#THROWBACK My Best of 2013

Labels: , , ,

Assalamualaikum semua~!

Punyalah bosan duduk kat rumah nie. Ok...sebulan je lagi yer. Sebulan jer...tolonglah bersabar. Siap projek honeymoon la kau, Noor. Misi menebalkan poket plak ea......

Tahun 2013 dah mula saying "Bye" kat kita, tahun 2014 pulak dah mula saying "Hi" kat kita. So, sebelum 2013 habis ni nak update satu entry terakhir untuk 2013. Nak throwback all moments yang best sepanjang hidup di tahun 2013 nie. 

Mohon gambar bercerita sekarang. 

Meeting with classmates after 3P CCNA, HP Software Testing, and  3P Huawei
during Ramadan 2013.

Sunway Family Day 2013 at Sunway Lagoon Resort.

Multi Camera Productions (MCP) for KIST Convocation Day at
Kota Bharu, Kelantan.

Majlis Tertinggi dan Ketua Unit, penggerak i-Hack Competition 2013.

Roadshow i-Hack Competiton 2013 at UMT and UiTM Dungun,
Terengganu.

My small family on Hari Raya Aidilfitri 2013.

NetRiders Malaysia 2013 at MSC Malaysia, Putrajaya.

Dinner Amal BSSM c UiTM Shah Alam di Dataran Tuanku Fauziah,
Canseleri UiTM.

Malam Pra-Graduan Nets di Restoran Zam-Zam, Seksyen 9, Shah Alam.

Yop's Engagement Day at Larkin, Johor.

Sorry sebab gambar tak ikut kronologi tarikh. Sebenarnya ade banyak lagi tapi malas nak godek-godek lappy ni kat mana lagi letak sume gambar-gambar tu. huhu

Anyway, tahun 2013 banyak meninggalkan kenangan pahit, suka, duka, ketawa, gembira, menangis, stress dan segala macam permainan emosi lah terhadap aku yang berhati lembut ini. Semoga semua kenangan itu mematangkan kita dalam menempuh cabaran dan dugaan di tahun akan datang. 

Selamat Tahun Baru 2014 semua!!


p/s: Meneruskan azam tahun-tahun-tahun lepas seperti tahun-tahun-tahun lepas: nak kurus... (T_T)

Permainan Zaman Kanak-Kanak Dulu-Dulu

Labels: , , , , ,

Assalamualaikum semua~!

Tetibe rasa nak menaip entry baru. Dah bosan asyik hadap Facebook dengan Twitter, dah penat blogwalking, rasa nak menaip entry sendiri. Almaklum la, sekarang ni dah jadi suri rumah sepenuh masa. Berpino-pino bijik mata ngadap laptop nak siapkan projek. huhu

Bile time relaks-relaks camni, terimbau la kenangan zaman kekanak dulu-dulu, punyalah nakal. Akulah mastermind segala plan baik, plan jahat, plan separa jahat dan sebagainya. Ni nak cerita permainan-permainan yang pernah aku main dulu. 

Zaman kanak-kanak aku dulu memang awesome! Main lumpur, main banjir, main selut sawah padi, panjat pokok, kejar ayam, main kawen-kawen dan macam-macam lagi la. Kalau korang pernah main semua yang aku sebut tu kita geng! hoho

  • Main guli atau tuju guli.

Sumber: Encik Google

Dulu sanggup tak makan kat sekola semata-mata nak save duit belanja nak beli guli. Dulu-dulu beli guli seposen dapat lima bijik. Sekarang ni sebijik jer dah 50sen. Kalau tok nak pegi kedai Pak Yop, aku dengan adik dah sampai kedai dulu beli guli nie. Arwah tok dulu jalan kaki je pegi kedai, aku dengan adik naik basikal. Opkos la sampai dulu. Amik guli dari Pak Yop hutang, tok sampai kedai tolong bayarkan. haha *kecik-kecik dah pandai pow tok

  • Lompat ting-ting

Sumber: Encik Google

Yang ni plak part paling aku suke pada batu tanda atau aku panggil 'tagan'. Mesti cari yang leper punya. Sebab nanti nak baling dalam kotak ade gaya tersendiri untuk bahagian leper tu yang mendarat kat permukaan lantai. Kalo batu solid atau tebal, nanti melantun keluar kotak. Dah miss satu turn.

  • Rounders atau kriket kampung.

Sumber: Encik Google.

