siap dapat ole-ole dari Beijing weyh!! Thanks Fickry!! Kau ade?? haha

Bertolak balik pukul 8.30 malam selepas antar sume 'passenger' aku ke persinggahan masing-masing. Itu pun kakak dan abang aku dh 3 kali call tanya bila nak balik. Mak aku dah membebel seyh!! Aiseyh! Kecut usus nak balik. (tak nak balik boleyh?)

Sampai rumah dlm pukul 9 malam cam tu. Nasib baik tak kene lecture panjang berjela. Kalo tak buat pekakkan telinga je lah! huhu





p/s: Credited to HAZIMAH for the pics...... kih3.....

Wordless Wednesday #3

Labels: ,

Assalamualaikum semua~~


Just dropping by wanna wish.............

Thanks incik GOOGLE

Thanks GOOGLE IMAGES




p/s: I love my mom very muchh!!!! Muacksss~~  I'm proud to have you as my mother....

Aku dapat 50 wehh!!

Labels: , , ,

Assalamualaikum semua~~~

Wah...hari ni nombor 50 bertuah sungguh dengan aku. nak tau apa 50? Jap lagi cerita. 

Tadi merajinkanlah jugak diri ini berblogwalking kan. Blogwalking di blog ! ! ABChill ! SALWAISMAIL pasal Nuffnang. Beliau dapat duit raya dari Nuffnang. Wah!! Cemburu seyh!! 

Ye lah. Selama aku berblog dalam setahun nie tak pernah lagi dapat earnings. Lagipon dulu-dulu jahil lagi pasal benda ni. Daftar je. Fungsinya idak le tahu. Oleh kerana cuti 4 bulan nie aku rajin follow blog orang, rajin update blog sendiri, rajin ikut segala bagai segmen. Dari situ le aku tau pasal Buffred Earnings nie.

Baru-baru nie aku terbaca pasal SEO. Ntah apa ke menatang nye nama penuhnya udah lupe. Sorry r beb. Ngidam makan sambal semut. Ni le jadinya. muahahaha

Okeh. Balik kepada topik asal, lepas baca blog SalwaIsmail tu, aku pon tergerak hati le nak check buffered earnings aku. Setelah diklik segala bagai, jeng jeng jeng~~~!!!


Aku dapat 50 sen duit raya dari Nuffnang. hehe

Pedulik apa aku korang nak kata apa. First time aku dapat memang la excited giler. Korang apa tau. Korang ye la. Duit dah beribu-riban. So, kepada yang annoying dengan aku sila pergi jauh-jauh! 






p/s: Sedang belajar apa itu SEO......huhu

Benarkah apa yang daku lihat ini??

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~

Updating once more. Tengah rajin nie. Tapi nak blogwalking pulak malas. hehe

Oleh itu daku pon menge-check la e-mail ku yang sudah la bersawang-bawang tidak dijenguk lebih kurang 2,3 bulan lamanya. 

Setelah di klik URL yang dikehendaki maka tersembullah page yang dinanti-nantikan. Fushh!! Terduduk beb!! 50 UNREAD MAILS. Mamposs...juling ler bijik mata daku. 


FYI, aku ni jenis tak suka biarkan unread mails menyemak dalam inbox aku. So, daku akan cuba sedaya-upaya mencegah unread mails itu dengan membuka dan membacanya. Mana mails yang merapu tak tentu hala itu daku DELETE terus!! Wat semak jer. 


Sedang aku membuka kesemua mails aku, tetiba aku terperasan ini :

Klik untuk tumbesaran

Benarkah ini? Makna nya selamatlah duit aku bulan nie.....heheheh





p/s: Eh? Bil ni bukan mak aku yang bayar ke? huhu

Mini Cupcakes

Labels: ,

Assalamualaikum semua~~


Rasanya tak terlambat lg kn nk ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. 

Apa? Dah terlambat? Nah kau flying kick satu...muahahaha


Lama jugak la daku tak update entry ye. Blogwalking nye rajin tapi langsung tak tinggal jejak. Ni kan pulak nak taip entry kn. huhu Kesibukan menyambut serta menyediakan persiapan Aidilfitri tidak memberi aku masa yang banyak nak update entry. Bukak FB pon sekejap je. Tengok notification, komen siket, update status, pastu off. Tak boleh lama-lama, nanti Puan Emak bising. huhu

Okeh. Hari ni budak-budak skolah dah start skolah. Yang dah keje start keje dah. Aku je belum balik kampus lagi. Minggu depan baru klas start. So, habiskan sisa-sisa yang berbaki untuk menikmati saat-saat terakhir di rumah setelah 4 bulan honeymoon

Okehlah. Panjang berjela aku punya mukadimah sampai topik pon tak cerita lagi. Aiyoo~~ Bab merapu nieyh bagilah kat daku. Kompom! Sampai ke China pon tak abih lagi... haha (erk?? apa kene-mengena?)

AMARAN KERAS!! :
Entry kali ni agak panjang berjela. Kalo rajin dan tak bosan scroll le ke bawah sampai habis. Kalo malas sila pergi main jaoh-jaoh!

Hari ni anak sedara aku ada jamuan raya kat sekolah beliau. So, kenalah pakai baju raya, seluar raya, kasut raya dan segala macam rayalah...tapikan tetiba pulak KUIH RAYA. Aiseyh!! Mana nak kutip nie? Serdak ada le. Aku bg serdak buleh? 


Tak pasal-pasal pulak beliau di karate laju-laju oleh cikgu beliau. Huh! Nak tak nak terpaksalah daku membuat kuih raya beb! Pergh!! Memang rajinlahkan daku nak buatnye. 


Berbekalkan kemalasan yang berbakul-bakul, aku buat jugaklah disebabkan mak aku dah suruh. Hadoi~~ Maka sepantas keris petir Boboiboy, aku mengadun segala bahan-bahan nye. Aku buat cupcakes je lah. Kejenye serta bahan-bahannya paling senang.

Dah siap bahan, time nak isi dalam cup nye le pulak. Baru teringat! Cup nye dah habiss!! Yang ade hanyalah bersaiz kecil untuk kuih aje baki Almond London yang aku buat hari tu. Aiseyh!! Dah tengah malam nie. Mana nak cari? Kedai? Kompom! Sume dah tutup! 

(hentam sajalah. Jadi le mini cupcakes. huhuhu)

Sebelum dibakar.......

Sesudah dibakar....penyek sana. penyek sini....aiyoo~~

Malas punya pasal. Lantak kaulah. Mana rope ler. Jangan banyak citer. Tutup dan kemas segala, tido! 


Aduss!! Takleh tido! Tak puas hati. Takleh tido kerana dibayangi keHUDUHan mini cupcakes tadi. Bangun! Bukak lampu! Pegi dapur! Siapkan segala bahan! Second trial! Hasilnya..... :

Barulah cumel!!

Rupa tak penting! Yang penting USAHA!

Bandingkanlah.....

Kecik jer. Dah nama pon mini...

Puas hati! Jom tido!! hahaha







p/s: Nasib baik menjadi. Kalo tak, sampai ke Subuh aku tak tido..muahahaha

Awak 'Like' blog saya?