Lintah?? Eww~~~

Labels: , ,

Assalamualaikum~~

Korang pernah tengok lintah secara live? Musti pernah kan? Dengan lembik + berlendir membuatkan tekak aku cm nak terkeluar je loyanya. Ewww~~

Tadi aku tengok Majalah 3. Cerita pasal khasiat lintahyang digunakan dalam perubatan. Teringat pulak zaman aku kecik-kecik dulu main lintah. Sebelum tu meh mukadimah sket....





"Lintah ialah haiwan anelid yang merangkumi subkelas Hirudinea.Lintah menampakkan anggota klitelum (bahagian kelenjar yang membengkak pada kulit anelid, misalnya cacing tanah, yang merembes kokun dan bahan nutrien untuk embrio.). Lintah merupakan haiwan hermafrodit (mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina) seperti cacing."



Huishh!! Banyak sungguh bahasa saintifiknya. Nak tau maksud2 bahasa saintifik tu, klik sendiri la ye link2 yang aku dah bagi tu. hehe

Okeh..cerita pasal aku main lintah dulu, memang lintah tu ibarat musuh ketat laknatullah bagi aku. Oleh kerana tahap kegelian lintah adalah infinity bagi aku, nak pegang memang tak lah. Lintang pukang kalau korang campak sekor kat aku. Kalau setakat sua depan aku no hal lagi.

Dulu kat kampung aku selalu banjir. So, banjir adalah saat yang aku nanti-nantikan sebab dapat mandi dengan member-member sekampung kat halaman rumah aku. Kena gigit lintah. Serioushit aku cakap, sumpah! Memang TAK pernah pon kena gigit lintah. Aku pon tak tau la camne.

Mungkin sebab kekebalan kitorang berendam dalam air banjir, mandi ibarat mandi kat swimming pool siap buat terjunan maut lagi, lintah pon takot nk dekat. haha
"Hyperactive budak nieyh!"

Oleh itu, nampak je lintah, bukannya lri walaupon aku geli kat lintah, siap kejar lagi wa kasi tau lu....kau ade?? haha
Dah dapat tu masuk dalm bekas cam botol ke, besen ke kumpul banyak-banyak. Dah dapat banyak, bahagi-bahagi sama rata dengan member sekali. Nakal kan? Nanti dulu! Belum cukup nakal lagi.

Dah dapat bahagian masing-masing, buat la sesuka hati anda. Aku? Aku tak pegang. Bahagian aku, aku bagi adik aku yang tak tau apa itu geli. Tapi nk buat apa dengan lintah tu akulah taiko. haha

Paling aku suka adalah dengan mencampakkan lintah-lintah tersebut atas zink yang panas menggelegak ibarat oven mak aku. Maka menggelupurlah kepanasan lintah-lintah tu ibarat lintah kepanasan. haha

Esoknya, pegi kat zink semalam, kait dengan galah lintah yang sudah keras mengejang tu lalu dipatah-patahkan. Dasat tak?? Nakal kan? haha




p/s: Kalau aku jumpe lintah sekarang mungkin aku ulang aktiviti ni kot..haha

Budak Dulu vs Budak Sekarang

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~

Kali nie entry aku pasal perangai budak-budak zaman sekarang nie. Aiyoo~~ Susah giler la nak kawal diorang. Zaman aku kecik-kecik dulu, bile mak aku naik hangin sampai dh pegang rotan, mau tercirit-cirit dek takutnya. Budak zaman sekarang? Huh! Bawak parang pon still tak lari lagi. 





Aku cakap nie bukan apa, based on pengalaman dan pemerhatian aku jugak. Aku ni membesar dengan budak-budak nie. Mula-mula adik aku, lepas tu sepupu aku. Sekarang ni anak sedara aku pulak. Meh tengok perbezaan perangai budak-budak nie.....



