Salam Jumaat

Labels: , , , ,

Assalamualaikum semua~!

Salam hari Jumaat semua. Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Kaum Adam jangan lupa pergi masjid tunaikan Solat Jumaat yer. Bukannya tiap-tiap hari. Sekali seminggu. Bukannya lama sgt pon. Hadap laptop tu lama-lama boleh plak yer? Tak takut rabun ker? hoho

Source: Facebook Oh! Media. (Klik untuk tumbesaran.)

Meh sini nak share satu cerita dan situasi aku pada hari Jumaat minggu lepas. 

Dah kempunan sangat nak makan McDonalds, aku ajak la kawan-kawan aku, Fatin dan Wani pegi lunch kat McD. *Treat diri sendiri jer.* Pegi tak jauh pon dari ofis. McD seksyen 7 dekat Petron tu jer. Dah sampai pegi la beratur nak beli burger favourite aku. Ape lagi kalo bukan burger Spicy Chicken McDeluxe...hoho *nak yang mahal jer*

Ni bukan situasi yang asing sangat bagi aku la. Ramai lagi kot kaum-kaum Adam ni melepak makan relaks-relaks je menikmati burger McD tu. Tak pegi Solat Jumaat ker? Dah pukul 1.15 petang dah masa tu. Masuk waktu Zohor pukul 1.02 petang. 

Ade sorang mamat ni duk tunggu kawan dia order burger, pandang aku sambil senyum-senyum. Boleh tahan hensem la. Tapi jangan harap lah aku nak balas kn. Lepas tu aku tenung jer dia bersilih ganti dengan tengok jam sambil geleng-geleng kepala. Dia dah macam gelisah jer. Tau plak yer. Nak je aku tegur, "Tak Solat Jumaat ke bang?" atau pun "Uzur ke?". Tapi nanti menjatuhkan kemaluan dia pulak kan. So, diam je la.

Lepas kawannya tu dah dapat apa yang di order, *take-away* terus dia blah. Tak tau la ke mana. Tak rasa berdosa ker? Penat solat 5 waktu sehari semalam tapi Solat Jumaat tak buat. Berdosa jugak!



p/s: Rejek jadi calon suami dan menantu! Salam Jumaat!!


Thanks Guys!

Labels: , , ,

Assalamualaikum semua~!

Hari ni tanggal 16 November 2013, genaplah angka umur aku 22 tahun. Selama 22 tahun ni, aku sangat-sangat jarang sambut birthday sendiri. Sambut birthday org rajin la. Siap dgn plan nakal dan jahat lagi prank kawan-kawan. haha

Kalo dah sambut pon jarang sekali, dapat hadiah lagi la takde kan. Hadiah diri sendiri lagi bagus. hoho

My gift to myself!

Thanks pakcik Google Images!

Millions of thanks from me to all of my friends and family yang wished birthday aku hari ni sama ada melalui SMS, Facebook mahupun Twitter. Terima kasih banyak-banyak la yer. hihi

Tak lupa jugak kat kembar-kembar family i-Hack aku, Achik dgn Farah. Happy birthday to korang gak! Kalo dapat kek share dengan aku!! hoho

Untuk birthday party aku malam ni, just a small family gathering with my mom and sister also those adorable kids and baby Iman, having chicken roast a.k.a ayam tergolek-golek. No cakes, no present. Enough with just my family. I love them all! Damn much! hihihi



p/s: Tahun ni takde lagi org nyanyi lagu birthday kat aku.....huhu


Tahniah Classmates!

Labels: , , , , ,

Assalamualaikum semua~

Hari ni tanggal 12/11/2013 adalah hari bahagia classmates aku. Bukan kahwin....Convocation Day la. hihi

Tahniah buat semua rakan seperjuangan yang konvo hari ni. Selama 2 tahun korang berhempas-pulas tergolek terkangkang belajar, korang berjaya menggenggam segulung ijazah yang diberi nama Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Data dan Perangkaian. Fuhhh....panjangkan nama kos... Senang citer panggil Nets jer, stands for Networking.

Aku tumpang gembira dengan korang-korang semua. Aku pulak tak sabar nak tunggu konvo aku sendiri tahun depan! Gelojohkan....haha

Punya semangat aku buat satu entry untuk korang semua. Rindu nak lepak-lepak dengan korang lagi. Rindu nak pegi kelas dengan korang. Rindu nak gosip-gosip dengan korang. Rindu nak keluar makan dengan korang. Rindu nak copy assignment korang. Oppsss!! hahaha

Di sini ade la sedikit flashback yang aku buat sendiri tau walaupun aku curi gambar-gambar ni dari Facebook...kihkihkih

Marilah kita bersama-sama mengimbau kenangan-kenangan kita semua sepanjang kita belajar bersama-sama. 

Malam Pra-Graduan (MPG) di Restoran Zam Zam seksyen 9.


NetRiders di MSC Cyberjaya.


NetD exhibition di Makmal 17 dan Makmal 18 FSKM.


Masa ni la sume kelam kabut dengan mini project network design masing-masing. Disebabkan FreeBSD ramai merana meraung laptop rosak. Kesian~

Capture The Flag (CTF) Competition di Makmal 14 dan Makmal 15 FSKM.

Competition ni la yang buat kita semua tak tido malam. Selama 24 jam bertarung hacking and defense, and forensic challenge semata-mata untuk markah projek subjek Security. Masuk competition ni sume paksa rela. hahaha

Datang beraya rumah Fatin.


Ehem! Time ni terasa budak-budak balik sebab dapat duit raya dari mak Fatin. Walaupon seringgit, tetap duit gak tau! 

Datang beraya rumah Wan Khai.


Nets Bowling Tournament di Bowling Center Ole-Ole.


Futsal Tournament di Sports Planet seksyen 16.


Tahniah buat semua kawan-kawan. Sorry la tadi terlambat datang, so tak dapat nak jumpa korang semua. Aku sempat jumpa Chae, Apiz dengan Wan Zol jer....

Tahniah buat semua. Sorry...aku curik gambar-gambar korang dari Facebook. hihi

Ni je la yang aku ade dan aku rajin nak edit. Selebihnya nak buat ucapan sikit la ea. 

"Thanks for all the moments that we shared together. Thanks for all the happiness and sadness that we've been through together. Thanks for all the assignments that we copied together. Thanks for all the foods yang korang belanja. Thanks for everything! Grateful to know and spend time together with you guys! Gonna miss all of you."

Ok. Ter-over plak. huhu

Kalo korang nak buat ucapan, silalah tulis di ruangan komen kat bawah yer. Ataupun kat komen di Facebook atau mention kat Twitter pon boleh! hihi



p/s: Kalo jumpa kat mana-mana tu tegur-tegur la ea...nanti kita semua arrange satu reunion gempak punya! hoho



Happy Monday

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~!





p/s: Have a nice day guys........


Just having some fun!

Assalamualaikum semua~

Just having a little fun with these pictures....hehe


But......
..................................


Thus,

Hahaha....

This is my first trial on doing this. Sorry if it doesn't make any sense and annoys you. I'll try improving next time! hihi




p/s: Saje nk berubah angin....hihi


Selamat Tahun Baru 1435 Hijrah

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~




Salam 1435 Hijrah dari saya, suami dan keluarga.....ngeh3


Awak 'Like' blog saya?