#THROWBACK Kem Kepimpinan Pelajar SMK Serendah

Labels: , , ,

Assalamualaikum semua~

Bersawang, berhabuk dan berkulat. Penat menyucikan belog yang dah macam sarang dracula vegetarian nih! Cucilah sangat, kan......tetibe rasa ingin menulis entry baru kat sini. Wanna share new story, new exprience, new friends, and new adik-adik.

Tanggal 29, 30 dan 31 haribulan 8, 2014 aku bersama dengan Adda dan Faez berpeluang jadi fasilitator untuk kem budak sekolah menengah kat Tanjung Malim. Nama tempat tu, Kem Desa Selesa, Tanjung Malim. Memang selesa sangat. =_=*

Tengah sibuk tolong mak uruskan persiapan kenduri kahwin Yop lagi 2 minggu tu pon sempat lagi bercamping. Mak bagi green light, so pegilah. Lagipon dah lama tak join camping. Malas nak taip panjang-panjang. Jom tengok gambar. 

Hai adik-adik SMK Serendah. Nice to meet you guys!

Buat apa tu adik oi?? Seronok tangkap ayam?

Model gambar ni ayam berbulu albino tu je
tapi entah dari mana datang model satu lagi tu....hmmm

Kau duduk diam-diam ye cik ayam. Nanti aku sembelih kau kasi putus leher.

Model ikan duyung exclusively imported from Lautan Hindi. ekekekeke

Haiyarkkk!!!

Bashir: Kau sorok selipar aku tadi kan? Nah kau setepek lulur keinsafan.
Adik: Ampun Tuan Bashir beribu-ribu ampun. Saya janji tak sorok lagi.

Masker ni bagus untuk kulit, dik. Lepas ni kulit adik mesti
sihat dan kuat macam kulit buaya tu. Confrim!

Meoww~ Kuchi kuchi kuchi Meow~

Satu ribu satu, satu ribu dua, satu ribu tiga, satu ribu empat

Mee panjang ni korang kongsi ramai-ramai ye. Ni la breakfast korang.
hoho

Bye adik-adik semua. Terima kasih dan semoga bertemu kembali.

Pictures credit to Faez Idha. Sorry sebab curi gambar dari FB kau tak bagitahu....hihihi

Pengalaman yang takkan dilupakan. Seronok layan adik-adik ni. And guess what? Hanya aku dan Adda saja fasilitatot perempuan yang ada. Agak penat tahu. 

Air kat sana terlalu sejuk tapi aku tetap mandi ok. Bergegar rahang aku tahu? On the last day before packing to go home, masuk toilet kat bilik dan baru perasan ade banyak lubang. Homaiigaddd!!! Selama ni masuk toilet tu waktu malam ja tak perasan semua lubang itu. 

Terima kasih kepada pihak MHTWO dan KEWASA sebab bagi peluang dan pengalaman baru kepada saya. Lain kali ajak saya lagi yer....hehe


p/s: Tak sempat nak buat aksi terjun tiruk kat sungai tu. hmmm.....

Cara Buang Iklan atau 'Like' Ketika Blogwalking

Labels: ,

Assalamualaikum semua~!

Berbulan rasanya tak update blog. Asyik blogwalking ja. Sekarang ni trend blogger sume nak kene 'Like' dulu baru boleh baca yer? Kalo tak nak 'Like' kena tunggu berjuta saat baru boleh baca post korang yer? Such irritating! 

Ada sesetengah tu kalo dh tekan 'Like' sekali, esok datang blogwalking blog yang sama kena 'Like' lagi sekali. Memang aku padam terus tab browser. Kan dah lari satu traffic blog korang. Sumpah aku menyampah dengan blog macam ni. Cukup la sekadar letak icon ataupon link ke, widget ke kt blog tu. 

Tapi ada cara korang boleh remove bende-bende tu dari menyemakkan pembacaan korang. Do you know the existing and the used of Inspect Element? Kalo tak tau, meh sini nak bagitau. Kalau dah tau, duduk diam-diam, baca je ye....

This is one of the irritating blog. Kena 'Like' dulu baru boleh baca. Hmm...

Step 1: Right click mouse/touchpad korang kat border image 'Like' tu.
Pilih 'Inspect Element' kat bawah skali.

Ada keluar satu windows panel kat bawah tu kan?
Step 2: Ada yang dh siap highlight tu, korang terus je tekan butang 'Delete'.

Dah hilang kan? Tapi ade tinggal background gelap kat belakang tu je.
Step 3: Terus je tekan je butang 'Delete' lagi sekali.

Ok. Done! Teruskan pembacaan.

Ok. Dah tau? Boleh cuba. Kalo ade iklan-iklan yang semak dan tak senonoh tu pon boleh padam guna cara ni. Happy reading fellas!


#SPECIAL Selamat Hari Guru

Labels: , , ,

Assalamualaikum semua~!

Lama tak update blog. Bersepah sawang sana sini. Hmmm....

Hari ni bertarikh 16 Mei 2014 merupakan sambutan Hari Guru sempena mengenang jasa dan penat lelah guru yang mendidik kita serta anak bangsanya. Jasa guru tak mungkin dilupakan. 

Di sini saya nak tulis special entry untuk guru-guru dan pendidik yang memang aku akan ingat sampai bila-bila.


  • Cikgu Tabika Kemas Pulau Besar

Ni cikgu pertama aku, Cikgu Nah. Cikgu la yang mengajar aku untuk kenal ABC 123 sehinggalah aku boleh membaca. Time ni la dapat ramai kawan baru even kawan sebaya aku time tu (umur 6 tahun) ade 5,6 orang jer. But seriously, thanks to you teacher, I've be able to read and calculate until now. Thank you so much. Hari tu jumpa beliau kat TF segan nak tegur. huhu


  • Cikgu-cikgu Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang Ulu

Sekolah rendah aku ni nama je ulu tapi takde la terletaknya di ulu jaoh sana nun. Tepi jalan kampung jer pun. Di sekolah ni aku belajar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan lain-lain lagilah. Sekolah kecik jer cikgu pon tak ramai sebab muridnya pon sikit. Memang boleh kata semua cikgu aku kenal la. Cikgu Rahim (Matematik), Teacher Miskiah (English), Cikgu Patmawati (Bahasa Melayu), Cikgu Azila (Sains) dan ramai lagi la. 

Time sekolah rendah adalah zaman jahiliyah dan jenayah aku dedolu. Setiap minggu dan hampir setiap hari mesti ada je denda yang aku dapat. Berdiri atas kerusi, ketuk ketampi, rotan tapak tangan, kena cubit dan sebagainya. But thanks to that keputusan UPSR aku cemerlang. Terima kasih cikgu.


  • Cikgu-cikgu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Seri Maharaja Lela

Zaman sekolah menengah baik sikit la. Ye la duduk pon dalam kelas Rancangan Khas (lower form) dan kelas Sains satu (upper form). Kelas budak pandai la katakan konon. Even result UPSR cemerlang, aku tak ditawarkan ke mana-mana sekolah berasrama penuh. Tapi aku bersyukur dan tak pulak kecewa. Kat sini macam-macam cikgu yang mengajar aku. 

Antara cikgu yang memang bila aku kenang, boleh ketawa sorang-sorang, Cikgu Sejarah form 3, Cikgu Khai dan Cikgu Biologi form 4&5, Cikgu Mahiran. Diorang kalo mengajar garang kot. Bab keje sekolah dengan buku nota memang strict giler. Kalo tak buat atau tak siap memang ada 'grand prize' menanti. Cikgu Seni form 2, gatal plak. Tak mau mention nama beliau kat sini. Beliau kalo bercakap nak bagi nota tak sah kalo takde unsur-unsur tak senang ni. *Seram wooo.... Sifu Tae Kwon Do, Cikgu Fauzi, rupanya beliau ni kawan satu form dengan abang aku di sekolah yang sama aku belajar ni. Dengan beliau, bersembang macam kawan bukan macam murid dengan cikgu. Subjek pebret aku, Fizik, Cikgu Shaiful. Memang time kelas dia aku akan fokus betol-betol. Dalam kelas memang aku sorang je yang tanya macam-macam dan kadang-kadang pelik-pelik. Disebabkan itu, I'm the only one student dapat A time result SPM. *bangga woo...


Hmmm...kalo nak cerita pasal cikgu-cikgu Tok Lela ni, satu entry tak cukup. Terima kasih cikgu-cikgu sekalian. Tanpamu, mungkin anak muridmu ini tak berada di mana dia berada sekarang.

  • Kolej Matrikulasi Perak

Ni first time duduk asrama. Menangis hari-hari woo untuk first month kat situ. Sebab ape? Rindu mak. huu Kat sini dapat ramai kawan dan lecturer yang sporting. Ade abang sedara aku yang jadi salah sorang lecturer yang mengajar subjek Biology kat situ. Tapi dia tak mengajar kelas aku la. Hmm...sepanjang kat matrik ni sengsara woo.. Assignment tutorial berlambak giler dan hari-hari kena buat. Tak perlu hantar pon assignment tu, tapi lecturer akan panggil randomly sorang-sorang, randomly selected questions, solve kat depan. Memang gelabah time tu kalo tak buat, 'pinjam' jawapan kawan sekelas. Lecturer akan tolong betulkan kalo salah dan ajar solve kan mana yang tak siap.


