Assalamualaikum semua~~
Hari ini bermulalah kuliah aku setelah cuti seminggu. Aku pon bangun pagi dengan malasnya untuk ke kelas. Oleh kerana hari ini ada oral test, kalau tak memang aku sudah tarik selimut punya. *ponteng kelas. alasan: takde*
Tapi aku agak hairan hari ini. Kenapa fakulti aku lengang je. Macam takde orang. So, assumption aku, ramai masih bercuti lagi. Tak balik kampus lagi. *Alasan: tiket bas dah habis. So, terpaksa ambil tiket balik hari Isnin (hari ni la tu).*
Jejak je kaki aku kat tangga fakulti, aku sudah rasa lain macam. Seperti ada mata-mata yang memandang aku. Oh! S***! Sangat tidak aku sukai. Ada sekumpulan manusia lengkap dengan pakaian formalnya duduk berhadapan menghadap tangga melihat setiap pelajar yang lalu-lalang, turun naik tangga disitu. Melihat bagaikan seorang detektif Conan mencari penjenayah dikehendaki.
Aku dengan muka pucat lesi bagaikan dicat putih metallic, aku lalu dihadapan mereka dengan perasaan berdebar-debar *berharap supaya bukan aku yang disyaki*. Berlepas sahaja dari 'kawasan pemerhatian', aku menarik nafas dalam-sedalamnya hingga maximum expansion paru-paru aku. Lega kerana out of list.
Beberapa rakan aku yang berkemungkinan dalam senarai yang disyaki, terpaksa mengambil laluan jauh untuk mengelakkan dari ditahan. Aku juga tidak terkecuali. Setelah habis kelas untuk pagi tu, aku terpaksa melalui jalan jauh serta melakukan sedikit lakonan atau penyamaran bagi mengelakkan dari disyaki.
Sungguh! Aku rasa seperti pelarian atau pesalah negara pada hari ini. Rakan sekelasku juga tidak terkecuali. Kami siap membincangkan strategi serta plan untuk memboloskan diri dari segala 'roadblock' serta 'siasatan imigresen' yang sedang dijalankan di fakulti aku.
Setelah penyiasatan dilakukan oleh aku serta rakan sekelasku, operasi kali ini dilakukan hanyalah kerana...................
Innocent face time 1st sem......haha |
.........sekeping kad matrik. Siapa tak pakai kad matrik kene saman. Yang paling tak boleh blah, siap kejar lagi student yang tak pakai kad matrik ni. Kemaruk sangat ke?? Apa kes?
Actually aku pon tak bawak kad matrik hari ni. Serius rasa hari ini macam pelarian. hahaha
p/s: Sorry kalau cara penceritaan tak menarik. First time try buat cerita hyperbola. *Ayat nak gempak jer...hahaha*
0 comments:
Post a Comment