Assalamualaikum semua~!
Lama kot tak update entry. Malas dan no idea nak update pasal apa.
Semalam hajat di hati nak pegi jenguk ibu saudara yang sakit kat Serdang. Tapi oleh kerana dia keluar hospital pukul 3.00 petang, kami pegi la merayau dulu sekitar KL. Bukan Kandang Lembu oke. Kuala Lumpur.
Dah lama tak masuk Suria KLCC. Jenjalan kat sana cuci-cuci mata je la. Kalo time tu poket tebal dah lama rembat Body Shop Aqua Lily 3,4 botol, selai dua Giordano, 2,3 pasang Vincci. Almaklum la, tengah sale. Dekat nak Krismas ni. Tapi apakan daya, hanya mampu tengok je la.
-no caption- |
Ini budak apsal pejam mata?? |
Opah dan cucunya. |
Like mother like daughter...hoho |
Mother-in-law and daughter-in-law |
Big bro and lil sis. |
Kami ni tak suka publisiti murahan ni. So, tak banyak gambar. Oke?? hahaha
Dah penat jenjalan kat Suria KLCC, kami pegi The Mines plak. Aku tak tau pon ade BIG BAD WOLF Book Fest kat sana. Kalau aku tau, hari-hari pegi kot. haha
Semalam last day Big Bad Wolf and macam-macam buku ade. Banyak giler wa cakap sama lu. Aku ni kalo kat MPH yang tak berapa besar tu pon boleh habiskan masa 2-3 jam dengan buku-buku, inikan pulak kat exhibition yang sebesar-besar dewan The Mines tu. Boleh sehari suntuk aku kat situ. Tapi oleh kerana masa terhad, hanya separuh je la buku-buku yang sempat aku belek. huhu (T_T)
Kalau ikot nafsu, nak je aku borong semua buku-buku yang aku yang aku dah pegang tu. Nasib baik poket nipis jer. Kalau tebal, penuh bonet kete aku borong buku jer. Jeles tengok orang lain beli buku sampai senget bahu pegang plastik buku.
Ni je la buku yang mampu aku rembat..... (-_-)
-no caption- |
Hanya ini novel melayu yang berjaya menarik minat aku.... |
This book is quite interesting. Masuk je dalam kete semalam dah habis baca 5 muka. hoho |
The first book dah habis, so lompat terus the second book. Nanti cari yang first punya. |
Lepas lenguh-lenguhkan kaki kat Big Bad Wolf, baru pergi Serdang. Lepas tu pegi IKEA plak. Cuci mata tengok Tupperware, pinggan mangkuk, lampu dan macam-macam lagi la. Pukul 9.00 malam baru balik rumah. hahaha
p/s: March 2014 ade lagi book sale kat The Mines. Jom serbu!! hoho
0 comments:
Post a Comment