1,2,3 Cobaan...1,2,3

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~

Akhirnya dapat jugak aku meng-update blog aku ni setelah jumpa port paling selesa dan laju untuk online di sudut rumah aku nie. Memang aku hangin seminggu dua nie sebab internet asyik buat hal lembap cam sipot sedot!



Aku bukan apa. Banyak nak dikongsi masa sambutan Tahun Baru Cina yang lepas. Tapi niat tu terpaksa dikuburkan disebabkan internet yang berkelajuan kura-kura selepas maraton 100km! *sigh! =.=' 
Tunggu la Tahun Baru Cina tahun depan lak ye.... *kihkihkihkih


Kali ni aku takde idea nak tulis pasal apa. Saja try test line ni. InsyaAllah nanti aku akan update cerita terbaru. *kekeringan idea!





p/s: Mana nak tebus idea nie???

Sekian Lama Ku Tunggu, Akhirnya..............

Labels: , , ,

Assalamualaikum semua~~~

Ade jugak idea aku nak menaip entry kali nie. *setelah sekian lama memerah santan otak* Tajuk kat atas tu, korang musti tgh dok pikir pasal apa kan? Bukan cintan-cintun tau. Bukan jugak megi cintan yang korang beli kat kedai runcit dengan harga RM1.20 sebungkus tu. 


Malam-malam camnie masak megi sedap jugak nie~~ *telan liur*

Tajuk tu aku nak cerita pasal permohonan kolej aku daa~~ Setelah sekian lama ku tunggu, dapat jugak tengok result permohonan aku. Selama seminggu aku try bukak laman web ehep UiTM nie dengan menggunakan pelbagai browser (Google Chrome, Mozilla, IE), akhirnya.......................................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
(Klik untuk tumbesaran)


Permohonan kolej aku berjaya!! *save duit sewa rumah dan minyak transport aku!*  






p/s: Sangat bosan di rumah sebab hardisk aku tertinggal kat rumah abang aku. *Sigh! =.='

Hadiah Untuk Ibu~~

Labels: , ,

Surat pendek untuk ibu...........

Assalamualaikum~~

Ke hadapan ibuku yang tercinta. Apa khabar ibu di sana? Anakmu ini sihat sejahtera, alhamdulillah. 

Ibu, masih ingatkah ibu pada hari lahir ibu yang lepas, anakmu ini mengucapkan "Selamat Hari Lahir" untuk ibu? Saya orang pertama yang wish pada ibu. Saya sayang ibu. Tapi sayangnya, saya tidak sempat membelikan ibu hadiah kerana waktu itu anakmu ini tidak berkesempatan untuk keluar membelinya.

Niat itu juga terpaksa ditangguhkan kerana ketiadaan wang dan waktu disebabkan sibuk dengan pelajaran. Harap ibu maafkan anakmu ini kerana tidak memberikan ibu hadiah seperti tahun-tahun sebelumnya. InsyaAllah hadiah itu akan diberikan juga kepada ibu walaupun bukan pada hari lahir ibu.

Hari ini seperti dijanjikan saya telah membelikan hadiah untuk ibu. Walaupun tidak seberapa jika dibandingkan jasa dan kasih sayang ibu berikan pada saya, saya harap ibu terima. Terima kasih ibu kerana menjaga dan membesarkan saya dengan kasih sayang ibu. 

Saya sayang ibu saya. Sayang bangga ibu jadi ibu saya. I love you, mom. I'll always love you.

Your daughter,











Semester 3 Berakhir~~

Labels: , , ,

Assalamualaikum semua~~~

Wah....lama sungguh aku tak update entry baru kat blog takberapanakcomel nie. Takde masa free nak bukak blog nie... *eleh....bukak FB dgn Twitter kau ade pulak masa? Heh~*


Semalam dengan rasminya, tamatlah semester ketiga aku di UiTM di hatiku. Banyak suka, duka, penat, lelah, makan, minum, tido *sume nak bgtau ker?* aku kat sini. Lepas je habis paper Operational Research yangtakberapanakrational tu, cepat-cepat aku balik bilik kemas segala mak gatok nenek barang aku. *Tak sabar nak balik!* 


Excited giler. Tambah excited bila mak aku sendiri datang jemput aku. *Hepi gilerrr~~* Yang tak berapa nak best tu, aku kena drive dari Shah Alam ke Teluk Intan. *giler sengal segala otot dan tulang-temulang aku!* Tapi nak balik punya pasal aku sanggup!


Hari ni kat rumah, aku relaks jer. Rehat dulu katakan. Esok-esok lusa baru le pegi merendek *merayau* dgn member-member. heheh

Ok la. Tak tau nak tulis apa nie. Lain kali aku tulis lagi ye. Sorry la kalau entry kali nie tak menarik. *memang tak pon*






p/s: Nak tulis pasal apa ek entry akan datang??? *garu-garu kepala*

Awak 'Like' blog saya?