Assalamualaikum semua~~
Fuh.....penat! Baru balik dari bazaar ramadan. Ni la first time dlm bulan puasa tahun ni pegi bazaar ramadhan. Orang punye lah ramai, jangan citer la. Nak tunggu beli sesuatu juadah pon hampir 10-15 minit kene tunggu baru dapat. Hadoi~~~
Aku just suka jalan-jalan je. Beli apa yang rasa aku nak makan untuk buka puasa je. Tak beli banyak. Sapa nak makan? Nanti jadi camni..........(klik sini) Sapa nak jawab? haha
Ni aku nak list kan serba sedikit makanan yang jual kat bazaar tu. Gambar-gambar nie aku curi dari Incik Google je. Segan aku nak mempopularkan diri sambil buat muka tak malu snap pics kat bazaar tu. Tolonglah!
Macam-macam makanan dijual kat bazaar ni. Pilih je la mana kau nak. Sediakan duit je. Bagi yang bujang dan jugak yang pemalas giler nak masak silalah datang ke bazaar untuk membeli makanan untuk berbuka puasa nanti ye.
Macam kaler air ade mewakili pelbagai perisa. Kalau boleh semua kaler tu korang nak beli kan? Lepas tu makanan-makanan yang korang beli tadi langsung tak sentuh sebab korang dah kembung minum air. Semuanya korang minum beralasan nak rasa mana yang sedap. Last-last..........................
Yang ni kompom ade. Tak sah kalo takde. Sebelum berbuka bagi aku musti mendapatkan seketul kuih sebelum menjamah nasi. tak lengkap rasa kalo takde kuih beb! huhu
Yang ni budak-budak sunquick macam aku memang suka la. haha Musti beli wat kekudap masa tengok tv pkul 10-12 malam nanti. haha
p/s: Tulis entry right on tyme sebelum berbuka. Terbaek~~!!
0 comments:
Post a Comment