Puding Pisang Menggelabah

Assalamualaikum semua~~

Hari nie aku duk memerap jew kat rumah. Kete aku still tak siap repair lagi. Kata mekanik tu mungkin hari Selasa baru siap. Aiyoo~~ Aku dah sangap nak merayap nie..huhu


Oleh kerana aku duk rumah je menjaga anak sedara aku, mak aku ade peluanglah nak menyiapkan jahitan kain langsir untuk raya. hehe

Bile anak sedara aku tido, aku pon pegi la bukak buku resipi kuih raya. Konon nak buat kuih raya sendiri tahun nie. Tak mao beli lagi dah. hehe


Sedang aku membelek segala macam resipi yang ada sambil mencatit resipi terpilih, aku terjumpa lah satu resipi kuih nie. Cam best jew. Aku nak share gak ngn korang. Mana tau kot ade yang minat buat kuih tu nak cuba resipi baru nie.

PUDING PISANG MENGGELABAH

Bahan-bahannya:
5 bji pisang hitam (kalau boleh biar yang dah busuk)
3 biji telur unta
semangkuk susu kuda
2 mangkuk tepung kastard
perasa vanila


Cara-caranya:

  1. Pisang hitam dibuang isinya. Diambil kulitnya sahaja.
  2. Aturkan kulit pisang hitam yang busuk mewangi itu ke dalam loyang.
  3. Pukul dan empok sekuat-kuat hati telur unta bersama susu kuda. 
  4. Kemudian masukkan tepung kastard dan pukul selagi tak penat.
  5. Setelah agak menggelupur, masukkan perasa nila biar jadi 'blue colour'.
  6. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam loyang yang telah diatur dengan kulit pisang busuk. Kukuslah sampai bila-bila.

Haha
Ade sesapa nak cuba??




p/s: Memang menggelabah puding tu...haha

2 comments:

  1. wah...aku rase chef nie kalau ajar kat poli aku.....mesti t semua student die berjaya..ha3....pon boley~..

  1. haha
    ngombok aku nampak....hak3 :p
    pon boley~~

Awak 'Like' blog saya?