  • UiTM Shah Alam

Ohhh...4 tahun aku disini sehingga hari ini. Pelbagai ilmu dan pengalaman aku dapat kat sini. Lecturer-lecturer kat sini almost all is sporting enough. Specially thousands of thanks untuk Puan Norkhushaini sebab menjadi Supervisor Final Year Project yang membimbing dan sabar dengan kami sepanjang proses menyiapkan FYP ni. Menangis depan dia usah ceritalah sebab terlalu stress dan beliaulah yang menenangkan kitorang. Buat Ummi i-Hack, Dr. Fakariah, you are the best mentor and supervisor sepanjang proses menjayakan i-Hack Competition 2013. Penat-lelah, suka-duka bersama-sama teammates, beliau sentiasa disana membantu dan memberi semangat. Ohhh...sangat terharu. Terima kasih buat semua lecturers di FSKM UiTM Shah Alam. Jasamu dikenang.



Whoaa....ni cerita pasal guru ke, pasal pengalaman study aku? haha

Hmmm...no more words. Terima kasih banyak, banyak, banyak buat semua guru serta pendidik yang pernah mendidik diri ini dan buat semua yang bergelar pendidik. Tanpamu dan jasamu, maybe I'm not who and where I am now. Halalkan segala ilmu yang telah engkau curahkan dan izinkan aku mengajarkan apa yang telah engkau ajarkan kepadaku. 



To mak, terima kasih kerana menjadi 'guru' sepanjang masa untuk anakmu ini dari bayi sampai dah tua sebegini. *ehem! *cough Terima kasih. Jasa dan kasihmu tidak terbalas. You're the best teacher in the world I've ever had. 



p/s: Teacher-to-be? Me? Maybe not.


Typical Malay Dramas

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~

Fuhhh...bersawang blog ni. Lama tak ber-update. Bila malas bermaharaja dongkol, ni la jadik nya. Haisshhh.....

Kali ni curi masa opis kejap nak update blog ni. Tengah rajin ni. Just nak membebel sekejap. Kalo tak nak baca sila klik button close. *blogger lain dah lama buat entry sebegini, aku baru nak buat. cett!!*

Semalam aku dengan housemate tonton la satu drama..alaa....drama kt TV3 setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam tu. Emmmm....tajuknya "Aku Isterinya". Ni la payahnya bila dah sangkut dengan drama, tepat jam 7 jer dah terpacak depan tv. Teruk sungguh perangai.


Tengah syok tengok semalam, ade satu babak ni. Pelakon si Anzalna tu berdialog, 

"Ini bukan jalan yang aku pilih. Aku terpaksa."

Most of malay dramas and stories mesti ade dialog ni. Nak argue sket. Hello! Terpaksa or tak, tu jugak jalan yang kau pilih. There's many diffrences between "aku pilih" dengan "aku mahu pilih". Mohon penulis skrip dan pengarah review balik dialog-dialog yang ada. Kalo perlu masuk balik kelas Bahasa Melayu. Merosakkan bahasa sungguh. 

Jalan cerita drama dan cerita melayu ni semua sama je. Apa pengarah kat Malaysia ni dah takde idea lain ke? Asyik cinta, cinta, dan cinta. Lelaki anak org kaya, playboy, perempuan miskin, ayu, sopan santun. Mula-mula tak suka, last-last jatuh cinta. Lepas tu mak mentua benci menantu. Perbezaan darjat, kaya, miskin. Kahwin paksa. Rebutkan lelaki atau rebutkan perempuan. Apa dah takde lelaki lain dan perempuan lain dalam dunia ni? Watdefish!


Most Malaysian malay *bajet chinese dengan indian tak tengok drama melayu* disogokkan dengan cerita-cerita yang tak menjana minda dan kurang berfikir seolah-olah itu adalah hakikat sebenar kehidupan zaman sekarang. Kalo bebudak berhingus tak kering lagi tengok cerita-cerita ni, merosakkan mentaliti dan pemikiran diorang je. Mencintai tak semestinya dicintai. Tak semua penderitaan berakhir dengan kebahagiaan tanpa dugaan. Dan tak semuanya indah seperti dalam cerita dan drama. 