  • Budak dulu-dulu main batu seremban, mak-mak, kawen-kawen. Budak-budak sekarang main playstation, online games.
Aku dulu kecik2 nak main congkak pon kene korek lubang dulu. Lepas tu cari buah getah kat hutan belakang rumah jadi buahnya. Anak sedara aku baru umur 7 tahun dah pandai bukak internet main game online.
  • Sejahat-jahat budak dulu, pegi panjat pokok buah orang, jadi monyet makan atas pokok. Sejahat-jahat budak sekarang, dah pandai mencuri, pukul orang, buli.
Aku kecik-kecik dulu, panjat pokok jambu loceng dgn kawan-kawan, jadi monyet sampai licin buahnya siap pakej kena kejar lg dengan tuan punya pokok. Anak sedara aku dah pandai mencuri duit mak aku, nak pegi main games online kat cyber cafe. Nak mintak sure tak dapat padahal katt rumah pon ade internet jugak.
  • Budak dulu tau makan aiskrim pop sekupang je. Budak sekarang tak pandang aiskrim pop sekupang lg, nak Walls Cornetto, Trophy.
Dulu kalo mak aku bawak balik sedozen aiskrim pop, berebut-rebut dengan adik aku sapa dapat makan paling banyak. Budak sekarang pandang pon tak, apatah lagi nak manjamahnya.
  • Budak-budak dulu main tarik-tarik daun nipah. Budak sekarang bawa basikal siap willy lg. Ade yang dah pandai bawak motor.
Seronok giler dulu main tarik-tarik daun nipah. Siap buat pertandingan lumba lagi dengan kawan-kawan. Budak sekarang, daun nipah pon tak kenal agaknya.

Itulah serba sedikit yang aku dapat perhatikan perbezaannya. Ade banyak lagi tapi aku malas la nak tulis semuanya. Kalau tulis semuanya korang pon mesti dah bosan baca kan? 



p/s: Rindu zaman kanak-kanak aku dulu....huhu

Tajuk Baru

Labels: ,

Assalamualaikum semua~~

Ade perasan sumthin' tak? hehe Tengok kat atas......


Tajuk baru la.....hehe

From this:
(Klik untuk tumbesaran)
to this:

(Kilik untuk tumbesaran)
 Tp URL tetap sama. Kalo tukar nanti follower-follower aku tak boleh baca entry aku. ^_^




p/s: Saja tukar angin pulak....hehe

Erk?? Ni Kek Ke Batu?

Assalamualaikum semua~~

Hari ni for the first tyme aku buat kek weyh!!! Dulu masa kecik-kecik slalu tgk Angah dgn Makcik je buat kek. Ni try pulak buat sendiri. Almaklum le...puasa dan raya just around the corner je. So, sebelum pose kene le praktis buat kek dan kuih raya dulu. Kalo dh pose nanti tak dapat rase setelah masak kecuali pada 'special days'..haha

Okeh...ni haa....aku tunjuk dulu gambar kek yang aku buat tadi. Selamat melihat!

(Klik untuk tumbesaran)

Kau tengok! Giler keras seyh!! Bile nak potong hancuss......ade bunyik kriuk, kriuk lg menandakan kerangupan kek tu. Udah cam cookies jew rangupnye tu. Lagi.................

(Klik untuk tumbesaran)
Kau tengok kat tengah-tengah bawah kek tu. Hangus siot!! Huishh!! Masa keluar je dari microwave, segan pon ade nk tunjuk kat mak aku. Kalo Yop aku tengok, tergolek-golek beliau ketawakan kek aku nie.....

(Klik untuk tumbesaran)

Yang ni special. Lubang kat tengah-tengah kek. Cam Spogebob Squarepants tu~~ Kau ade?? haha

Lubang-lubang incik Spongebob Squarepants

Dah la nak pakai mixer dengan microwave mak aku tu pon kene tengok manual book. Kalo tak, mau jahanam menatang tu aku buat. haha

Petang nie nak try buat lg sebijik as well as repairing my skills and jugak meng-adjust-kan semula kuantiti ramuan kek tu. huhu




p/s: Nasib baik Yop dgn Angah takde. Kalo tak, Guling-guling mereka ketawakan daku. huhu

Ubat Tu Makanan Ke?

