Paham ke tidak? Ntah.

Labels: ,

Assalamualaikum semua~~

Lama sungguh aku tak meng-update blog nieh! Malas memanjang. Bila nak rajinnya tak tau le. Aku tak tau nak tulis apa ni sebenarnya. Just nak cerita je.


Once upon a time, *tak payah nk omputih sangat la!* aku berblogwalking melepaskan kepenatan mengemas bilik. Tetiba datang nafsu rajin membuak-buak nak membukak blog sendiri. Bukak bukan tengok apa pon. Tengok-tengok kot ada orang komen entry aku *bajet orang suka sangat dengan tulisan kau*, tengok cbox aku apa yang readers tulis, tengok visitor segala bagai, tup-tup terjumpalah ini.


Hairan jugak aku. Paham ke mereka-mereka ini dengan tulisan aku yang lintang-pukang, bahasa aku yang terbalik-terbongkang? Persoalan disitu. 

Nak kata guna google translate............................

(Klik untuk tumbesaran)
*Ayat kat atas tu aku petik dari entry aku yang ini.* 

Sumpah aku tak paham! Kau paham? *ketawa guling-guling aku baca ayat translate tu* 







p/s: *geleng-geleng kepala* 

Aku seorang penagih!

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~~

Kali ni aku nak membuat sebuah pengakuan jujur lagi terus terang serta lagi bersuluh terhadap semua readers blog ini. 

Dengan ini, bahawasanya pemilik kekal blog ini ingin membuat pengakuan terhadap suatu kesalahan besar yang telah dan sedang beliau lakukan. Dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa pemilik blog ini adalah seorang PENAGIH TEGAR. Oleh itu, diminta kepada mana-mana badan blogger bersatu untuk memberikan rawatan kepada beliau dengan kadar yang segera. 

Punca ketagihan beliau adalah disebabkan tekanan terhadap segala assignment dan juga faktor masa yang menyebabkan beliau kurang study untuk final exam yang hanya disekeliling bucu sahaja lagi. Bahan untuk melepaskan ketagihan beliau adalah.................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Muahahahahahahahahahahahahahahahahaha






p/s: Add me as your neighbour k?? kih3 :p

Cabutan bertuah? Oh! Aku memang bertuah!

Labels: , , ,

Assalamualaikum semua~~~


Hello boys, hello girls. Semua dah solat ke? Kepada lelaki-lelaki yang tengah menghadap blog ni dah solat Jumaat ke? Apa?! Lupa hari ni Jumaat? Baik kau terjun dari bangunan aras 20 sekarang! *joking! ;p*

Hari ni hari yang sangat bertuah untuk aku. Nak tau kenapa? Sebab aku sentiasa bersama dan tak pernah berpisah dengan nombor-nombor bertuah aku. Nak tau kenapa? Mari aku kongsikan.


Seperti minggu-minggu sebelum ni, hari Jumaat aku ada satu kelas je. BEL492, Presentation Skill. Dah namanya pon presentation skill, mestilah banyak presentation kan? Takkan kelas memasak kot! 

Seperti biasa hari ini adalah my big day, the first formal presentation. Dan seperti biasalah, nombor akan dicabut untuk tentukan giliran. 


Aku pon dengan confident, *sebenarnya berdebar-debar dan takot* mencabut nombor giliran aku. Aku ambil kertas yang aku pandang first sekali. *itu memang cara aku cabut nombor* And you know what? This is what number I get.....................


Perghh!!! Memang aku 'suka'! My lucky number lah katakan. *sumpah aku rasa nak lari dari kelas tu* Dahlah siapkan text aku pukul 8 pagi tadi, cuba menghafal text pukul 9, pergi kelas pukul 10 pagi. *aku rasa sangat disaster!* Bila nama aku dipanggil sebagai first presenter, dengan condifent *eh! confident* nya aku ke depan. Sampai kat depan lutut aku macam dah dislocate je dari tempat asalnya. Silap-silap maunya tertanggal. *huhuhu*


Nervous usah ceritalah. Paling awal pon aku pernah dapat giliran nombor dua. Haiyoo~~ Berterabur speech aku. *berapalah markah aku agaknya?*

Konklusinya, aku sangatlah tidak suka dengan sistem picking numbers macam ni. Sebab apa? Sebab aku sangat bertuah kerana akan tergolong dalam golongan the first five. Aku sangat tidak suka! Kalau kat dunia ni setiap orang boleh gubal undang-undang dunia ni, sudah semestinya aku akan mengHARAMkan sistem picking numbers ni! 







p/s: Dua minggu lagi presentation kedua. Risau lagi!

Wonderful Wednesday~!

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~~


Happy birthday to me....
Happy birthday to me....
Happy birthday, happy birthday
Happy birthday to me....

