Assalamualaikum semua~!
Berbulan rasanya tak update blog. Asyik blogwalking ja. Sekarang ni trend blogger sume nak kene 'Like' dulu baru boleh baca yer? Kalo tak nak 'Like' kena tunggu berjuta saat baru boleh baca post korang yer? Such irritating!
Ada sesetengah tu kalo dh tekan 'Like' sekali, esok datang blogwalking blog yang sama kena 'Like' lagi sekali. Memang aku padam terus tab browser. Kan dah lari satu traffic blog korang. Sumpah aku menyampah dengan blog macam ni. Cukup la sekadar letak icon ataupon link ke, widget ke kt blog tu.
Tapi ada cara korang boleh remove bende-bende tu dari menyemakkan pembacaan korang. Do you know the existing and the used of Inspect Element? Kalo tak tau, meh sini nak bagitau. Kalau dah tau, duduk diam-diam, baca je ye....
This is one of the irritating blog. Kena 'Like' dulu baru boleh baca. Hmm... |
Step 1: Right click mouse/touchpad korang kat border image 'Like' tu. Pilih 'Inspect Element' kat bawah skali. |
Ada keluar satu windows panel kat bawah tu kan? Step 2: Ada yang dh siap highlight tu, korang terus je tekan butang 'Delete'. |
Dah hilang kan? Tapi ade tinggal background gelap kat belakang tu je. Step 3: Terus je tekan je butang 'Delete' lagi sekali. |
Ok. Done! Teruskan pembacaan. |
Ok. Dah tau? Boleh cuba. Kalo ade iklan-iklan yang semak dan tak senonoh tu pon boleh padam guna cara ni. Happy reading fellas!