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~~

Lamanya aku tak menghadap blog aku nih! Tak tau nak citer pasal apa. Blogwalkingnya selalu. hehe

Kali nie nk tulis entry pasal ubat. Ubat tu makanan kew? Atau minuman? Atau kedua-duanya sekali? Ish...cam kes hukuman mahkamah pulak...haha

(Terima kasih incik Google)
Ubat ni ade dalam macam-macam bentuk fizikal. Ade ubat cecair yang boleh terus minum. Ade ubat biji cam pil dan kapsul yang memerlukan bantuan segelas air untuk didorongkan masuk ke dalam perut. Lepas tu ada macam-macam jenis ubat. Ubat batuk, ubat selsema, ubat demam, ubat sakit tekak dan jugak.............................

(Sumbangan incik Google)
Erk?? Hahaha

Kalo di ikot kan percakapan BFF aku la, si incik FAZALIE MOHAMAD, ubat tu dimakan. Motif? Kalo kita nak suruh orang tu makan/telan/minum ubat tu kita musti cakap, "Tak sihat MAKAN la ubat.".

Aku tak setuju dengan kenyataan beliau. Sebab? Kalo mak aku punya statement la kan, "Tak sihat pegi TELAN ubat tu.". Hah.......amacam? Terdapat prcanggahan disitu sebab selalunya ubat untuk orang dewasa selalunya doktor bagi pil ataupun kapsul.

Oleh kerana majoriti ubat budak2 adalah cecair, so, aku tidak menolak kemungkinan bahawa kalu kita nak suruh budak-budak minum ubat musti kita cakap, "Tak sihat ni. Jom MINUM ubat jom." dan ayat seumpamanya. Kan? Kan? Kan?

(Klik untuk tumbesaran)

Oleh kerana tidak ada fatwa yang tepat pasal perihal ubat ni, ade sesapa boleh terangkan lagi bersuluh kat aku? hihihi




p/s: Dulu bercita-cita nak jadi Farmacist. Tak kesampaian daa~~

Puding Pisang Menggelabah

Assalamualaikum semua~~

Hari nie aku duk memerap jew kat rumah. Kete aku still tak siap repair lagi. Kata mekanik tu mungkin hari Selasa baru siap. Aiyoo~~ Aku dah sangap nak merayap nie..huhu


Oleh kerana aku duk rumah je menjaga anak sedara aku, mak aku ade peluanglah nak menyiapkan jahitan kain langsir untuk raya. hehe

Bile anak sedara aku tido, aku pon pegi la bukak buku resipi kuih raya. Konon nak buat kuih raya sendiri tahun nie. Tak mao beli lagi dah. hehe


Sedang aku membelek segala macam resipi yang ada sambil mencatit resipi terpilih, aku terjumpa lah satu resipi kuih nie. Cam best jew. Aku nak share gak ngn korang. Mana tau kot ade yang minat buat kuih tu nak cuba resipi baru nie.

PUDING PISANG MENGGELABAH

Bahan-bahannya:
5 bji pisang hitam (kalau boleh biar yang dah busuk)
3 biji telur unta
semangkuk susu kuda
2 mangkuk tepung kastard
perasa vanila


Cara-caranya:

  1. Pisang hitam dibuang isinya. Diambil kulitnya sahaja.
  2. Aturkan kulit pisang hitam yang busuk mewangi itu ke dalam loyang.
  3. Pukul dan empok sekuat-kuat hati telur unta bersama susu kuda. 
  4. Kemudian masukkan tepung kastard dan pukul selagi tak penat.
  5. Setelah agak menggelupur, masukkan perasa nila biar jadi 'blue colour'.
  6. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam loyang yang telah diatur dengan kulit pisang busuk. Kukuslah sampai bila-bila.

Haha
Ade sesapa nak cuba??




p/s: Memang menggelabah puding tu...haha

Kancilku Masuk Hospital

Assalamualaikum semua~~

Seminggu aku tak meng-update blog lelumut aku nie....hehe
Bukan apa. Takde mood la nak menulis. Kalo ikotkan banyak bende aku nak citer kat sini. Tapi dek kerana syaitan malas berleluasa kat sekeliling aku, jadi aku pon tak le mang-update blog aku nih! Haishh!!