Game ni pulak, bola nya dibuat dari kertas jer. Keronyok-keronyok kertas jadi cam bola, pastu bungkus dengan gam plastik atau sellotape. Nak lebih ekstrem dan mencabar sikit, pakai bola tenis. Pehhhh...lantunan nya usah cakap la. Memang kalo main pakai bola tenis kena pantas la nak mengejar bola tu. Kalo tak free-free je kawan tu dapat score. Lagi satu, kalo pakai bola tenis selalu dapat pukul jauh-jauh. Pastu masuk hutan, jenuh nak cari. huhu

  • Tudung oren

Sumber: Encik Google

Yang ni best woo. Kecik-kecik dulu pegi belakang kedai runcit lima pintu, kutip tudung oren. Macam-macam kaler ade. Nak bezakan kita punya dengan kawan punya, masing-masing pilih lain-lain kaler. Takot nanti tertukar. Nak main plak kene ade lima tudung oren untuk satu set. Susun, baling, buang satu, jentik. Part paling susah sikit bile ade halangan. Macam-macam gaya ade, siap tolong pinjam tangan buat 'border' untuk ke sasaran. *tertonggeng-tonggeng pon ade tau

  • Batu seremban

Sumber: Encik Google

Batu seremban ni ade dua jenis: (1) batu seremban - satu set ade tujuh biji batu dan (2) batu lima - satu set ade lima biji batu. Cara main: baling, ambil satu batu, baling atas, kutip batu kat bawah, sambut. Macam-macam rules dan macam-macam gaya ade nak main batu seremban ni. Sapa dapat score paling tinggi, dia lah pemenang.

  • Lompat galah

Sumber: Encik Google

Game ni bukan betul-betul lompat atas galah yang buat kait buah kelapa tu. Game ni korang kena pergi dari satu kawasan ke kawasan seterusnya tanpa disentuh oleh kawan kita yang jaga sempadan antara kawasan tu. Memang best. Macam-macam trick, posisi dan style nak menyentuh dan mengelak. 

  • Lompat getah

Sumber: Encik Google

Ada nama lain aku panggil time zaman sekolah rendah dulu tapi aku tak ingat la plak. Yang ni dua orang kawan yang pegang hujung getah ni kena sama tinggi. Kalo tak nanti senget sebelah. Bermula dari tapak kaki, mata kaki, lutut, kangkang, pinggang, ketiak, bahu, telinga dan kepala. Macam-macam cara dan gaya nak lompat melepasi getah ni. Paling syok siap ade nyanyi lagu lagi. hahaha Memang best!

  • Lawan pemadam

Sumber: Encik Google

Yang ni game paling aku suka. Beli pemadam harga sepuluh sen, macam-macam corak ade kat atas pemadam tu. Gambar Ultraman, Superman, Batman even Pokemon, Doremon pon ade tau. Konon beli la pemadam yang ade gambar superhero atau kartun hebat-hebat konon-konon nanti senang nak menang lawan pemadam nie. hahaha *bengongnya zaman kanak-kanak aku dulu

  • Baling kasut atau penggal kasut

Sumber: Encik Google.

Ohhhh...ini awesome! Game yang menyeronokkan dan mencabar. Geng aku main dulu kena cari atau main guna kasut selipar jepun. Selipar jepun ni ringan dan agak susah nak disusun sebab ringan nye tu. Kalo angin tiup pon bole jatuh, tahu?  Dahlah kena susun satu hal, kena tengok kiri kanan kot ade musuh baling selipar kat kita. Tak pasal-pasal 'mati'. hoho

  • Baling tin atau penggal tin

Sumber: Encik Google

Yang ni memang legend! Aku belom jumpa lagi budak-budak sekarang main game ni. Baling selipar tu selalu aku nampak. Sama ade diorang tak pernah main, tak pernah tahu atau takut luka. Ye la. Tin ni tin susu pekat yang dah dibuka. Mesti la kat bukaan atas tu tajam kan. Nanti tengah susun, sambil tengok-tengok musuh kiri kanan kot terpengang kat bahagian tajam tu nanti terluka plak kan. 

Oke. Tu je la setakat ni. Kalo ikutkan banyak lagi. Game bola kertas, batang aiskrim, polis sentri, aci kejar, main kahwin-kahwin dan macam-macam lagi la. Tak cukup satu entry kalau nak tulis semua. Zaman aku kecik-kecik dulu takde Angry Bird, Naruto Ninja Storm, Candy Crush bagai. Yang ade Super Mario, Super Sonic, Pacman dan game SEGA yang lain. Dulu takde iPad, tab bagai. Komputer pon jarang jumpa. 

Hoping that my childrens nanti merasa la main ni semua. Ibu ini akan ajar anak-anaknya main. Dengan bangga nanti aku cakap kat anak-anak aku, "Ibu dulu champion tau main ni sume." hahaha



p/s: Rindunya zaman kanak-kanak aku dulu-dulu. huhu


One-day Hangout

Labels: , , , , ,

Assalamualaikum semua~!

