Assalamualaikum semua~~
Ada baca tak entry daku dulu pasal Budak Dulu vs Budak Sekarang? Kalau belum baca klik sebelah. Tak pon klik sini pon boleyy.
Kali ni nak tulis pasal tajuk yang sama cuma lain versi. Versi PUASA dan RAYA. Budak-budak sekarang ni susah betul nak diajak dan disuruh berpuasa. Pelbagai alasan dan permintaan yang diberi.
- Budak dulu-dulu bila buka puasa dijanjikan makanan sedap-sedap yang mak masak. Budak-budak sekarang Pizza Hut la, KFC la, McD la.
Dulu aku cukup seronok nak puasa sebab opkos la mak aku akan masak sedap punyer. Bila time mak aku masak, sibuk menyibukkan diri tengok mak aku masak makanan yang sedap itu. Kini, anak sedara aku mintak Pizza Hut kalau dia puasa sehari penuh. Baru sehari. Kalau sebulan? Kopak poket wehh!!
- Budak dulu-dulu tak puasa takde baju raya. Budak sekarang, bila shopping baju raya, diorang pulak yang lebih-lebih.
Aku ingat lagi, ada sekali, aku tak puasa full sebulan *masa kecik-kecik dulu, gigit jari weyh tgk family lain pakai baju raya baru. Budak sekarang kalau tak dibelikan baju raya walaupon puasa tak penuh, mau dia buat drama guling-guling kat shopping mall tu. Malu seyh!
- Dulu sehari puasa dapat seringgit duit raya. Sekarang sebulan tak puasa pon dapat duit raya, siap advance lagi tau!
Dulu jenuh berlumba-lumba puasa penuh dgn adik sebab nanti dapat banyak duit raya. Lepas tu berlagak dengan kawan-kawan satu sekolah sebab puasa penuh plus dapat banyak duit raya.
- Dulu masa rayalah ditunggu-tunggu sebab nanti dapat konvoi ramai-ramai dengan kawan-kawan pusing satu kampung kutip duit raya. Budak sekarang baik duduk depan tv tgk kartun tak pon main Playstation.
Nilah kecelakaan teknologi yang menyebabkan terhapusnya keseronokkan raya dikalangan kanak-kanak masa kini. Lebih selesa menghabiskan waktu menyeronokkan diri seorang diri daripada menyeronokkan diri bersama kawan-kawan. *credited to Incik Fickry sebab aku curik ayat beliau yang 'mantop' itu. haha
Tu sajalah yang dapat aku simpulkan disini. Kalau korang semua ade lagi nak tambah silakanlah taip di ruangan komen tu ye. Hurmm~~ *harap dapat kembali ke masa lalu enjoy plus kutip duit raya banyak-banyak.
p/s: Semalam baru lepas menunaikan janji Pizza Hut anak sedara. Terdetik pulak nak tulis entry pasal nie...hihihi
0 comments:
Post a Comment