#SPECIAL Selamat Hari Guru

Labels: , , ,

Assalamualaikum semua~!

Lama tak update blog. Bersepah sawang sana sini. Hmmm....

Hari ni bertarikh 16 Mei 2014 merupakan sambutan Hari Guru sempena mengenang jasa dan penat lelah guru yang mendidik kita serta anak bangsanya. Jasa guru tak mungkin dilupakan. 

Di sini saya nak tulis special entry untuk guru-guru dan pendidik yang memang aku akan ingat sampai bila-bila.


  • Cikgu Tabika Kemas Pulau Besar

Ni cikgu pertama aku, Cikgu Nah. Cikgu la yang mengajar aku untuk kenal ABC 123 sehinggalah aku boleh membaca. Time ni la dapat ramai kawan baru even kawan sebaya aku time tu (umur 6 tahun) ade 5,6 orang jer. But seriously, thanks to you teacher, I've be able to read and calculate until now. Thank you so much. Hari tu jumpa beliau kat TF segan nak tegur. huhu


  • Cikgu-cikgu Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang Ulu

Sekolah rendah aku ni nama je ulu tapi takde la terletaknya di ulu jaoh sana nun. Tepi jalan kampung jer pun. Di sekolah ni aku belajar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan lain-lain lagilah. Sekolah kecik jer cikgu pon tak ramai sebab muridnya pon sikit. Memang boleh kata semua cikgu aku kenal la. Cikgu Rahim (Matematik), Teacher Miskiah (English), Cikgu Patmawati (Bahasa Melayu), Cikgu Azila (Sains) dan ramai lagi la. 

Time sekolah rendah adalah zaman jahiliyah dan jenayah aku dedolu. Setiap minggu dan hampir setiap hari mesti ada je denda yang aku dapat. Berdiri atas kerusi, ketuk ketampi, rotan tapak tangan, kena cubit dan sebagainya. But thanks to that keputusan UPSR aku cemerlang. Terima kasih cikgu.


  • Cikgu-cikgu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Seri Maharaja Lela

Zaman sekolah menengah baik sikit la. Ye la duduk pon dalam kelas Rancangan Khas (lower form) dan kelas Sains satu (upper form). Kelas budak pandai la katakan konon. Even result UPSR cemerlang, aku tak ditawarkan ke mana-mana sekolah berasrama penuh. Tapi aku bersyukur dan tak pulak kecewa. Kat sini macam-macam cikgu yang mengajar aku. 

Antara cikgu yang memang bila aku kenang, boleh ketawa sorang-sorang, Cikgu Sejarah form 3, Cikgu Khai dan Cikgu Biologi form 4&5, Cikgu Mahiran. Diorang kalo mengajar garang kot. Bab keje sekolah dengan buku nota memang strict giler. Kalo tak buat atau tak siap memang ada 'grand prize' menanti. Cikgu Seni form 2, gatal plak. Tak mau mention nama beliau kat sini. Beliau kalo bercakap nak bagi nota tak sah kalo takde unsur-unsur tak senang ni. *Seram wooo.... Sifu Tae Kwon Do, Cikgu Fauzi, rupanya beliau ni kawan satu form dengan abang aku di sekolah yang sama aku belajar ni. Dengan beliau, bersembang macam kawan bukan macam murid dengan cikgu. Subjek pebret aku, Fizik, Cikgu Shaiful. Memang time kelas dia aku akan fokus betol-betol. Dalam kelas memang aku sorang je yang tanya macam-macam dan kadang-kadang pelik-pelik. Disebabkan itu, I'm the only one student dapat A time result SPM. *bangga woo...


Hmmm...kalo nak cerita pasal cikgu-cikgu Tok Lela ni, satu entry tak cukup. Terima kasih cikgu-cikgu sekalian. Tanpamu, mungkin anak muridmu ini tak berada di mana dia berada sekarang.

  • Kolej Matrikulasi Perak

Ni first time duduk asrama. Menangis hari-hari woo untuk first month kat situ. Sebab ape? Rindu mak. huu Kat sini dapat ramai kawan dan lecturer yang sporting. Ade abang sedara aku yang jadi salah sorang lecturer yang mengajar subjek Biology kat situ. Tapi dia tak mengajar kelas aku la. Hmm...sepanjang kat matrik ni sengsara woo.. Assignment tutorial berlambak giler dan hari-hari kena buat. Tak perlu hantar pon assignment tu, tapi lecturer akan panggil randomly sorang-sorang, randomly selected questions, solve kat depan. Memang gelabah time tu kalo tak buat, 'pinjam' jawapan kawan sekelas. Lecturer akan tolong betulkan kalo salah dan ajar solve kan mana yang tak siap.


  • UiTM Shah Alam

Ohhh...4 tahun aku disini sehingga hari ini. Pelbagai ilmu dan pengalaman aku dapat kat sini. Lecturer-lecturer kat sini almost all is sporting enough. Specially thousands of thanks untuk Puan Norkhushaini sebab menjadi Supervisor Final Year Project yang membimbing dan sabar dengan kami sepanjang proses menyiapkan FYP ni. Menangis depan dia usah ceritalah sebab terlalu stress dan beliaulah yang menenangkan kitorang. Buat Ummi i-Hack, Dr. Fakariah, you are the best mentor and supervisor sepanjang proses menjayakan i-Hack Competition 2013. Penat-lelah, suka-duka bersama-sama teammates, beliau sentiasa disana membantu dan memberi semangat. Ohhh...sangat terharu. Terima kasih buat semua lecturers di FSKM UiTM Shah Alam. Jasamu dikenang.



Whoaa....ni cerita pasal guru ke, pasal pengalaman study aku? haha

Hmmm...no more words. Terima kasih banyak, banyak, banyak buat semua guru serta pendidik yang pernah mendidik diri ini dan buat semua yang bergelar pendidik. Tanpamu dan jasamu, maybe I'm not who and where I am now. Halalkan segala ilmu yang telah engkau curahkan dan izinkan aku mengajarkan apa yang telah engkau ajarkan kepadaku. 



To mak, terima kasih kerana menjadi 'guru' sepanjang masa untuk anakmu ini dari bayi sampai dah tua sebegini. *ehem! *cough Terima kasih. Jasa dan kasihmu tidak terbalas. You're the best teacher in the world I've ever had. 



p/s: Teacher-to-be? Me? Maybe not.


0 comments:


Awak 'Like' blog saya?