Salam Jumaat

Labels: , , , ,

Assalamualaikum semua~!


Salam hari Jumaat semua. Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Kaum Adam jangan lupa pergi masjid tunaikan Solat Jumaat yer. Bukannya tiap-tiap hari. Sekali seminggu. Bukannya lama sgt pon. Hadap laptop tu lama-lama boleh plak yer? Tak takut rabun ker? hoho

Source: Facebook Oh! Media. (Klik untuk tumbesaran.)

Meh sini nak share satu cerita dan situasi aku pada hari Jumaat minggu lepas. 

Dah kempunan sangat nak makan McDonalds, aku ajak la kawan-kawan aku, Fatin dan Wani pegi lunch kat McD. *Treat diri sendiri jer.* Pegi tak jauh pon dari ofis. McD seksyen 7 dekat Petron tu jer. Dah sampai pegi la beratur nak beli burger favourite aku. Ape lagi kalo bukan burger Spicy Chicken McDeluxe...hoho *nak yang mahal jer*

Ni bukan situasi yang asing sangat bagi aku la. Ramai lagi kot kaum-kaum Adam ni melepak makan relaks-relaks je menikmati burger McD tu. Tak pegi Solat Jumaat ker? Dah pukul 1.15 petang dah masa tu. Masuk waktu Zohor pukul 1.02 petang. 

Ade sorang mamat ni duk tunggu kawan dia order burger, pandang aku sambil senyum-senyum. Boleh tahan hensem la. Tapi jangan harap lah aku nak balas kn. Lepas tu aku tenung jer dia bersilih ganti dengan tengok jam sambil geleng-geleng kepala. Dia dah macam gelisah jer. Tau plak yer. Nak je aku tegur, "Tak Solat Jumaat ke bang?" atau pun "Uzur ke?". Tapi nanti menjatuhkan kemaluan dia pulak kan. So, diam je la.

Lepas kawannya tu dah dapat apa yang di order, *take-away* terus dia blah. Tak tau la ke mana. Tak rasa berdosa ker? Penat solat 5 waktu sehari semalam tapi Solat Jumaat tak buat. Berdosa jugak!



p/s: Rejek jadi calon suami dan menantu! Salam Jumaat!!


0 comments:


Awak 'Like' blog saya?