Baru dalam 2 hari lepas, aku driving ke Sungai Buloh, nak ambik anak sedara aku yang dah melalak dan melancarkan mogok besar-besaran kat rumah neneknya. So, aku dengan malasnya pegi le menjemput beliau kat rumah neneknya bersama mak aku.


Yang aku agak pelik, aku ikot jalan lama sebelom masuk highway. Paling aku hairan, tak la pulak kot2 aku nak masuk highway ikot Bidor ke, Slim River ke. Aku boleh pulak straight je drive sampai le ke pekan Tanjung Malim dan berhenti sekejap untuk isi petrol yang sudah hampir 'E' kat meter kete aku tu.

Lepas isi petrol, perjalanan di-continue la. Dalam masa 2-3 minit drive tu ade tersedut bau sumthin' yang tak menyenangkan. Aku tnye mak aku bau apa. Mak aku cakap bau asap kilang minyak sebab kebetulan lalu kat satu kilang minyak kelapa sawit. So, aku ignore je la.

Lepas 5 minit berlalu dari kilang tu yang ntah berapa jauh aku tinggalkan, ade lagi bau. Tapi kali ni bau macam getah terbakar. Aku pon dengan spontaneous-nye menengok meter temperature aku. Fuhh!! VERY HIGH siott!!!! Aku pon dengan emergency-nya memberi signal ke kiri untuk berhenti di bahu jalan.


"Nasib baik ade pokok besar weh!! Kalo tak, kena panggang dek matahari la aku jawabnya. huhu"

Bukak bonet depan. Cehh!! Berasap! Nasib baik tak terbakar jew. Kalo tak, jadi daging BBQ la jawabnya. huhu

(Klik untuk tumbesaran)

Kelam kabut la aku dengan mak aku cek apa ke masalahnya.(lagak cam mekanik. Cehh!!) Rupa-rupanya..............

(Klik untuk tumbesaran)

Adoii.....nasib baik la bengkel mekanik tak jauh je dari tempat kitorang berhenti. Mak aku pergi panggil mekanik tolong cekkan masalah lain2 kete aku tu. Nak tau mekanik tu cakap apa? Camnie......

Mak :: Apa masalah kete nie?
Mekanik :: Kalo tengok keadaan kete nie, teruk nie. Akak tak boleh driving jaoh nie. Kalo driving gak, alamat jadi daging BBQ la jawab nya.

Adoii!! Makna nya, kete tu kene ditinggalkan kat bengkel di Tanjung Malim tu yang agak2 lebih 100 KILOMETER DARI RUMAH AKU! Dan lebih seronok lagi, nak balik rumah camne?????


"Tido tepi jalan la nampaknye..."

Dengan muka kelat-kelat pahitnya, terpaksa la mak aku menalipon abang aku yang tengah bekerja kat Shah Alam nun. Abang aku terpaksalah pinjam kete kawan dia sebab dia pegi keje naik moto. Cian abang aku.

So, aku dengan mak aku balik rumah dari Tanjung Malim tu abang aku yang jemput. Lepas tu, abang aku balik semula ke Shah Alam nak pulang balik kete kawannya itu. Kete kancilku itu selamat ditinggalkan di bengkel Technicar Tanjung Malim untuk di-operate perutnya untuk membuang segala sel2 kanser serta merawat segala luka-luka yang terdapat dan menukar ganti segala organ-organ yang telah rosak kepada yang baru lagi sihat walafiat.

Semoga segala pembedahan berjalan lancar. Amin....(cam haper jer...)





p/s:: Nampaknya segala kos rawatan dan perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh mak aku dan dimasukkan le dalam buku TRIPLE FIVE abang aku. hahaha

Korang Fikirlah Sendiri

Labels: , ,



Assalamualaikum semua~~

Selalu aku citer pasal perihal aku sehari-harian kn?? Kali nie aku nak citer pasal bende lain pulak.

Hari ni kecoh pasal perhimpunan BERSIH yang berlaku kat Kuala Lumpur. Apa diorg nk? Motif? Nak mem-BERSIH-kan seluruh kota Kuala Lumpur kew? Atau nak bersama-sama mem-BERSIH-kan Stadium Merdeka tu?