*syiok sendiri kejap! haha*


Hari ini merupakan hari lahir aku yang ke..........................................................................*tak nak gtau la..hahaha* What a wonderful day is today. Banyak ucapan yang aku terima dari kawan-kawan aku. Terima kasih kepada yang memberi ucapan Selamat Hari Lahir, Happy Birthday, Selamat Hari Beranak, dan seumpamanya kat aku. Sangat terharu! *tacink jap! haha*


Terima kasih tak terhingga kat dua orang bestfriends aku, Aishah dan Fazalie yang sudi menyanyikan lagu hari jadi untuk aku walaupun sumbang! hahaha Terharu beb! haha


Tersangatlah terima kasih kepada dua orang kawan rapat a.k.a classmate aku jugak atas hadiah yang korang bagi dekat aku. Aku suka sangat-sangat-sangat! Aku ku simpan elok-elok hadiah itu. Terharu! Jarang kot orang bagi hadiah birthday aku. huhuhu *nampak sangat kau tak femes! Damn!*

Nak tau apa hadiah??? Meh aku tunjuk dekat sini. 


Nilah dia....tapi isi dalam tak perlulah aku tunjuk ye. Walaupun tak seberapa, aku sangat-sangat menghargainya. Takkan ku lupa. Sayang korang ketat-ketat, Syud dan Farah!






p/s: Selamat hari ni aku tak jadik 'korban'! hahaha :p :p

Wordless Wednesday #4

Labels: ,





p/s: Nak kek, nak hadiah...haha :p

Bukan melancong tapi melencong!

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~

Hari ni aku dengan kawan-kawan keluar makan di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam  menikmati makan tengah hari di Chicking. Bukan apa, sebabkan Fatin ada dapat banyak kupon potongan harga makanan kat situ. Apa lagi.....jom serbu!! 


Untuk pengetahuan korang yang belum pernah makan kat sini lagi, Chicking ni lebih kurang KFC dengan McDonald's je. Cawangan dia baru je bukak kat Seksyen 7 ni sebulan yang lepas. *kot...*

Menu yang paling aku suka kat sini ialah mesh potato dengan coleslaw dia. Sedap giler! Lebih sedap dari KFC dan McD punya. Terbaek~! Harga boleh tahan la bila tengok normal price. 

Lepas sudah kenyang bagaikan ular sawa kekenyangan, kami pon singgah di kedai sebelah pulak untuk menikmati Tutti Frutti. Ini kali kedua aku membelinya dengan menggunakan duit sendiri. *tumpang tuwee dengan orang selalu...hehe*


Aku mengambil bekas paling kecik sekali. Dengan sepantas kilat aku mengambil perisa kegemaran aku: original flavour and chocolate. Tak berani nak isi penuh-penuh weyh!! Mahal siot! Kopak dompet aku! Tak ambil topping pun sebab aku tengok takde yang menarik minat aku. Kosong jer. Tu pon sudah mencecah RM8.10. Fuhh!! Berpeluh aku.

Seketol marshmallow tu si Azli Azizi punya kerja!

Kau tengok! Takde lah banyak mana. Tapi dah RM8 lebih. Ciss!! Haa....seketul bunga marshmallow tu kawan aku si Azli Azizi punya kerja mencampak dalam bekas ais-krim aku. Siot betol! Pasal seketol tu je sudah menambahkan RM0.20 ke RM0.30 dalam bajet aku. Ciss!!

Setelah itu, pergi pulak ronda-ronda kat Butik Jakel. *tak sah kalau jalan tu tak melencong! heh ("~)* Jalan-jalan jer. Tapi salah sorang kawan aku, Anis tidak dapat menahan godaan membeli kain untuk baju kurung. *serius kain tu cantik dan sweet sangat! Nasib aku tak tergoda sekali...hahaha*


Dah penat, kaki pun sudah lenguh, *nyaris tak merangkak naik bas..hehe* kitorang pon pulang semula ke UiTM. Sampai je kat bilik aku terus............zzzzZZZzzzZZzz.............................................................




p/s: Dah lama tak tengok wayang dengan main bowling....hehehe

Terasa Seperti Seorang Pelarian

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~

Hari ini bermulalah kuliah aku setelah cuti seminggu. Aku pon bangun pagi dengan malasnya untuk ke kelas. Oleh kerana hari ini ada oral test, kalau tak memang aku sudah tarik selimut punya. *ponteng kelas. alasan: takde*


Tapi aku agak hairan hari ini. Kenapa fakulti aku lengang je. Macam takde orang. So, assumption aku, ramai masih bercuti lagi. Tak balik kampus lagi. *Alasan: tiket bas dah habis. So, terpaksa ambil tiket balik hari Isnin (hari ni la tu).*

Jejak je kaki aku kat tangga fakulti, aku sudah rasa lain macam. Seperti ada mata-mata yang memandang aku. Oh! S***! Sangat tidak aku sukai. Ada sekumpulan manusia lengkap dengan pakaian formalnya duduk berhadapan menghadap tangga melihat setiap pelajar yang lalu-lalang, turun naik tangga disitu. Melihat bagaikan seorang detektif Conan mencari penjenayah dikehendaki. 


