Bukan melancong tapi melencong!

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~


Hari ni aku dengan kawan-kawan keluar makan di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam  menikmati makan tengah hari di Chicking. Bukan apa, sebabkan Fatin ada dapat banyak kupon potongan harga makanan kat situ. Apa lagi.....jom serbu!! 


Untuk pengetahuan korang yang belum pernah makan kat sini lagi, Chicking ni lebih kurang KFC dengan McDonald's je. Cawangan dia baru je bukak kat Seksyen 7 ni sebulan yang lepas. *kot...*

Menu yang paling aku suka kat sini ialah mesh potato dengan coleslaw dia. Sedap giler! Lebih sedap dari KFC dan McD punya. Terbaek~! Harga boleh tahan la bila tengok normal price. 

Lepas sudah kenyang bagaikan ular sawa kekenyangan, kami pon singgah di kedai sebelah pulak untuk menikmati Tutti Frutti. Ini kali kedua aku membelinya dengan menggunakan duit sendiri. *tumpang tuwee dengan orang selalu...hehe*


Aku mengambil bekas paling kecik sekali. Dengan sepantas kilat aku mengambil perisa kegemaran aku: original flavour and chocolate. Tak berani nak isi penuh-penuh weyh!! Mahal siot! Kopak dompet aku! Tak ambil topping pun sebab aku tengok takde yang menarik minat aku. Kosong jer. Tu pon sudah mencecah RM8.10. Fuhh!! Berpeluh aku.

Seketol marshmallow tu si Azli Azizi punya kerja!

Kau tengok! Takde lah banyak mana. Tapi dah RM8 lebih. Ciss!! Haa....seketul bunga marshmallow tu kawan aku si Azli Azizi punya kerja mencampak dalam bekas ais-krim aku. Siot betol! Pasal seketol tu je sudah menambahkan RM0.20 ke RM0.30 dalam bajet aku. Ciss!!

Setelah itu, pergi pulak ronda-ronda kat Butik Jakel. *tak sah kalau jalan tu tak melencong! heh ("~)* Jalan-jalan jer. Tapi salah sorang kawan aku, Anis tidak dapat menahan godaan membeli kain untuk baju kurung. *serius kain tu cantik dan sweet sangat! Nasib aku tak tergoda sekali...hahaha*


Dah penat, kaki pun sudah lenguh, *nyaris tak merangkak naik bas..hehe* kitorang pon pulang semula ke UiTM. Sampai je kat bilik aku terus............zzzzZZZzzzZZzz.............................................................




p/s: Dah lama tak tengok wayang dengan main bowling....hehehe

2 comments:

  1. anis.farhana said...:

    ishh ishhhh nama aku keluar sekali
    -___-"

  1. opkos..nama kau WAJIB! hahahahaha

Awak 'Like' blog saya?