Honestly cakaplah, aku memang tak setuju perhimpunan tu diadakan. Kalau beriya-iya sangat nak buat perhimpunan asal tak buat perhimpunan HALAL instead of HARAM?? Ridiculous je bende2 nie sume.


Semalam aku ade terbaca kat FB pasal segala tuntutan si perempuan sihir tak sedar diri, AMBIGA. Lepas je aku baca segala tuntutan dia, menambahkan lg kegetikan daku kat beliau. Korang musti ade yang tak baca lagi atau tak tau langsung pasal segala tuntutan si tua tak sedar diri tu kan.....ni dia >> ::

I hate you!!


TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.






Korang fikirlah sendiri. Lepas aku baca semua nie cam berderau darah aku. Silap2 haribulan, peristiwa 13 Mei berulang. Korang nak kew? Bagi yang pernah mengetahui dan pernah membaca sejarah mungkin tahu apa yang terjadi pada peristiwa 13 Mei tu kn. 

Kalau korang setuju la, korang mungkin berpeluang merasai segala keseronokan keperitan hidup ketika peristiwa 13 Mei tu. Korang akan feel it, instead of knowing it theoretically. 




p/s:: Kalau aku jd PM, aku kasi tembak sampai mati itu Ambiga, si nenek sihir tak sedar diri! Selama nie dia hidup atas jasa siapa? Negara apa? Kalau tak negara demokrasi Malaysia? Lu pikirlah sendiri!  >> Kilik sini

Tak Puas Hati Betullah!!

Labels: ,

Assalamalaikum semua!!

Hari ni aku nk cerita pasal ketidakpuasan hati aku. Haishh!! Tak kire!! Nak citer jugakk!!


Minggu dpn, insyaAllah, tanggal 16hb Julai 2011 akan diadakan lagi sekali reunion kelas 5Sains1 sekolah tercinta lg tersayang aku dulu. So, manager progaram tersebut, incik Fazalie Mohamad nie tgh busy pening kepala le memikirkan segala keperluan dan kelengkapan yang ntah apa ke bende nye untuk program tu. Aku pon ade le tolong cket2 dan banyak2. Yang banyak2 tu aku tolong tgk jew. hahaha


"Tolong gak tue....kih3"


Tapi kn, yang paling aku tak sedap dan tak berapa nak suke tu (senang citer annoying la), ade le pulak suara sumbang sumbing lagi sengau tu. Haishh!! Udah kome tak tolong mende pon jgn le banyak cenonget nye. Diam je le. Ikot jew apa orang buat.


Ni idak. Banyak beno cengkenitnye pon. Bg le idea cket. Dah bg idea tu bg le cdgn cmne nk laksanakan. Aku cam nak............hishh!! Tak tau la nk ckp cmne! Geramm!!!!! Takde nak bg koje sama langsung.


Ubah2 le perangai tu. Kalo perangai rope tu usah berangan le masuk U. Duk romah kawen je la........




p/s: Sapa terasa nasib le. Aku tak nak mention sapa. Diam2 suda~~ Kalo ko depan aku dh lama aku kasi ko sejibik!......haha

Kerja Baru!

Labels:

Assalamualaikum semua~~

Tajuk entry kali nie bukan aku nak cakap pasal keje aku sebab aku mana ada keje. Aku jd 'penanam anggur' setia kat rumah. Luas sungguh 'ladang anggur' aku tau! 



Sebenarnya, kerja yang aku maksudkan ialah rutin harian aku kat rumah sebagai 'peladang anggur' berjaya. Akulah bos, akulah kuli, aku jugaklah hamba abdi. Nak tau keje aku?? Meh aku listkan:

1.     Babysitter. Aku kene 'sitting' anak akak aku yang baru berusia 3 bulan. Baby yang sangat comel bernama Fatin Alya Syafiqah. Ada orang sangka tu anak aku. Hello!! Anak saudara aku, k??