Aku dengan muka pucat lesi bagaikan dicat putih metallic, aku lalu dihadapan mereka dengan perasaan berdebar-debar *berharap supaya bukan aku yang disyaki*. Berlepas sahaja dari 'kawasan pemerhatian', aku menarik nafas dalam-sedalamnya hingga maximum expansion paru-paru aku. Lega kerana out of list.


Beberapa rakan aku yang berkemungkinan dalam senarai yang disyaki, terpaksa mengambil laluan jauh untuk mengelakkan dari ditahan. Aku juga tidak terkecuali. Setelah habis kelas untuk pagi tu, aku terpaksa melalui jalan jauh serta melakukan sedikit lakonan atau penyamaran bagi mengelakkan dari disyaki. 


Sungguh! Aku rasa seperti pelarian atau pesalah negara pada hari ini. Rakan sekelasku juga tidak terkecuali. Kami siap membincangkan strategi serta plan untuk memboloskan diri dari segala 'roadblock' serta 'siasatan imigresen' yang sedang dijalankan di fakulti aku. 

Setelah penyiasatan dilakukan oleh aku serta rakan sekelasku, operasi kali ini dilakukan hanyalah kerana...................

Innocent face time 1st sem......haha

.........sekeping kad matrik. Siapa tak pakai kad matrik kene saman. Yang paling tak boleh blah, siap kejar lagi student yang tak pakai kad matrik ni. Kemaruk sangat ke?? Apa kes? 

Actually aku pon tak bawak kad matrik hari ni. Serius rasa hari ini macam pelarian. hahaha


p/s: Sorry kalau cara penceritaan tak menarik. First time try buat cerita hyperbola. *Ayat nak gempak jer...hahaha*

Gonna Busy This Week

Labels:

Assalamualaikum semua~~

I'm back to UiTM. Haishh! Cepat betul masa berlalu. Seminggu mid-sem leave dah abis. Kalau aku nak cuti lama lagi boleh tak? hehehe


Esok bermulalah kuliah aku. Esok jugaklah aku ada test. Japanese oral test. Text sendiri sediakan. Tapi aku tak tau nak merapu apa. Jangan terkeluar bahasa loghat Perak aku sudah la. hahaha

Apa-apa pon mungkin aku akan jarang meng-update blog aku ni. Mungkin seminggu sekali. Aku akan cuba untuk tidak membiarkan blog aku ni lama kosong tanpa cerita baru. 

Minggu ni jugak aku akan ada segala macam datuk mak nenek test. Math test, Cisco test, or maybe CTU test jugak. Aiyoo~~ Pecah kepala aku nak sumbat macam-macam. Dugaan sebagai seorang student. Hurmm~~

Ok. I'd better off right now. Gonna think the text for tomorrow's oral test. Bubye!



p/s: ..................................

Prinsip: Aku, aku. Kau, kau.

Labels: ,

Assalamualaikum semua~~

11.11.11 >> Wah! Angka yang sangat cantik. Tarikh yang jatuh pada penghulu segala hari: hari Jumaat. 


Banyak sungguh orang nikah hari ini. Tak ketinggalan jugak bayi-bayi yang baru lahir hari ini. Tahniah kepada mereka yang melangsungkan majlis pernikahan pada hari ini. Semoga berbahagia hingga akhir hayat. Tahniah juga kepada ibu-ibu, bapa-bapa yang menyambut kelahiran bayi mereka pada hari ini. Aku hanya tumpang gembira. hehehe

Berbalik pada tajuk entry aku kali ini. Prinsip aku, hal aku. Kau, hal kau. Oh! Aku sangat tak sukakan prinsip ini. Nampak sangat kau ego, selfish, sombong, berlagak dan segala bagai sikap negatif yang tergambar dalam diri kau. 

Bukan apa, aku baru je lepas baca segala bagai status update kawan-kawan maya Facebook aku. Macam-macam. Siap maki hamun lagi. Tak cukup dengan tu, sumpah seranah tak sedap didengar. Sudah-sudahlah tu. Aku tak nak mention la sapa-sapa. Just sudah-sudah la tu.


