Denda Di Sekolah Zaman Dahulu Yang Mungkin Budak Sekarang Tak Merasa

Labels: , , , , , ,

Assalamualaikum semua~~


Terasa nak update plak blog sini walaupun tengah kerja. *Ngehngehngeh
Oleh kerana tak se-busy hari biasa, melayan social media la. Sedang scroll dari bawah ke atas 'Home' Facebook, ternampak pulak satu post dari profile cikgu sekolah dulu. Beliau pon share dari kawan.

I wonder la kalau bebudak sekarang merasa denda-denda kita dulu. Sedangkan cikgu baru denda tulis, 'Saya berjanji takkan ponteng sekolah lagi.' untuk sepuluh kali pon, mak ayah buat report polis, saman, masuk tv bagai.

Dedolu, jangan harap mak ayah nak backing, kena tambah lagi ade.

  • Berdiri di tempat duduk sampai habis kelas
Ni selalu kot merasa. Disebabkan ade dua tiga orang kat belakan tu bersembang time cikgu mengajar, satu kelas kena denda. Tak pon tak siap kerja sekolah. Memang rasa nak tercabut lutot kena berdiri sampai sejam.

  • Berdiri atas kerusi sampai habis kelas
Ni aku dulu memang akan kena kalau tak bawak atau terlupa bawak buku teks atau buku kerja sekolah. Kalo meja kat tepi tingkap, memang membuang pandang ke luar je la. Kalo ade cikgu atau murid lain lalu, buat tak tau je. 

(Sumber: Google Images)

  • Berdiri atas meja
Ni selalu kalau tak dapat jawab soalan cikgu bagi. Selalu berperingkat, bermula dari berdiri kat tempat duduk. Sapa dapat jawab boleh duduk. Sapa tak dapat jawab, berdiri atas kerusi, tak dapat jawab berdiri atas meja. End up, kena ketuk ketampi kalo tak dapat jawab lagi.

(Sumber: Google Images)

  • Berdiri luar kelas.
Zaman aku sekolah dulu takde berdiri depan kelas. Berdiri kat atas padang terus. Paling win kena berdiri time tengah hari panas terik. Nyerongen je yong yob oi...

  • Kena tulis ayat berulang-ulang dalam buku nota.
Yeah!! Kena ulang sampai seribu tahu. Time tu sumpah tak nak tak siap kerja sekolah lagi. Dapat pulak kena denda dengan cikgu Matematik. Memang kena buat soalan matematik sampai 10 mukasurat. Satu muka surat ade 15-30 soalan. Masak!

  • Kena pulas telinga, tarik sideburn atau cubit kat perut.
Ni aku pernah kena dengan cikgu Bahasa Melayu. Cikgu Sabariah nama beliau. Sebab tak siap karangan jer. Sakit dia, seminggu tak habis siap lebam lagi. Bagitau mak, mak tengok je siap dapat padan muka lagi. Sobs......

  • Kena denda mintak 20sen/50sen/seringgit masuk duit tabung kelas.
Ni common dan takkan pernah serik kalau kena. Serik kalau tak dapat makan je. Kalau mak bagi belanja seringgit, kena denda seringgit, tak kebulur kau? Nasib baik ade Rancangan Makanan Tambahan (RMT) time tu.


(Sumber: Google Images)

  • Ketuk ketampi atau pumping
Ni paling kerap dan paling famous masa form 2 dulu. Cikgu Sejarah, Cikgu Khai nama dia. Bila dia masuk semua kena get ready. Sebab dia akan tengok buku nota dan mesti kena dapat jawab soalan dia. 

  • Potong rambut beramai-ramai
Ni selalu budak lelaki kena. Tiap-tipa hari Isnin ade spotcheck rambut. Sape rambut panjang ala-ala rockers atau Kpop dulu, memang kena la. Ade cikgu yang garang dan kejam tu nasib la tobek sana tobek sini.


Tu je kot. Ade lagi tapi dah malas nak menaip lagi. Kalo korang nak share pengalaman korang sila komen kat bawah(kalau ada). Budak-budak sekarang ni manja, mak bapak pon manjakan anak. Macamlah mak bapak tak pernah kena time sekolah dulu. 

Budak-budak sekarang dididik dengan teknologi, IPad, IPhone, Xbox dan sebagainya sebabkan budak-budak anti sosial, takde kawan dan tak pandai berkawan. Zaman aku dulu kawan punyalah ramai main batu seremban, polis sentri (police and thief), rounders dan banyak lagi lah.

Ehh..panjang pulak menaip ni. Ok la...sampai disini saja. Tulisan akan bersambung di entry akan datang yang entah bila tak tau.



p/s: Rindu nak main rounders dengan kawan pakai bola kertas bungkus gam selotep.



credit to: Mohammad Zailan Haji Siwan's post.

0 comments:


Awak 'Like' blog saya?