Assalamualaikum semua~~
Seminggu aku tak meng-update blog lelumut aku nie....hehe
Bukan apa. Takde mood la nak menulis. Kalo ikotkan banyak bende aku nak citer kat sini. Tapi dek kerana syaitan malas berleluasa kat sekeliling aku, jadi aku pon tak le mang-update blog aku nih! Haishh!!
Baru dalam 2 hari lepas, aku driving ke Sungai Buloh, nak ambik anak sedara aku yang dah melalak dan melancarkan mogok
Yang aku agak pelik, aku ikot jalan lama sebelom masuk highway. Paling aku hairan, tak la pulak kot2 aku nak masuk highway ikot Bidor ke, Slim River ke. Aku boleh pulak straight je drive sampai le ke pekan Tanjung Malim dan berhenti sekejap untuk isi petrol yang sudah hampir 'E' kat meter kete aku tu.
Lepas isi petrol, perjalanan di-continue la. Dalam masa 2-3 minit drive tu ade tersedut bau sumthin' yang tak menyenangkan. Aku tnye mak aku bau apa. Mak aku cakap bau asap kilang minyak sebab kebetulan lalu kat satu kilang minyak kelapa sawit. So, aku ignore je la.
Lepas 5 minit berlalu dari kilang tu yang ntah berapa jauh aku tinggalkan, ade lagi bau. Tapi kali ni bau macam getah terbakar. Aku pon dengan spontaneous-nye menengok meter temperature aku. Fuhh!! VERY HIGH siott!!!! Aku pon dengan emergency-nya memberi signal ke kiri untuk berhenti di bahu jalan.
"Nasib baik ade pokok besar weh!! Kalo tak, kena panggang dek matahari la aku jawabnya. huhu"
Bukak bonet depan. Cehh!! Berasap! Nasib baik tak terbakar jew. Kalo tak, jadi daging BBQ la jawabnya. huhu
(Klik untuk tumbesaran) |
Kelam kabut la aku dengan mak aku cek apa ke masalahnya.(lagak cam mekanik. Cehh!!) Rupa-rupanya..............
(Klik untuk tumbesaran) |
Adoii.....nasib baik la bengkel mekanik tak jauh je dari tempat kitorang berhenti. Mak aku pergi panggil mekanik tolong cekkan masalah lain2 kete aku tu. Nak tau mekanik tu cakap apa? Camnie......
Mak :: Apa masalah kete nie?
Mekanik :: Kalo tengok keadaan kete nie, teruk nie. Akak tak boleh driving jaoh nie. Kalo driving gak, alamat jadi daging BBQ la jawab nya.
Adoii!! Makna nya, kete tu kene ditinggalkan kat bengkel di Tanjung Malim tu yang agak2 lebih 100 KILOMETER DARI RUMAH AKU! Dan lebih seronok lagi, nak balik rumah camne?????
"Tido tepi jalan la nampaknye..."
Dengan muka kelat-kelat pahitnya, terpaksa la mak aku menalipon abang aku yang tengah bekerja kat Shah Alam nun. Abang aku terpaksalah pinjam kete kawan dia sebab dia pegi keje naik moto. Cian abang aku.
So, aku dengan mak aku balik rumah dari Tanjung Malim tu abang aku yang jemput. Lepas tu, abang aku balik semula ke Shah Alam nak pulang balik kete kawannya itu. Kete kancilku itu selamat ditinggalkan di bengkel Technicar Tanjung Malim untuk di-operate perutnya untuk membuang segala sel2 kanser serta merawat segala luka-luka yang terdapat dan menukar ganti segala organ-organ yang telah rosak kepada yang baru lagi sihat walafiat.
Semoga segala pembedahan berjalan lancar. Amin....(cam haper jer...)
p/s:: Nampaknya segala kos rawatan dan perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh mak aku dan dimasukkan le dalam buku TRIPLE FIVE abang aku. hahaha
0 comments:
Post a Comment