Barang yang lepas jangan dikenang. Lupakan segalanya. Marilah mulakan buku baru. Tapi tak perlulah sampai nak buat muka buku baru pulak kan?? hahaha


Kalau mintak pendapat aku senang je aku bagi cadangan. Korang unfriend sesama korang, lepas tu block la Facebook antara korang. Senang citer. Aku tak boleh view profile kau, kau tak boleh view profile aku. Aku tak tau status Facebook kau, kau tak tau status Facebook aku. Abih citer. 





p/s: Sekadar nasihat. Sebab apa yang korang tulis kat Facebook tu aku pon terbaca sekali. Dapat pulak yang korang maki-maki tu bestfriend aku, memang aku marah jugak la. Tapi aku amik side untuk diam je. Taknak panaskan keadaan lagi.

Seronoknya Aidiladha

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~

First of all, I'm really, really sorry to all my readers sebab lama sangat-sangat tak update entry terbaru. Rasa malas nak menulis disini. Ade banyak je idea nak tulis, tapi kemalasan beraja di hati. InsyaAllah, lepas ni aku akan memaksa diri merajinkan diri menulis disini. 

Tak terlambat lagikan nak ucapkan Salam Aidiladha kepada kawan-kawan blogger sekalian. 


Raya Aidiladha kali ni, aku dengan keluarga beraya kat rumah kakak aku di Sg.Buloh. Sangat seronok sebab sepupu-sepupu aku yang kononnya tak nak balik kampung, dengan segera datang ke rumah kakak aku sebab tahu opah aku ada ikut sekali. Balik bukan dirancang. On the spot je. Sampai sini pon pukul 2 pagi. 

Pada petang raya, daging korban yang diterima dimasak daging bakar. Macam sate tu. Sedap woo~! Berabut-rebut makan. Walaupun sedikit tapi kami puas makan. Seronok sangat sebab ikatan antara keluarga bertambah rapat dan erat. 

Lepas makan kami semua duduk-duduk lepak, sembang-sembang. Ada beberapa 'acara' telah diadakan bagi menambahkan keseronokan kami sekeluarga. Antaranya:

1. Gusti lengan.
On the set, go!

Separuh masa pertama

Separuh masa terakhir (main tipu!)
Tamat pertarungan
Siapa kalah kena tarik hidung...muahahaha
2. Permainan yang aku fikir sudah pupus, rupanya wujud lagi. Aku suka main waktu kecik-kecik dulu. Aku panggil mainan ni TUDUNG OREN.

Tunggu turn masing-masing denagn penuh kesabaran

Bapak budak pon join main sekali...haha
Ini paling menggelikan hati. Abang aku menyakat anak sedara kami. Sumpah kelakar. 

Miauw~~ (menatang bawah kepala)
Tu Ilham punya!!!!!!!! Huuu~~~~
Auu~ Cakk!! 
Waaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Setelah penat menyakat budak kecik tu, miauw nye pon dipulangkan. Mak aku dah membebel kat abg aku, runsing dengar budak tu menangis. Kuat pulak tu. Kitorang ketawa tengok gelagatnya. 

Muka bahagia dah dapat balik miauw nye......

Tu sajalah alkisah di hari raya yang seronok kali ini. Esoknya, semua bersiap kemas barang-barang nak pulang ke rumah masing-masing termasuklah aku berkemas untuk pulang ke kampung. Weee~~~




p/s: Balik kampung.....oooo....balik kampung........ 

Tersangatlah Seronok!!

Labels: ,

Assalamualaikum semua~~


Lama sungguh daku tidak meng-update entry aku di sini ye. Sebulan ada kot. Bukan apa, busy kot dengan kelas segala bagai. Minggu pertama kelas lagi dah ada assignment. Oh! Sungguh tidak ku sangka di tika itu. 


Selama sebulan ini jugaklah aku sentiasa sakit. Sakit rumah a.k.a homesick. Asal aku plan nak balik je, mesti ada macam-macam plan dan program fakulti di hujung minggu yang menghalang daku dari berbuat demikian. Sungguh s**t disitu!


Kadang-kadang tu ade jugak terpikir nak skip je. Tapi memikirkan kepayahan serta kesiksaan azab pedih merepeat program tersebut, daku terpaksalah menanggung kesakitan homesickness aku. Serius! Sungguh tersiksa.


Orang cakap, kalo kita sakit tu mengurangkan kepekatan dosa kita. Tapi kalo sakit ni camne pulak? Dapat excuse jugak ke? 

Setelah berhempas pulas memendam perasaan kepedihan sakit yang dialami, akhirnya daku berjaya memboloskan diri untuk pulang ke rumah. Weeee~~~ Sungguh daku tidak sabar!


Petang tadi dah beli tiket balik rumah. No matter what, I'm coming home this Friday!! Mak, tunggu kepulangan kakak ye.....................

Till then, all I need is................................................



p/s: Happy sesangat-sangat!!

Awak 'Like' blog saya?