Assalamualaikum semua~
Entah bila masa nak reconstruct blog ni tak tau. Semedang busynya. Tak busy pon buat-buat busy jugak. *ehh...
Alhamdulillah. Di sini nak berkongsi cerita dan kegembiraan kepada yang membaca blog daku yang tak femes ni.
Taraa.......
*clap clap clap*
Alhamdulillah. My first asset. Rezeki dari Allah. Tak sampai setahun bekerja, inilah aset pertama yang berjaya dimiliki. Walaupun tak seberapa dan tak semewah mana, namun inilah kemampuanku buat masa ni. InsyaAllah akan dijaga sebaik mungkin.
Perancangan asal, takde niat pon nak beli kereta dalam masa setahun bekerja. Entah macam mana terniat di hati nak mempunyai kereta sendiri. Senang untuk aku bergerak ke mana-mana.
Kalau terjumpa, terserempak atau berselisih, mohon tegur yer. Tapi jangan buat pasal toreh kereta aku pulak. Almaklum la, ramai tengah panas dengan FMC enam jahanam tu. Aku pon terkena tempiasnya dengan segelintir typical Malaysian people kerana memandu kereta Myvi. Iolls tak terlibat hokeyh! Peace!
p/s: Next target..........nak sambung Master pulak. InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment