Spagetti Aglio Olio

Assalamualaikum semua~

Ok. Tak tau nak update ape dalam blog. Rasa macam nak kongsi resepi pulak. hehehe

Aku ni bukanlah peminat pasta sangat tapi tetiba tekak teringin nak makan spagetti. Kebetulan spagetti memang sentiasa ade je kat rumah. Check bahan-bahan lain pon sume lengkap. So mari mula memasak spagetti aglio olio.

Meh nak share resepi sikit. Dapat dari sini.

Bahan-bahan:
Spagetti
Kiub atau pes ayam
3-4 ulas bawang putih (dipotong atau dicincang ikot suka)
Olive oil (secukupnya)
Cili padi (potong kecik2)
Daun sup (dipotong kecil)
Oregano
Carrot
Sosej
Udang
Garam secukup rasa
Serbuk Pamesan cheese (yang halal)

Cara-cara:
  • Mula-mula mestilah rebus spagetti dulu dengan kiub/pes ayam. Rebus sampai lembut. Lepas tu toskan dan simpan sedikit air rebusan spagetti.
  • Panaskan sedikit olive oil dalam kuali dan goreng bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau. Lepas tu masukkan cili padi (kalau nak pedas letak banyak), carrot, udang dan sosej. Kalau nak letak sayur atau bahan lain macam ayam pon boleh.
  • Masukkan sesenduk air rebusan spagetti tadi. Aku letak lebih sebab nanti dapat basah-basah sket spagetti tu. Letakkan garam secukup rasa.
  • Kemudian masukkan spagetti yang telah ditoskan tadi dan gaul sampai rata. Lepas tu boleh la letakkan daun sup dan oregano ikut suka. Aku sukakan bau oregano tu, so letak lebih. Tak nak letak pon boleh.
  • Hidangkan bersama sedikit taburan serbuk Parmesan cheese ataupun kepingan cheesedale yang telah dikoyakkan. Siap untuk dinikmati.
Kalau korang takde olive oil, boleh guna minyak masak biasa je. Takde masalah. Ikot suka masing-masing. Nak letak daging, udang, sotong pon boleh. Takde pulak spagetti tu menangis. huhu

Oh ya. Selain spagetti bole jugak kalo nak guna macaroni, penne dan sepupu sepapatnya. Sedap!




p/s: Kredit to Luna for the recipe.


Will Be Back Soon

Assalamualaikum semua~~
Lamanya tak menulis disini. Maaf sebab dah lama meninggalkan dunia blogging. Kekangan masa membuatkan aku terlupa akan kehadiran blog ini. I think I always said will be back to write but janji dicapati.

Maafkan saya. Akan kembali menulis jika terdapat ruang dan peluang. Will be sharing lots of stories. Minggu lepas pergi bercuti bersama kawan-kawan ke Melaka. InsyaAllah akan share cerita di sini.

Got to go guys. Bye!



p/s: Throwback bercuti minggu lepas rasa cam kelakar je. Nantikan cerita saya. Thanks.


Denda Di Sekolah Zaman Dahulu Yang Mungkin Budak Sekarang Tak Merasa

Labels: , , , , , ,

Assalamualaikum semua~~

Terasa nak update plak blog sini walaupun tengah kerja. *Ngehngehngeh
Oleh kerana tak se-busy hari biasa, melayan social media la. Sedang scroll dari bawah ke atas 'Home' Facebook, ternampak pulak satu post dari profile cikgu sekolah dulu. Beliau pon share dari kawan.

I wonder la kalau bebudak sekarang merasa denda-denda kita dulu. Sedangkan cikgu baru denda tulis, 'Saya berjanji takkan ponteng sekolah lagi.' untuk sepuluh kali pon, mak ayah buat report polis, saman, masuk tv bagai.

Dedolu, jangan harap mak ayah nak backing, kena tambah lagi ade.

  • Berdiri di tempat duduk sampai habis kelas
Ni selalu kot merasa. Disebabkan ade dua tiga orang kat belakan tu bersembang time cikgu mengajar, satu kelas kena denda. Tak pon tak siap kerja sekolah. Memang rasa nak tercabut lutot kena berdiri sampai sejam.

  • Berdiri atas kerusi sampai habis kelas
Ni aku dulu memang akan kena kalau tak bawak atau terlupa bawak buku teks atau buku kerja sekolah. Kalo meja kat tepi tingkap, memang membuang pandang ke luar je la. Kalo ade cikgu atau murid lain lalu, buat tak tau je. 

(Sumber: Google Images)

  • Berdiri atas meja
Ni selalu kalau tak dapat jawab soalan cikgu bagi. Selalu berperingkat, bermula dari berdiri kat tempat duduk. Sapa dapat jawab boleh duduk. Sapa tak dapat jawab, berdiri atas kerusi, tak dapat jawab berdiri atas meja. End up, kena ketuk ketampi kalo tak dapat jawab lagi.

(Sumber: Google Images)

  • Berdiri luar kelas.
Zaman aku sekolah dulu takde berdiri depan kelas. Berdiri kat atas padang terus. Paling win kena berdiri time tengah hari panas terik. Nyerongen je yong yob oi...

  • Kena tulis ayat berulang-ulang dalam buku nota.
Yeah!! Kena ulang sampai seribu tahu. Time tu sumpah tak nak tak siap kerja sekolah lagi. Dapat pulak kena denda dengan cikgu Matematik. Memang kena buat soalan matematik sampai 10 mukasurat. Satu muka surat ade 15-30 soalan. Masak!

