Assalamualaikum~~
Korang pernah tengok lintah secara live? Musti pernah kan? Dengan lembik + berlendir membuatkan tekak aku cm nak terkeluar je loyanya. Ewww~~
Tadi aku tengok Majalah 3. Cerita pasal khasiat lintahyang digunakan dalam perubatan. Teringat pulak zaman aku kecik-kecik dulu main lintah. Sebelum tu meh mukadimah sket....
"Lintah ialah haiwan anelid yang merangkumi subkelas Hirudinea.Lintah menampakkan anggota klitelum (bahagian kelenjar yang membengkak pada kulit anelid, misalnya cacing tanah, yang merembes kokun dan bahan nutrien untuk embrio.). Lintah merupakan haiwan hermafrodit (mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina) seperti cacing."
Huishh!! Banyak sungguh bahasa saintifiknya. Nak tau maksud2 bahasa saintifik tu, klik sendiri la ye link2 yang aku dah bagi tu. hehe
Okeh..cerita pasal aku main lintah dulu, memang lintah tu ibarat musuh ketat laknatullah bagi aku. Oleh kerana tahap kegelian lintah adalah infinity bagi aku, nak pegang memang tak lah. Lintang pukang kalau korang campak sekor kat aku. Kalau setakat sua depan aku no hal lagi.
Dulu kat kampung aku selalu banjir. So, banjir adalah saat yang aku nanti-nantikan sebab dapat mandi dengan member-member sekampung kat halaman rumah aku. Kena gigit lintah. Serioushit aku cakap, sumpah! Memang TAK pernah pon kena gigit lintah. Aku pon tak tau la camne.
Mungkin sebab kekebalan kitorang berendam dalam air banjir, mandi ibarat mandi kat swimming pool siap buat terjunan maut lagi, lintah pon takot nk dekat. haha
"Hyperactive budak nieyh!"
Oleh itu, nampak je lintah, bukannya lri walaupon aku geli kat lintah, siap kejar lagi wa kasi tau lu....kau ade?? haha
Dah dapat tu masuk dalm bekas cam botol ke, besen ke kumpul banyak-banyak. Dah dapat banyak, bahagi-bahagi sama rata dengan member sekali. Nakal kan? Nanti dulu! Belum cukup nakal lagi.
Dah dapat bahagian masing-masing, buat la sesuka hati anda. Aku? Aku tak pegang. Bahagian aku, aku bagi adik aku yang tak tau apa itu geli. Tapi nk buat apa dengan lintah tu akulah taiko. haha
Paling aku suka adalah dengan mencampakkan lintah-lintah tersebut atas zink yang panas menggelegak ibarat oven mak aku. Maka menggelupurlah kepanasan lintah-lintah tu ibarat lintah kepanasan. haha
Esoknya, pegi kat zink semalam, kait dengan galah lintah yang sudah keras mengejang tu lalu dipatah-patahkan. Dasat tak?? Nakal kan? haha

p/s: Kalau aku jumpe lintah sekarang mungkin aku ulang aktiviti ni kot..haha
0 comments:
Post a Comment