Tahniah Classmates!

Labels: , , , , ,

Assalamualaikum semua~


Hari ni tanggal 12/11/2013 adalah hari bahagia classmates aku. Bukan kahwin....Convocation Day la. hihi

Tahniah buat semua rakan seperjuangan yang konvo hari ni. Selama 2 tahun korang berhempas-pulas tergolek terkangkang belajar, korang berjaya menggenggam segulung ijazah yang diberi nama Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Data dan Perangkaian. Fuhhh....panjangkan nama kos... Senang citer panggil Nets jer, stands for Networking.

Aku tumpang gembira dengan korang-korang semua. Aku pulak tak sabar nak tunggu konvo aku sendiri tahun depan! Gelojohkan....haha

Punya semangat aku buat satu entry untuk korang semua. Rindu nak lepak-lepak dengan korang lagi. Rindu nak pegi kelas dengan korang. Rindu nak gosip-gosip dengan korang. Rindu nak keluar makan dengan korang. Rindu nak copy assignment korang. Oppsss!! hahaha

Di sini ade la sedikit flashback yang aku buat sendiri tau walaupun aku curi gambar-gambar ni dari Facebook...kihkihkih

Marilah kita bersama-sama mengimbau kenangan-kenangan kita semua sepanjang kita belajar bersama-sama. 

Malam Pra-Graduan (MPG) di Restoran Zam Zam seksyen 9.


NetRiders di MSC Cyberjaya.


NetD exhibition di Makmal 17 dan Makmal 18 FSKM.


Masa ni la sume kelam kabut dengan mini project network design masing-masing. Disebabkan FreeBSD ramai merana meraung laptop rosak. Kesian~

Capture The Flag (CTF) Competition di Makmal 14 dan Makmal 15 FSKM.

Competition ni la yang buat kita semua tak tido malam. Selama 24 jam bertarung hacking and defense, and forensic challenge semata-mata untuk markah projek subjek Security. Masuk competition ni sume paksa rela. hahaha

Datang beraya rumah Fatin.


Ehem! Time ni terasa budak-budak balik sebab dapat duit raya dari mak Fatin. Walaupon seringgit, tetap duit gak tau! 

Datang beraya rumah Wan Khai.


Nets Bowling Tournament di Bowling Center Ole-Ole.


Futsal Tournament di Sports Planet seksyen 16.


Tahniah buat semua kawan-kawan. Sorry la tadi terlambat datang, so tak dapat nak jumpa korang semua. Aku sempat jumpa Chae, Apiz dengan Wan Zol jer....

Tahniah buat semua. Sorry...aku curik gambar-gambar korang dari Facebook. hihi

Ni je la yang aku ade dan aku rajin nak edit. Selebihnya nak buat ucapan sikit la ea. 

"Thanks for all the moments that we shared together. Thanks for all the happiness and sadness that we've been through together. Thanks for all the assignments that we copied together. Thanks for all the foods yang korang belanja. Thanks for everything! Grateful to know and spend time together with you guys! Gonna miss all of you."

Ok. Ter-over plak. huhu

Kalo korang nak buat ucapan, silalah tulis di ruangan komen kat bawah yer. Ataupun kat komen di Facebook atau mention kat Twitter pon boleh! hihi



p/s: Kalo jumpa kat mana-mana tu tegur-tegur la ea...nanti kita semua arrange satu reunion gempak punya! hoho



1 comments:

  1. ikhsanroslan said...:

    sayuuu jee...tapi takpe, nanti aku teman ko konvo okeh?kite konvo skali...

Awak 'Like' blog saya?