  • Kena pulas telinga, tarik sideburn atau cubit kat perut.
Ni aku pernah kena dengan cikgu Bahasa Melayu. Cikgu Sabariah nama beliau. Sebab tak siap karangan jer. Sakit dia, seminggu tak habis siap lebam lagi. Bagitau mak, mak tengok je siap dapat padan muka lagi. Sobs......

  • Kena denda mintak 20sen/50sen/seringgit masuk duit tabung kelas.
Ni common dan takkan pernah serik kalau kena. Serik kalau tak dapat makan je. Kalau mak bagi belanja seringgit, kena denda seringgit, tak kebulur kau? Nasib baik ade Rancangan Makanan Tambahan (RMT) time tu.


(Sumber: Google Images)

  • Ketuk ketampi atau pumping
Ni paling kerap dan paling famous masa form 2 dulu. Cikgu Sejarah, Cikgu Khai nama dia. Bila dia masuk semua kena get ready. Sebab dia akan tengok buku nota dan mesti kena dapat jawab soalan dia. 

  • Potong rambut beramai-ramai
Ni selalu budak lelaki kena. Tiap-tipa hari Isnin ade spotcheck rambut. Sape rambut panjang ala-ala rockers atau Kpop dulu, memang kena la. Ade cikgu yang garang dan kejam tu nasib la tobek sana tobek sini.


Tu je kot. Ade lagi tapi dah malas nak menaip lagi. Kalo korang nak share pengalaman korang sila komen kat bawah(kalau ada). Budak-budak sekarang ni manja, mak bapak pon manjakan anak. Macamlah mak bapak tak pernah kena time sekolah dulu. 

Budak-budak sekarang dididik dengan teknologi, IPad, IPhone, Xbox dan sebagainya sebabkan budak-budak anti sosial, takde kawan dan tak pandai berkawan. Zaman aku dulu kawan punyalah ramai main batu seremban, polis sentri (police and thief), rounders dan banyak lagi lah.

Ehh..panjang pulak menaip ni. Ok la...sampai disini saja. Tulisan akan bersambung di entry akan datang yang entah bila tak tau.



p/s: Rindu nak main rounders dengan kawan pakai bola kertas bungkus gam selotep.



credit to: Mohammad Zailan Haji Siwan's post.

Selamat Hari Guru, che'gu!

Labels: , , , ,

Assalamualaikum semua~

Tanggal 16 May adalah Hari Guru. Kepada cikgu-cikgu di guru di luar sana, Selamat Hari Guru dari saya. Sempena Hari Che'gu ni meh nak berpantun sikit.

Anak Cina berlari-lari,
Sambil bawak buah guli;
Nakal kami, pelajarmu, Ya Rabbi,
Habis semua kami buli.

Waktu senja main lari-lari,
Tersepak batu bengakak ibu jari;
Kerja sekolah kami buat tak peduli,
Kena denda kami lari.

Sarapan pagi makan roti,
Cicah dengan air kopi;
Keranamu cikgu kami disini,
Selamat Hari Guru dari kami.

Ok la..dah tak tau nak karang pantun lagi. Walau pon zaman sekolah dulu nakalnya yamg teramat, cikgu tak pernah pulak jemu nak melayan. Kena denda pon saya dah tak heran. Kerana kesabaran cikgu dululah, saya berada di mana saya berada sekarang. Terima kasih cikgu. Terima kasih lecturer. Terima kasih rakan sekerja. Terima kasih bos. And most important of all, terima kasih mak, my greatest teacher ever!



p/s: Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia.


Rezeki Dari Allah

Labels: , , ,

Assalamualaikum semua~

Entah bila masa nak reconstruct blog ni tak tau. Semedang busynya. Tak busy pon buat-buat busy jugak. *ehh...

Alhamdulillah. Di sini nak berkongsi cerita dan kegembiraan kepada yang membaca blog daku yang tak femes ni.

Taraa.......


*clap clap clap*
Alhamdulillah. My first asset. Rezeki dari Allah. Tak sampai setahun bekerja, inilah aset pertama yang berjaya dimiliki. Walaupun tak seberapa dan tak semewah mana, namun inilah kemampuanku buat masa ni. InsyaAllah akan dijaga sebaik mungkin. 

Perancangan asal, takde niat pon nak beli kereta dalam masa setahun bekerja. Entah macam mana terniat di hati nak mempunyai kereta sendiri. Senang untuk aku bergerak ke mana-mana.



Kalau terjumpa, terserempak atau berselisih, mohon tegur yer. Tapi jangan buat pasal toreh kereta aku pulak. Almaklum la, ramai tengah panas dengan FMC enam jahanam tu. Aku pon terkena tempiasnya dengan segelintir typical Malaysian people kerana memandu kereta Myvi. Iolls tak terlibat hokeyh! Peace!



p/s: Next target..........nak sambung Master pulak. InsyaAllah.


Blog Outdated! Ketinggalan Zaman, hokeh!

Assalamualaikum semua~!

Bersawang! Outdated! *sigh

Hampir setahun tak berblogging. Teringat pada blog sendiri setelah baca blog officemate. *Baru terhegeh-hegeh nak bukak blog sendiri*

Jeles tengok blog orang cantik-cantik, widget canggih-canggih, ada itu, ada ini. Blog sendiri, outdated! Malam ni last keje. InsyaAllah akan merajinkan diri memperbaharui sedikit demi sedikit blog ni. Jugak akan cuba merajinkan diri menulis di sini.

Sekian, terima kasih.


p/s: Dulu ada jugak buat comeback entry kononnya. Tapi terabai jugak.


Awak 'Like' blog saya?