#THROWBACK My first day of school.

Labels: , , ,

Assalamualaikum semua~!

Selamat tahun baru 2014. Hari ni hari kedua bagi tahun 2014. Tahun 2013 telah pun meninggalkan kita. So? Apa azam tahun nie? Kurus? Kahwin? Study? Kerja?

Sumber : Google Images

Ok. Stop membebel di situ. Hari ni tanggal 2hb Januari 2014, maka bermulalah sesi persekolahan buat adik-adik yang masih bersekolah la. Akak dah habis sekolah dah.....hahaha *ketawa gaya ShinChan

Another throwback entry for this first entry for 2014. Teringat dulu zaman first day masuk sekolah darjah satu. I don't have any embarassing moments at my first day macam kencing dalam kelas, menangis nak balik rumah dan macam-macam lagilah. *Itu sangat childish ok? haha

Sumber : Google Images

My first day ea? Alamak tak berapa nak ingat la peristiwa 16 tahun yang lepas. *Boleh tak?? haha Seingat aku la my first day dulu aku sesat dalam sekolah...... *gelak guling-guling

Seriously aku sesat. Padahal sekolah tu ade satu blok bangunan jer. Ade dua blok sebenarnya tapi blok satu lagi tu blok setingkat ade bilik muzik, bilik kemahiran hidup, bilik sains and etc. Tapi blok 3 tingkat ni la yg menempatkan kelas-kelas, bilik guru, library, bilik mesyuarat dan kantin on the ground floor

Ok. Cerita nya macam nie. Pagi masuk kelas hari pertama memang aku ok and steady jer. *Tak nangis langsung wa cakap sama lu.... Time rehat perut dah kebulur. Bunyi loceng jer berlari ke kantin memenuhi tanggungjawab terhadap perut yang comel ini. Duduk sorang-sorang jer menikmati makanan..sedap woo...

Habis makan, nak balik kelas la. Naik tangga. Lepas tu selamba gajah jer duduk kat meja aku. Lepas tu satu kelas pandang aku. Aku pon pandang balik semua orang lepas tu buat muka pelik. "Ehhh....ni bukan budak kelas aku!" Dengan muka tebal berinci-inci keluarlah dari kelas tersebut. 

Tawaf satu level cari kelas Tahun 1. Aku dulu sekolah kampung yang takde banyak kelas ade satu kelas je bagi setiap Tahun sebab tak ramai pelajar. So, logically tak la susah mana nak cari kelas kan. Tapi dekat 15minit aku merayau, tak jumpa jugak kelas aku.

Sumber : Google Images

Aku turun la ke bawah tawaf kat level bawah plak. Bile jalan kat hujung sekali baru jumpa kelas Tahun 1. Laa....aku terlebih naik satu level rupanya. hahahaha Dengan muka keletihan ibarat baru lepas lari marathon 10kilometer, aku duduk la kat meja aku. Nasib baik la time tu cikgu tak masuk kelas lagi. Kalo tak mahu nye kene ketawa dengan satu kelas kalo cakap aku sesat. huhu

Tu je la cerita hari pertama aku masuk Tahun Satu. Esoknya dah set in mind kelas aku terletak lepas 20 bijik anak tangga. Kecik-kecik dulu mana tau level satu, level dua. So kira anak tangga je la. hahaha



p/s: Rindunya zaman sekolah!



Awak 'Like' blog saya?