Seronoknya Aidiladha

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~


First of all, I'm really, really sorry to all my readers sebab lama sangat-sangat tak update entry terbaru. Rasa malas nak menulis disini. Ade banyak je idea nak tulis, tapi kemalasan beraja di hati. InsyaAllah, lepas ni aku akan memaksa diri merajinkan diri menulis disini. 

Tak terlambat lagikan nak ucapkan Salam Aidiladha kepada kawan-kawan blogger sekalian. 


Raya Aidiladha kali ni, aku dengan keluarga beraya kat rumah kakak aku di Sg.Buloh. Sangat seronok sebab sepupu-sepupu aku yang kononnya tak nak balik kampung, dengan segera datang ke rumah kakak aku sebab tahu opah aku ada ikut sekali. Balik bukan dirancang. On the spot je. Sampai sini pon pukul 2 pagi. 

Pada petang raya, daging korban yang diterima dimasak daging bakar. Macam sate tu. Sedap woo~! Berabut-rebut makan. Walaupun sedikit tapi kami puas makan. Seronok sangat sebab ikatan antara keluarga bertambah rapat dan erat. 

Lepas makan kami semua duduk-duduk lepak, sembang-sembang. Ada beberapa 'acara' telah diadakan bagi menambahkan keseronokan kami sekeluarga. Antaranya:

1. Gusti lengan.
On the set, go!

Separuh masa pertama

Separuh masa terakhir (main tipu!)
Tamat pertarungan
Siapa kalah kena tarik hidung...muahahaha
2. Permainan yang aku fikir sudah pupus, rupanya wujud lagi. Aku suka main waktu kecik-kecik dulu. Aku panggil mainan ni TUDUNG OREN.

Tunggu turn masing-masing denagn penuh kesabaran

Bapak budak pon join main sekali...haha
Ini paling menggelikan hati. Abang aku menyakat anak sedara kami. Sumpah kelakar. 

Miauw~~ (menatang bawah kepala)
Tu Ilham punya!!!!!!!! Huuu~~~~
Auu~ Cakk!! 
Waaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Setelah penat menyakat budak kecik tu, miauw nye pon dipulangkan. Mak aku dah membebel kat abg aku, runsing dengar budak tu menangis. Kuat pulak tu. Kitorang ketawa tengok gelagatnya. 

Muka bahagia dah dapat balik miauw nye......

Tu sajalah alkisah di hari raya yang seronok kali ini. Esoknya, semua bersiap kemas barang-barang nak pulang ke rumah masing-masing termasuklah aku berkemas untuk pulang ke kampung. Weee~~~




p/s: Balik kampung.....oooo....balik kampung........ 

0 comments:

Awak 'Like' blog saya?