Typical Malay Dramas

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~


Fuhhh...bersawang blog ni. Lama tak ber-update. Bila malas bermaharaja dongkol, ni la jadik nya. Haisshhh.....

Kali ni curi masa opis kejap nak update blog ni. Tengah rajin ni. Just nak membebel sekejap. Kalo tak nak baca sila klik button close. *blogger lain dah lama buat entry sebegini, aku baru nak buat. cett!!*

Semalam aku dengan housemate tonton la satu drama..alaa....drama kt TV3 setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam tu. Emmmm....tajuknya "Aku Isterinya". Ni la payahnya bila dah sangkut dengan drama, tepat jam 7 jer dah terpacak depan tv. Teruk sungguh perangai.


Tengah syok tengok semalam, ade satu babak ni. Pelakon si Anzalna tu berdialog, 

"Ini bukan jalan yang aku pilih. Aku terpaksa."

Most of malay dramas and stories mesti ade dialog ni. Nak argue sket. Hello! Terpaksa or tak, tu jugak jalan yang kau pilih. There's many diffrences between "aku pilih" dengan "aku mahu pilih". Mohon penulis skrip dan pengarah review balik dialog-dialog yang ada. Kalo perlu masuk balik kelas Bahasa Melayu. Merosakkan bahasa sungguh. 

Jalan cerita drama dan cerita melayu ni semua sama je. Apa pengarah kat Malaysia ni dah takde idea lain ke? Asyik cinta, cinta, dan cinta. Lelaki anak org kaya, playboy, perempuan miskin, ayu, sopan santun. Mula-mula tak suka, last-last jatuh cinta. Lepas tu mak mentua benci menantu. Perbezaan darjat, kaya, miskin. Kahwin paksa. Rebutkan lelaki atau rebutkan perempuan. Apa dah takde lelaki lain dan perempuan lain dalam dunia ni? Watdefish!


Most Malaysian malay *bajet chinese dengan indian tak tengok drama melayu* disogokkan dengan cerita-cerita yang tak menjana minda dan kurang berfikir seolah-olah itu adalah hakikat sebenar kehidupan zaman sekarang. Kalo bebudak berhingus tak kering lagi tengok cerita-cerita ni, merosakkan mentaliti dan pemikiran diorang je. Mencintai tak semestinya dicintai. Tak semua penderitaan berakhir dengan kebahagiaan tanpa dugaan. Dan tak semuanya indah seperti dalam cerita dan drama. 

But not all malay stories and dramas macam tu. Ada jugak yang bagus dan berpengajaran yang baik macam cerita Derhaka Seorang Madu, Hilangnya Doa Seorang Ibu, etc. But as for me cerita zaman P.Ramlee is the best la. Even kadang-kadang tu ceritanya agak mengarut dan tak masuk akal macam Ali Baba Bujang Lapok, Ahmad Albab, Keluarga 69 and etc, tapi banyak pengajaran yang boleh kita ambil. Cerita-cerita tu menyuruh orang yang menonton berfikir. Tak macam cerita sekarang, buat penonton malas berfikir. Jangan hanya lihat yang tersurat tapi lihatlah yang tersirat kerana yang tersirat itu lebih baik dari yang tersurat.


Copp!! Cukup sampai sini. Malas nak menulis panjang-panjang nanti korang boring plus menyampah. Mohon blogger-blogger lain dan pembaca jangan kutuk saya yang noob ni. Saya budak baru belajar. ghehehehehe

Mari layan salah satu video MatLuthfi90:


Kalau rajin, baca di sini. Dan juga sini.



p/s: Motif asal nak kutuk dialog Anzalna tu je tapi termelalut story bende lain plak. Okbai!


0 comments:

Awak 'Like' blog saya?