CTF Competition: Semalaman Bersengkang Mata (Part 1)

Labels: , , , , ,

Assalamualaikum semua~~

Korang mesti nak tahu kan apa benda CTF Competition ni kan? Kenapa sampai kene bersengkang mata sampai tak tido semalaman kan? Ok. CTF Competition ni nama full nya Capture The Flag (CTF) Compettion. 


(Klik untuk tumbesaran.)

Competition ni bukannya berlari sana sini, bom orang lain pakai belon air bagai semata-mata nak ambil bendera pihak lawan. Kitorang main competition ni secara maya, lebih tepat lagi guna komputer la. Camne nak main? Orang yang tak tau apa-apa pasal network memang tak boleh main. Sebabnya benda ni berkaitan dengan network, hacking and defense. Competition ni disertai secara berkumpulan.

Pasal competition ni jugak aku mengorbankan laptop aku untuk tambah OS Ubuntu untuk digunakan dalam competition ni. Risiko yang terpaksa aku terima hardisk laptop aku mungkin rosak dan Windows Vista aku yang original akan crash. *uwaaaa!!! (nangis guling-guling). Duit jangan cerita. Banyak jugak group aku melabur untuk beli switch, cable dan USB LAN sebab semua benda ni tak disediakan dan kene sediakan sendiri.

Kami dah sampai di Fakulti sejak jam 9.00 malam hari Jumaat lagi. Kitorang kena setup VPN connection dulu. Terima kasih sangat-sangat kat Abang Ajib sebab tolong setupkan VPN connections kitorang. Kami satu group sume beginner dan banyak benda tak tau. Tapi Ubuntu aku yang baru install buat hal. Tak betul install. Haishh!! Sedih tau. Terpaksa install semula. huhu

Tepat jam 12.00 tengah malam, maka bermulalah CTF Competition nie. Kami segroup agak cuak jugak sebab first time masuk competition yang merangkumi markah projek kitorang ni. Oh! Lupa nak mention. Group aku dan classmate aku masuk competition ni terpaksa sebab akan dimasukkan sebagai markah projek bagi subjek Network Security. Itulah sebabnya UiTM Shah Alam ni mendominasi competiton ni sebagai paling ramai participants. huhu

(Klik untuk tumbesaran)

Ok. Nak tau apa yang berlaku sepanjang competition ni? Sambung dalam entry akan datang ek sebab aku dah penat nak menulis. Penat semalam pon masih terasa lagi. Ok. Nantikan sambungannya dalam entry seterusnya ya? Ok. Bubye!! 






p/s: Lapar pulak perut nie. huhu

0 comments:


Awak 'Like' blog saya?