Prinsip: Aku, aku. Kau, kau.

Labels: ,

Assalamualaikum semua~~


11.11.11 >> Wah! Angka yang sangat cantik. Tarikh yang jatuh pada penghulu segala hari: hari Jumaat. 


Banyak sungguh orang nikah hari ini. Tak ketinggalan jugak bayi-bayi yang baru lahir hari ini. Tahniah kepada mereka yang melangsungkan majlis pernikahan pada hari ini. Semoga berbahagia hingga akhir hayat. Tahniah juga kepada ibu-ibu, bapa-bapa yang menyambut kelahiran bayi mereka pada hari ini. Aku hanya tumpang gembira. hehehe

Berbalik pada tajuk entry aku kali ini. Prinsip aku, hal aku. Kau, hal kau. Oh! Aku sangat tak sukakan prinsip ini. Nampak sangat kau ego, selfish, sombong, berlagak dan segala bagai sikap negatif yang tergambar dalam diri kau. 

Bukan apa, aku baru je lepas baca segala bagai status update kawan-kawan maya Facebook aku. Macam-macam. Siap maki hamun lagi. Tak cukup dengan tu, sumpah seranah tak sedap didengar. Sudah-sudahlah tu. Aku tak nak mention la sapa-sapa. Just sudah-sudah la tu.


Barang yang lepas jangan dikenang. Lupakan segalanya. Marilah mulakan buku baru. Tapi tak perlulah sampai nak buat muka buku baru pulak kan?? hahaha


Kalau mintak pendapat aku senang je aku bagi cadangan. Korang unfriend sesama korang, lepas tu block la Facebook antara korang. Senang citer. Aku tak boleh view profile kau, kau tak boleh view profile aku. Aku tak tau status Facebook kau, kau tak tau status Facebook aku. Abih citer. 





p/s: Sekadar nasihat. Sebab apa yang korang tulis kat Facebook tu aku pon terbaca sekali. Dapat pulak yang korang maki-maki tu bestfriend aku, memang aku marah jugak la. Tapi aku amik side untuk diam je. Taknak panaskan keadaan lagi.

2 comments:

  1. Xim said...:

    wau...background baru...ermmm...very nice...i like....hehehehe....idup salbiah.....wahaahah....

  1. bengong.....ngombok nmpk??? cett!!

Awak 'Like' blog saya?