Assalamualaikum semua~!
Fuhhh...lama sungguh tak update entry terbaru kan? Konon seminggu dua yang lepas ade idea nak tulis entry baru, last-last terbengkalai entry tersebut. Tetiba terasa rindu nak membebel kat sini, ni yang update entry baru ni.
Ok. Cukup membebel entah apa-apa di situ. Soalan: Apa pantang-larang atok nenek korang yang pernah korang dengar time kecik-kecik dulu? Atau yang pernah dengar sekarang nie? Atau yang masih ada lagi? Coppp!!!! Komen kat bawah yer.
Ni antara pantang larang atok dan opah aku la zaman kecik-kecik dulu even sekarang ni pon ade jugak lagi la. Orang dulu-dulu buat benda-benda ni semua semata-mata nak menakutkan atau mengajar budak-budak ni supaya takut, berjimat, bersyukur dan sebagainya. Meh aku listkan satu-satu meh....
- Jangan duduk atas bantal nanti punggung tumbuh bisul.
Aku rasa semua pernah dengar kan? Konon punggung tumbuh bisul lepas duduk atas bantal. Seriously takot nak duduk atas bantal kecik-kecik dulu. Kalo kena bisul sakit wooo...apatah lagi bisul kat bontot. Tak boleh duduk sampai sembuh. Sebenarnya benda ni nak elak budak-budak duduk atas bantal jer. Bukan nya tumbuh bisul betul-betul pon. Bantal tu kn letaknya kepala kita masa tido. Tak elok. Lagi satu, kalo korang terkentut atas bantal tu lepas tu baring atas bantal tu, mau pengsan sebulan.
- Jangan makan lauk (ikan) banyak nanti tumbuh cacing dalam perut.
Yang ni lagi satu. Orang tua-tua dulu-dulu kan susah nak cari rezeki nak bagi korang makan. Hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apa lauk yang ade perlulah dikongsi sama rata dengan adik-beradik yang lain. Mengajar bebudak berjimat-cermat dan berkongsi dengan yang lain.
- Jangan tido lambat nanti sampuk di jampuk.
Time aku kecik-kecik dulu punyalah takut dengan menatang jampuk ni. Bila beliau berbunyi kompom bawah selimut terketaq-ketaq. Nak keluar bilik pegi jamban pon ajak adik atau opah temankan. Bila dah besar baru tau jampuk tu burung hantu. *my chilhood is ruined!
- Makan jangan banyak tempat nanti banyak laki (suami).
Yang ni jugak. Actually nak elak makan bersepah-sepah dan merata-rata jer. Ye la. Budak-budak kan makan bersepah-sepah. Kalo kejap duduk sana, kejap duduk sini, kejap duduk situ, kompom la bersepah nasi sana sini. Jenuh mak kita nak sapu kan. Tak pasal-pasal kene marah. Tapi aku dulu kena sapu sendiri sebab sendiri buat, sendiri sapu. *Sobs3
- Pensel pendek jangan pakai lagi nanti mak mati.
Yang ni paling tak boleh blah. Masa sekolah dulu bile pensel tu makin pendek, lepas asah mesti sukat pensel tu dengan jari kelingking. Kalo pensel tu lagi pendek dari jari kelingking, kena buang. Nanti mak mati. Apa punya bodoh lah masa aku masih budak-budak dulu. Pensel pendek kan susah nak pegang. Bila susah nak pegang, tulisan macam cakar ayam. Cikgu pon susah nak baca. Sekarang ni aku pulak kena kan anak buah aku. Bila pensel pendek, sukat dengan jari kelingking. Kalo pendek, buang. Kalo tak nanti kena langgar lori. *improvisation.....hahaha
- Jangan angkat kaki ketika meniarap nanti mak mati.
Yang ni lebih special untuk girls la sebab girls kan pakai kain, skirt dan sebagainya. Bayangkan kalo diorang angkat kaki, terkangkang-kangkang, kompom la nampak apa yang tak sepatutnya nampak, kan? Ok. Berhenti bayangkan! Tapi aku kecik-kecik dulu suka pakai seluar. So, this has nothing to do with me. hehehe
Ni sebahagiannya yang pernah aku dengar dari opah aku even sekarang ni pon beliau masih lagi cakap benda-benda ni lagi kadang-kadang. Ada banyak lagi tapi nanti kalo aku tulis semua korang pulak bosan nak baca sebab panjang sangat kan? Stop kat sini je la. Kalo korang nak tambah, sila tambah diruangan komen kat bawah yer.