Cabutan bertuah? Oh! Aku memang bertuah!

Labels: , , ,

Assalamualaikum semua~~~



Hello boys, hello girls. Semua dah solat ke? Kepada lelaki-lelaki yang tengah menghadap blog ni dah solat Jumaat ke? Apa?! Lupa hari ni Jumaat? Baik kau terjun dari bangunan aras 20 sekarang! *joking! ;p*

Hari ni hari yang sangat bertuah untuk aku. Nak tau kenapa? Sebab aku sentiasa bersama dan tak pernah berpisah dengan nombor-nombor bertuah aku. Nak tau kenapa? Mari aku kongsikan.


Seperti minggu-minggu sebelum ni, hari Jumaat aku ada satu kelas je. BEL492, Presentation Skill. Dah namanya pon presentation skill, mestilah banyak presentation kan? Takkan kelas memasak kot! 

Seperti biasa hari ini adalah my big day, the first formal presentation. Dan seperti biasalah, nombor akan dicabut untuk tentukan giliran. 


Aku pon dengan confident, *sebenarnya berdebar-debar dan takot* mencabut nombor giliran aku. Aku ambil kertas yang aku pandang first sekali. *itu memang cara aku cabut nombor* And you know what? This is what number I get.....................


Perghh!!! Memang aku 'suka'! My lucky number lah katakan. *sumpah aku rasa nak lari dari kelas tu* Dahlah siapkan text aku pukul 8 pagi tadi, cuba menghafal text pukul 9, pergi kelas pukul 10 pagi. *aku rasa sangat disaster!* Bila nama aku dipanggil sebagai first presenter, dengan condifent *eh! confident* nya aku ke depan. Sampai kat depan lutut aku macam dah dislocate je dari tempat asalnya. Silap-silap maunya tertanggal. *huhuhu*


Nervous usah ceritalah. Paling awal pon aku pernah dapat giliran nombor dua. Haiyoo~~ Berterabur speech aku. *berapalah markah aku agaknya?*

Konklusinya, aku sangatlah tidak suka dengan sistem picking numbers macam ni. Sebab apa? Sebab aku sangat bertuah kerana akan tergolong dalam golongan the first five. Aku sangat tidak suka! Kalau kat dunia ni setiap orang boleh gubal undang-undang dunia ni, sudah semestinya aku akan mengHARAMkan sistem picking numbers ni! 







p/s: Dua minggu lagi presentation kedua. Risau lagi!

2 comments:

  1. fRaMe+LenSeS said...:

    Nadh paling suka jadi yang pertama sebab nadh akan jadi benchmark untuk presentation orang lain. last pun ok. Alhamdulillah persembahan tak pernah menghampakan. selalu akan jadi yang akan serikan kembali mood dalam class :)

  1. Wah...sy paling tak suka jd yg awal..bukan apa..nervous sgt2..dpt yg 2nd ok lg....hehe

Awak 'Like' blog saya?