But not all malay stories and dramas macam tu. Ada jugak yang bagus dan berpengajaran yang baik macam cerita Derhaka Seorang Madu, Hilangnya Doa Seorang Ibu, etc. But as for me cerita zaman P.Ramlee is the best la. Even kadang-kadang tu ceritanya agak mengarut dan tak masuk akal macam Ali Baba Bujang Lapok, Ahmad Albab, Keluarga 69 and etc, tapi banyak pengajaran yang boleh kita ambil. Cerita-cerita tu menyuruh orang yang menonton berfikir. Tak macam cerita sekarang, buat penonton malas berfikir. Jangan hanya lihat yang tersurat tapi lihatlah yang tersirat kerana yang tersirat itu lebih baik dari yang tersurat.


Copp!! Cukup sampai sini. Malas nak menulis panjang-panjang nanti korang boring plus menyampah. Mohon blogger-blogger lain dan pembaca jangan kutuk saya yang noob ni. Saya budak baru belajar. ghehehehehe

Mari layan salah satu video MatLuthfi90:


Kalau rajin, baca di sini. Dan juga sini.



p/s: Motif asal nak kutuk dialog Anzalna tu je tapi termelalut story bende lain plak. Okbai!


Pantang Larang Zaman Kanak-Kanak Aku Dulu

Labels: , , , , ,

Assalamualaikum semua~!

Fuhhh...lama sungguh tak update entry terbaru kan? Konon seminggu dua yang lepas ade idea nak tulis entry baru, last-last terbengkalai entry tersebut. Tetiba terasa rindu nak membebel kat sini, ni  yang update entry baru ni.

Ok. Cukup membebel entah apa-apa di situ. Soalan: Apa pantang-larang atok nenek korang yang pernah korang dengar time kecik-kecik dulu? Atau yang pernah dengar sekarang nie? Atau yang masih ada lagi? Coppp!!!! Komen kat bawah yer.


Ni antara pantang larang atok dan opah aku la zaman kecik-kecik dulu even sekarang ni pon ade jugak lagi la. Orang dulu-dulu buat benda-benda ni semua semata-mata nak menakutkan atau mengajar budak-budak ni supaya takut, berjimat, bersyukur dan sebagainya. Meh aku listkan satu-satu meh....

  • Jangan duduk atas bantal nanti punggung tumbuh bisul.

Aku rasa semua pernah dengar kan? Konon punggung tumbuh bisul lepas duduk atas bantal. Seriously takot nak duduk atas bantal kecik-kecik dulu. Kalo kena bisul sakit wooo...apatah lagi bisul kat bontot. Tak boleh duduk sampai sembuh. Sebenarnya benda ni nak elak budak-budak duduk atas bantal jer. Bukan nya tumbuh bisul betul-betul pon. Bantal tu kn letaknya kepala kita masa tido. Tak elok. Lagi satu, kalo korang terkentut atas bantal tu lepas tu baring atas bantal tu, mau pengsan sebulan.


  • Jangan makan lauk (ikan) banyak nanti tumbuh cacing dalam perut.

Yang ni lagi satu. Orang tua-tua dulu-dulu kan susah nak cari rezeki nak bagi korang makan. Hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apa lauk yang ade perlulah dikongsi sama rata dengan adik-beradik yang lain. Mengajar bebudak berjimat-cermat dan berkongsi dengan yang lain.


Sumber: Google Images
  • Jangan tido lambat nanti sampuk di jampuk.

Time aku kecik-kecik dulu punyalah takut dengan menatang jampuk ni. Bila beliau berbunyi kompom bawah selimut terketaq-ketaq. Nak keluar bilik pegi jamban pon ajak adik atau opah temankan. Bila dah besar baru tau jampuk tu burung hantu. *my chilhood is ruined! 


  • Makan jangan banyak tempat nanti banyak laki (suami).

Yang ni jugak. Actually nak elak makan bersepah-sepah dan merata-rata jer. Ye la. Budak-budak kan makan bersepah-sepah. Kalo kejap duduk sana, kejap duduk sini, kejap duduk situ, kompom la bersepah nasi sana sini. Jenuh mak kita nak sapu kan. Tak pasal-pasal kene marah. Tapi aku dulu kena sapu sendiri sebab sendiri buat, sendiri sapu. *Sobs3


  • Pensel pendek jangan pakai lagi nanti mak mati.