2.     Housekeeper. Aku kene kemas seluruh rumah aku. Nasib baik la rumah nie tak besar. Kalo besar cm rumah opah aku kt kampung tu, adoi.......patah pinggang teman. huhuhu


3.     Cleaner. Aku kene mencuci segala baju dan pinggan mangkuk. Termasuk le 2 bijik kete kat porch umah tu. huhu


4.     Driver. Abang aku dah bg kete. So, mmg aku driver kpd mak aku dan anak sedara aku la. Tyme aku drive, mak aku kt sebelah, ibarat kene test lg skali ngn JPJ.....huhuhu



Tulah segala keje aku kat rumah. Walaupon nampak cm cket jew kn. Tp penat woo.....kejenye tak banyak tapi continuous. huhu

Tapi dlm byk2 keje tu pon, aku sempat gak curik masa untuk tulis entry nie. hihihi




p/s: Adehh.....baby dah jaga. Kene wat susu lak pulak................

Kasih Seorang Datuk Cina

Assalamualaikum semua~~

Hari nie aku leh relax cket sbb keje sume dh setel awal2 lg. Almaklum le. Awal giler aku bgn ari nie. Nak tido balik tak buleh. So, aku bgn trus mandi and setel kn sume keje2 rumah aku.

Oh ye....dulu aku ade janji nk citer pasal tugas aku kat rumah kn?? Aku rasa entry dpn la. Entry kali nie aku nk citer pasal benda lain lak.

Okeh!!
Tadi kan aku gtau keje aku sume dh siap awal2 lg kn? So, dah tak tau nak buat apa, aku pon lepak2 la kt luar bawah pohon rambutan kt tepi rumah aku nie. Tgh aku lepak2 mengenang kisah2 lama (amboi), ade terdengar le pulak bunyik anak2 kucing.


"Miaw~ miaw~ miaw~"

Aku carik le. Mana le anak kucing tersebut menetap. Rupa2nya kat dpn rumah jiran aku, tepi tong sampah. Mungkin anak2 kucing tu ditinggalkan oleh ibunya. Jiran aku tu seorang tua cina yang layak aku panggil atuk dah.

Tgh aku khusyuk tgk anak kucing tu, jiran aku nie td keluar rumah. Aku igt dia nk buat apa, rupanya dia pon cari gak mana diamnye anak2 kucing tu. Lepas je dia jumpa anak2 kucing tu, dia masuk balik dalam rumah dia.

Beberapa minit kemudian, dia kuar balik dengan segelas susu kat tangan. Lepas tu, dia amk polysterene yg ade kat tepi tong sampah tu, letak cket susu dalamnya, bagi kat anak kucing tu. Anak kucing tu aku agak baru dalam 2,3 hari beranak nye. So, kakinye tak kuat nk jln lg, dan mata nye pon tak celik lg.

So, anak kucing tu wat dono je la dgn susu tu sambil terus mengiaw. Apek tu tak puas hati, diambilnya anak kucing tu pastu dibenamkan mulut anak kucing tu kat susu dalam polysterene tu. Aku terus memerhatikan gelagat apek tu.


Anak kucing tu tetap tak nak minum susu tu. Yelah, kecik lg. Mana la dia pandai jilat susu tu cm kucing dewasa. Oleh itu, apek tersebut telah mengambil tindakan drastik iaitu dengan mengangkat anak kucing tersebut lalu disudukan susu ke mulut anak kucing tadi.

Kesian aku tgk anak kucing tu. Cam nak lemas pon ade. Tapi dalam hati aku kagum la. Betapa kasih nye seorang datuk cina tu kat anak2 kucing tu sampai diberikan susu.  Lepas dia dah bagi susu kat tiap2 anak kucing tu, dia letakkan anak2 kucing tu kat satu sudut rumah dia. Bagus jugak anak kucing tu diberikan perlindungan.


Lepas tu, apek tu masuk ke rumah nye. Aku tgk, anak kucing tu pon dh senyap. Mungkin tertido kekenyangan susu kot. Aku pon terus le masuk rumah aku sambil tersenyum. Terus aku update citer tu kat entry kali nie....hehehe



p/s: Perlakuan dan sikap apek tu mengingatkan aku kat arwah atuk aku. Rindu sangat2 kat beliau.

Awak 'Like' blog saya?