MLM....apa yang korang tahu??

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~


Sebelum tu daku nak tanya dululah kan? Korang tau tak apa itu MLM? Multi Level Marketing. Senang citer dalam Bahasa Melayunya Jualan Langsung.

Actually, aku bukanlah nak kutuk-kutuk kauorang yang buat dan masuk bende-bende camnie. Bukan apa. Annoying sungguh bila bende-bende nie menyemak kat homepage FB aku. Rasa macam nak block je manusia-manusia yang publish bende-bende nie, menyemakkan homepage aku. Tak cukup dengan tu, siap post kat wall aku. Memang aku delete terus. 


Masa aku matrik dulu diorang introduce kt aku LUXOR. Kunun bkn MLM la konon. Cett!! Takpe...aku dengar je la briefing diorang tapi nak join? Mintak maap la. Terima kasih wa cakap sama lu. Ingat aku tak tau ke apa itu MLM dan macam mana rupanya, fungsinya. Sume tu dalam poket aku je beb. Bukan nak berlagak sangatlah kan. 


Taktik nye semua sama beb. Just cara korang menyampaikan briefing korang tu je yang konon lain dari MLM yang lain. Struktur nya tetap sama. First korang join. Then, nak join mesti ada bayaran kan. Ada murah, ada mahal beribu-riban kan. Lepas tu, korang kene cari dan invites kawan-kawan korang join dan masuk di bawah rangkaian korang macam nak bina Family Tree tu. 


Aku bab-bab nak pujuk-memujuk orang join itu ini yang lemah tu. Seriously cakap, aku memang tak pandai nak kelentong sana kelentong sini for just to ask them to join in! Asal tak cakap terus terang je nak ajak masuk join MLM tu? Kan senang. Tak perlulah pusing sana, belok sini, terang sana, suluh sini. Buat orang pening jer. Atau, itu memang taktik kauorang nak ajak diorang join. Ciss!! Kotor sungguh!

Ni aku kat U ni pon ade jugak konon nak introduce itu Skor A. Ciss!! Awal-awal lagi aku cakap, "Beb! Trimas je lah. Aku muak dengan MLM. Briefing macam gempak giler nak mati tapi taktik sama je!" 

Kadang-kadang benda-benda ni semua tipu je. Aku harap kauorang yang ade hati nak join ni fikirlah dulu. Jangan bila dengar orang sana berjaya dapat ribu-riban, belajar lagi dah pakai kete sport, terus kauorang nak join. Mungkin tuah orang tu berjaya dengan benda nie. Korang tak semestinya bertuah kan? Bak kata pepatah la kan, 'Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu?'

Bagi yang dah join tu, kalo benda tu betul dan korang dapat lebih pulangan dari modal, alhamdulillah. Rezeki kauorang. Maknanya tak rugilah kauorang join kan? Dapat ribu-riban. Bolehlah belanja daku kn?? kihkihkih

Entry ni bukanlah niat aku nak kutuk sesiapa. Harap korang janganlah kutuk aku pulak dekat blog korang. Tapi kalo nak kutuk jugak suka hatilah. Tapi jangan sampai mendatangkan fitnah dan perang blogger pulak. Tak pasal-pasal pulak dengan kauorang-kauorang, dengan aku-aku sekali masuk 'dalam'. Hanya pasal blog. Naya beb! 






p/s: Baik buat family tree pasal keluarga kauorang. Lagi bagus. Sekurang-kurang kauorang sedar asal-usul kauorang...opss!!!!

0 comments:

Awak 'Like' blog saya?