Surat pendek untuk ibu...........
Assalamualaikum~~
Ke hadapan ibuku yang tercinta. Apa khabar ibu di sana? Anakmu ini sihat sejahtera, alhamdulillah.
Ibu, masih ingatkah ibu pada hari lahir ibu yang lepas, anakmu ini mengucapkan "Selamat Hari Lahir" untuk ibu? Saya orang pertama yang wish pada ibu. Saya sayang ibu. Tapi sayangnya, saya tidak sempat membelikan ibu hadiah kerana waktu itu anakmu ini tidak berkesempatan untuk keluar membelinya.
Niat itu juga terpaksa ditangguhkan kerana ketiadaan wang dan waktu disebabkan sibuk dengan pelajaran. Harap ibu maafkan anakmu ini kerana tidak memberikan ibu hadiah seperti tahun-tahun sebelumnya. InsyaAllah hadiah itu akan diberikan juga kepada ibu walaupun bukan pada hari lahir ibu.
Hari ini seperti dijanjikan saya telah membelikan hadiah untuk ibu. Walaupun tidak seberapa jika dibandingkan jasa dan kasih sayang ibu berikan pada saya, saya harap ibu terima. Terima kasih ibu kerana menjaga dan membesarkan saya dengan kasih sayang ibu.
Saya sayang ibu saya. Sayang bangga ibu jadi ibu saya. I love you, mom. I'll always love you.
Your daughter,
0 comments:
Post a Comment