Satu Hari di Sunway Lagoon

Labels: , , , ,

Assalamualaikum semua~~

Seminggu dua jugak aku tak menulis kan? huhuhu Busy sikit la minggu nie. Minggu terakhir kuliah ni la lecturer sume desak nak antar projek la, test la, assignment la. Sampai tido pon termimpi-mimpi pasal assignments. huhu



Tanggal 16 Jun 2012 bersamaan dengan Ahad minggu lepas, aku dengan kawan-kawan sekelas aku berseronok di Sunway Lagoon. *tadi kata busy, sempat pulak pegi main air ye..huhu Benda ni dah lama dirancang masa awal-awal sem lagi. Tapi asyik tertunda sebab ada antara kami yang tak free hujung minggu. Tiket dah beli sama-sama, tak syoklah kalo tak pergi sama-sama kan? 

Sebelum tu, terima kasih la dengan classmate aku, Hanim sebab bagi kitorang tiket half price. Sapa tak nak kan kalo dioffer tiket Sunway Lagoon half price. Full price dia pon RM100. Kopak poket teman. Seminggu teman kene puasa kalo RM100 tu dilaburkan untuk main air nie. huhu


Kalo dah separuh harga, opkos la tinggal RM50 kan? *setengah minggu je la puasanya..huhu Haa....harga tu untuk semua park tau. Amusement Park, Scream Park, Water Park dan macam-macam park lagilah. Pakej tu tak termasuk dengan Bungee Jumping dengan Go-Kart. Kalo nak main jugak dua benda tu kena bayar la. *semangat datang Sunway Lagoon nak main bungee jumping tapi tak kesampaian..huhu

(Thanks incik Google)

Kami sampai kat Sunway Lagoon pukul 9 lebih. Pintu pon tak bukak lagi. Seharian suntuk kat sana. Balik dalam pukul 6.30. Penat memang penat. Usah ceritalah. Ni ada sedikit gambar untuk tatapan semua ye. Tak banyak yg ade. Jangan jeles yer...hik3

Ni masa mula-mula sampai dan selepas masuk.

Waktu ni baru basah sikit lepas main 'watercoster'.
(nama tu aku yang letak sebab tak tahu nama sebenar nye apa..huhu..huhu)

Masa ni tgh tunggu kawan habis main benda alah tu..huhu

Masa ni kitorang dah terpecah kepada 2 kumpulan. Ni kumpulan yang pertama.

Ni kumpulan yang kedua. Sorry gambar tak cantik sebab ambil guna instagram. huhu

Tu je la gambar yang ada. Kredit to Farahin untuk gambar-gambar dan kredit to Fida untuk last picture tu. Aku tak sempat nak ambik yang original kat kau. huhu

Lepas penat main, kitorang singgah makan dekat Hartz pulak. Ada diskaun 33%. Apa lagi rembat la. Bayar sekali makan sampai puas!! haha 

Tgh makan nampak budak-budak comel nie. Snap pic kejap..hihihi

Balik je, sampai je ke bilik, tido tak sedar diri sampai tengah hari baru bangun. Subuh pon terbabas. Haishh!!! 






p/s: Jom pegi Water Park Melaka pulak sem depan. heheh

0 comments:


Awak 'Like' blog saya?