Aku Tak Suka Bila.......

Labels: , ,

Assalamualaikum semua~~

Lama jugak aku tak update entry selepas join segala bagai segmen. haha

Kali ni aku nak citer pasal benda-benda atau perkara-perkara yang membuat aku annoying sungguh. Baru-baru ni aku agak malas la nak bukak FB aku. Sebabnya? Ada beberapa perkara yang membuatkan aku annoying giloss. Rase cm nak sepak-sepak je hamba Allah tersebut. Aku cukup tak suka bila.................


  • Buat event yang merepek-repek lepas tu invite aku.
Serioushit aku cakap, hentikanlah wei!! Ntah apa-apa event la yang kau buat. Baru-baru ni aku ada terima bukan satu tapi dua event berbunyi: 
Download Movie Flat 3A
Download Movie Sekali Lagi
What the f***. Perlu ke buat event sebegitu??


  • Setiap jam, minit, saat korang update status.
Buat semak Homepage aku wei!! Asyik-asyik kau je yang update status. Dah tu ntah apa-apa punye status. Contoh bunyinya:
Sedang berfikir sama ada nak mandi atau tidak.
Baru lepas mandi. Fuhh...lega~~
Perlu ke status camtu? Kalo korang pergi berak pon nak tempek kat status tu jugak ek? 


  • Korang buat game request kat aku.
Hello guys and girls!! Aku tak main walau satu game pon dalam FB ni. Dulu-dulu ade la masa addict dgn FB nie. Kalo korang main tu, main je la. Tak payah la nak hantar segala bagai request kat aku. Wat semak Homepage aku je.


  • Tiba-tiba ada mesej kutuk-kutuk, maki-maki aku.
Ni paling aku tak boleh blah. Kalo korang la musti korang rasa nak cekik-cekik je Hamba Allah tu kan? Ni la yang pernah terjadi kat aku. Aku tak kenal pon sapa dan bukan dalam senarai friends aku. Dia maki aku, aku lagi hebat maki dia. Last-last aku block beliau!! hahaha


  • Invite aku ke group yang ntah apa-apa motifnya.
Aku tengok dulu post-post yang ade dalam group tu. Then aku leave group tersebut. hahaha



Itulah antara perkara-perkara yang menyebabkan aku annoying giler nak bukak FB. Aku bukak pon kadang-kadang kejap je sekadar update status, tengok notifications, ping kn blog...lepas tu aku chiau!! haha



p/s:: Lepas ni please la, jangan buat perkara-perkara diatas sebelum aku unfriend anda dan seterusnya block anda dari FB aku. hahaha

0 comments:


Awak 'Like' blog saya?