Lama kot tak update entry. Malas dan no idea nak update pasal apa. 

Semalam hajat di hati nak pegi jenguk ibu saudara yang sakit kat Serdang. Tapi oleh kerana dia keluar hospital pukul 3.00 petang, kami pegi la merayau dulu sekitar KL. Bukan Kandang Lembu oke. Kuala Lumpur. 

Dah lama tak masuk Suria KLCC. Jenjalan kat sana cuci-cuci mata je la. Kalo time tu poket tebal dah lama rembat Body Shop Aqua Lily 3,4 botol, selai dua Giordano, 2,3 pasang Vincci. Almaklum la, tengah sale. Dekat nak Krismas ni. Tapi apakan daya, hanya mampu tengok je la. 

-no caption-

Ini budak apsal pejam mata??

Opah dan cucunya.

Like mother like daughter...hoho

Mother-in-law and daughter-in-law

Big bro and lil sis.

Kami ni tak suka publisiti murahan ni. So, tak banyak gambar. Oke?? hahaha

Dah penat jenjalan kat Suria KLCC, kami pegi The Mines plak. Aku tak tau pon ade BIG BAD WOLF Book Fest kat sana. Kalau aku tau, hari-hari pegi kot. haha

Semalam last day Big Bad Wolf and macam-macam buku ade. Banyak giler wa cakap sama lu. Aku ni kalo kat MPH yang tak berapa besar tu pon boleh habiskan masa 2-3 jam dengan buku-buku, inikan pulak kat exhibition yang sebesar-besar dewan The Mines tu. Boleh sehari suntuk aku kat situ. Tapi oleh kerana masa terhad, hanya separuh je la buku-buku yang sempat aku belek. huhu (T_T)


Kalau ikot nafsu, nak je aku borong semua buku-buku yang aku yang aku dah pegang tu. Nasib baik poket nipis jer. Kalau tebal, penuh bonet kete aku borong buku jer. Jeles tengok orang lain beli buku sampai senget bahu pegang plastik buku. 

Ni je la buku yang mampu aku rembat..... (-_-)

-no caption-

Hanya ini novel melayu yang berjaya menarik minat aku....

This book is quite interesting. Masuk je dalam kete
semalam dah habis baca 5 muka. hoho

The first book dah habis, so lompat terus the
second book
. Nanti cari yang first punya.

Lepas lenguh-lenguhkan kaki kat Big Bad Wolf, baru pergi Serdang. Lepas tu pegi IKEA plak. Cuci mata tengok Tupperware, pinggan mangkuk, lampu dan macam-macam lagi la. Pukul 9.00 malam baru balik rumah. hahaha



p/s: March 2014 ade lagi book sale kat The Mines. Jom serbu!! hoho


Wordless Wednesday #3

Labels: ,

Cik Ayam dan Cik Lembu

Labels: , , , ,

Assalamualaikum semua~!

Teman ade satu ceghite nk labon ke kome. Sile bace pelan-pelan dan sebot bebetoi yer. *loghat Perak


Cebek je keghobo balor nengor labon cik Yam dgn cik Mbu.

Cik Yam : Menusiye ni... deme memang hipokrit, pentingkan dighi senighi jek...!

Cik 
Mbu : Kenape mike labun macam tu pulok wey...

Cik Yam : Mike tengokler. Ape yg deme udoh muat kat teman!

Cik 
Mbu : Hah! Buat ke mende pulok?

Cik Yam : Cemuih doh awok ni bertelor haghi-haghi. Awok cadang enokla jugok dapat anok men due tige ekor. Bok kate deme, ade le jugok wagheh awok bile awok udoh tak de nanti. Tapi manusie ni memang tak berhati peghut. haghi-haghi deme melantok telor teman, macamane gayenye awok nok dapat anok!

Cik 
Mbu : Alaaah! Kamu punye masaalah kecik aje!

Cik Yam : ?? Aiiik !!! Maksud mike?

Cik 
Mbu : Awok ni lagik le, kalo nok dipikiorkan nasib awok lagi malang . Ghase nak bunuh diri pun ade. Ater cher mike pikior, ade ke patot... haghi-haghi menusiye ngogok susu awok tapi hagham sorang pun tak peghonoh sior manggey awok ni EMOK !

Cik Yam : ?? (Dalam hati: Aje ngan gampang.. Tak boleh pakei punye lembu!)






p/s: Ape mcm? Paham ke?




Awak 'Like' blog saya?