Yang ni paling tak boleh blah. Masa sekolah dulu bile pensel tu makin pendek, lepas asah mesti sukat pensel tu dengan jari kelingking. Kalo pensel tu lagi pendek dari jari kelingking, kena buang. Nanti mak mati. Apa punya bodoh lah masa aku masih budak-budak dulu. Pensel pendek kan susah nak pegang. Bila susah nak pegang, tulisan macam cakar ayam. Cikgu pon susah nak baca. Sekarang ni aku pulak kena kan anak buah aku. Bila pensel pendek, sukat dengan jari kelingking. Kalo pendek, buang. Kalo tak nanti kena langgar lori. *improvisation.....hahaha


  • Jangan angkat kaki ketika meniarap nanti mak mati.

Yang ni lebih special untuk girls la sebab girls kan pakai kain, skirt dan sebagainya. Bayangkan kalo diorang angkat kaki, terkangkang-kangkang, kompom la nampak apa yang tak sepatutnya nampak, kan? Ok. Berhenti bayangkan! Tapi aku kecik-kecik dulu suka pakai seluar. So, this has nothing to do with me. hehehe


Ni sebahagiannya yang pernah aku dengar dari opah aku even sekarang ni pon beliau masih lagi cakap benda-benda ni lagi kadang-kadang. Ada banyak lagi tapi nanti kalo aku tulis semua korang pulak bosan nak baca sebab panjang sangat kan? Stop kat sini je la. Kalo korang nak tambah, sila tambah diruangan komen kat bawah yer.



p/s: Rindu opah dengan arwah tok.


#THROWBACK My first day of school.

Labels: , , ,

Assalamualaikum semua~!

Selamat tahun baru 2014. Hari ni hari kedua bagi tahun 2014. Tahun 2013 telah pun meninggalkan kita. So? Apa azam tahun nie? Kurus? Kahwin? Study? Kerja?

Sumber : Google Images

Ok. Stop membebel di situ. Hari ni tanggal 2hb Januari 2014, maka bermulalah sesi persekolahan buat adik-adik yang masih bersekolah la. Akak dah habis sekolah dah.....hahaha *ketawa gaya ShinChan

Another throwback entry for this first entry for 2014. Teringat dulu zaman first day masuk sekolah darjah satu. I don't have any embarassing moments at my first day macam kencing dalam kelas, menangis nak balik rumah dan macam-macam lagilah. *Itu sangat childish ok? haha

Sumber : Google Images

My first day ea? Alamak tak berapa nak ingat la peristiwa 16 tahun yang lepas. *Boleh tak?? haha Seingat aku la my first day dulu aku sesat dalam sekolah...... *gelak guling-guling

Seriously aku sesat. Padahal sekolah tu ade satu blok bangunan jer. Ade dua blok sebenarnya tapi blok satu lagi tu blok setingkat ade bilik muzik, bilik kemahiran hidup, bilik sains and etc. Tapi blok 3 tingkat ni la yg menempatkan kelas-kelas, bilik guru, library, bilik mesyuarat dan kantin on the ground floor

Ok. Cerita nya macam nie. Pagi masuk kelas hari pertama memang aku ok and steady jer. *Tak nangis langsung wa cakap sama lu.... Time rehat perut dah kebulur. Bunyi loceng jer berlari ke kantin memenuhi tanggungjawab terhadap perut yang comel ini. Duduk sorang-sorang jer menikmati makanan..sedap woo...

Habis makan, nak balik kelas la. Naik tangga. Lepas tu selamba gajah jer duduk kat meja aku. Lepas tu satu kelas pandang aku. Aku pon pandang balik semua orang lepas tu buat muka pelik. "Ehhh....ni bukan budak kelas aku!" Dengan muka tebal berinci-inci keluarlah dari kelas tersebut. 

Tawaf satu level cari kelas Tahun 1. Aku dulu sekolah kampung yang takde banyak kelas ade satu kelas je bagi setiap Tahun sebab tak ramai pelajar. So, logically tak la susah mana nak cari kelas kan. Tapi dekat 15minit aku merayau, tak jumpa jugak kelas aku.

Sumber : Google Images

Aku turun la ke bawah tawaf kat level bawah plak. Bile jalan kat hujung sekali baru jumpa kelas Tahun 1. Laa....aku terlebih naik satu level rupanya. hahahaha Dengan muka keletihan ibarat baru lepas lari marathon 10kilometer, aku duduk la kat meja aku. Nasib baik la time tu cikgu tak masuk kelas lagi. Kalo tak mahu nye kene ketawa dengan satu kelas kalo cakap aku sesat. huhu

Tu je la cerita hari pertama aku masuk Tahun Satu. Esoknya dah set in mind kelas aku terletak lepas 20 bijik anak tangga. Kecik-kecik dulu mana tau level satu, level dua. So kira anak tangga je la. hahaha



p/s: Rindunya zaman sekolah!


Awak 'Like' blog saya?